LELAKI LINGKUNGAN CINTA PART 10

283 3 0
                                    

"Salam sore Buk Dayana, Bapak Azmie, Mas Adib. Saya Pak Nyoman. Selamat datang ke Bali. Kita langsung aje yuk dari Bandara Internasional Ngurah Rai ini ke Popies Lane. Ibu sama bapak sudah booking hotelnya?"

Ramah Pak Nyoman menyambut kedatangan tamu majikannya.

"Ya, sudah. Macam biasa, saya menginap di Asana Agung Putra di Kuta." Balas Azmie sambil melihat kembali emel yang sudah siap dicetaknya sebelum berangkat.

"Kami mahu ke wartel dulu ya Pak Nyoman." Membeli nombor baru di Bali untuk telefon menjadi agenda pertama dalam fikiran Azmie. Mudah nanti kalau mahu buat pamggilan.

"Bisa aje. Ayuh... kita ke sana ya. Mari begnya biar saya yang urus." Pak Nyoman bersungguh-sungguh mahu menarik dua bagasi besar di tangan Dayana dan Adib.

"Aduh, ngapain anak muda yang ganteng ini?" Mata Pak Nyoman tidak berkelip memandang Adib yang terdengkut-dengkut.

"Udah! Jangan bimbang pak! Sikit aje ini. Saya bukan aje ganteng, tapi gagah pak!" Berdekah-dekah gelak Adib menjawab sambil kaki sebenarnya menahan lenguh dan sengal.

Dayana terbeliak memandang adiknya.

"Huh! Bila berjalan terus kata sihat. Depan doktor pandai pulak mintak MC. Pergi kelas tak boleh, ikut sampai ke Bali boleh!" Bebel Dayana sambil tangannya laju saja mencubit lengan adiknya.

"Hish, akak ni! Kalau bercakap boleh tak tangan tu jangan nak jadi sepit ketam!"

"Mas Adib jugak punya urusan bisnes di sini?" Tanya Pak Nyoman sambil memperlahankan langkahnya ke tempat parkir kereta. Selama ini dia biasa menyambut Azmie dan Dayana tetapi tidak pernah pula dengan orang muda yang kurus lampai ini.

"Dia masih kuliah pak. Masih belajar di universitas." Sampuk Dayana apabila melihat Adib tersengih-sengih ala-ala mahu mengangguk. Muka bangga teringin mengaku yang dia pun berbisnes sama!

Sempat Dayana memberi amaran pada Adib, "Tak payah nak kelentong Adib! Nanti ada ketulah lagi! Kaki dah sakit tu bawak mengucap sikit!"

"Kalau gitu, Mas Adib bisa aje beristirahat di Kuta. Dari Asana Agung Putra Bali, kita bisa ke Laut Timur dalam waktu lima menit saja. Kalau mahu ke Waterboom dan Kuta Square, hanya sepuluh menit berjalan kaki. Enggak capek."

Tidak henti-henti Pak Nyoman berkempen pada Adib. Jejaka kurus itu biarpun kaki sesekali menyentap rasa sengal dan bisa, terseringai seronok membayangkan diri bersantai dan bersalai di bawah matahari di laut Kuta.

"Adib, beg kecik tu jangan dilangkah ya. Akak ada simpan surah Yaasin dalam tu." Dayana memberi peringatan pada Adib sewaktu lelaki itu memunggah barang di dalam bilik.

Mereka mengambil villa yang ada dua kamar besar. Villa mereka lengkap gerbang atau gebiyok Jepara itu memang mempesonakan tetamu yang menggemari senihias Bali.

"Oh Kak Yana bawak kitab Yaasin?" Adib sedikit kaget.

"Mestilah bawak. Mohon doa, kalau ada jin jin yang bertenggek dekat sini tak hinggap pada kau pulak!" Balas Dayana dengan muka selamba. Letih sebenarnya mahu melayan perangai Adib.

Dua hari pertama Dayana dengan Azmie padat jadual mereka dengan segala macam mesyuarat dan pertemuan dengan klien. Pulang saja ke villa muka masing-masing letih.

"Buat apa hari ni? Pak Nyoman bawak ke mana?" Tanya Azmie pada adik iparnya.

"Pergi berurut! Perghh best! Tengok dah baik terus kaki." Adib menunjukkan kaki yang sudah hilang kesan bengkaknya.

LELAKI LINGKUNGAN CINTAWhere stories live. Discover now