Part 1

23 0 0
                                    

Seperti biasa Farhan akan menaiki bus dari tempat kerjanya untuk pulang ke rumah. Pada kali ni tidak terlalu ramai orang yang ada di dalam bas, tak tahu kenapa. Tiba-tiba ada seorang gadis menaiki bas, Farhan tak dapat nak beralih pandangannya terhadap gadis itu. Gadis itu kelihatan sangat cantik. Gadis itu duduk di bahagian belakang bas. Farhan yang nakal orangnya pergi ke kebelakang untuk mengusik gadis itu. Farhan duduk di sebelah gadis itu, "hai siapa nama?" gadis itu diam. Farhan  tanya lagi, "nak berkenalan boleh?" gadis itu buat tak layan. Setelah 15 minit berada di dalam bas, gadis itu pun menekan loceng kerna sudah sampai ke destinasinya. Gadis itu pun turun, Farhan apa lagi..dia mengikut gadis itu. Gadis itu perasan bahawa Farhan mengekorinya, gadis itu pun duduk di taman permainan berdekatan. Farhan duduk di hadapannya. Gadis itu sembunyi-sembunyi tengok siapalah jejaka yang mengekorinya itu. 'macam orang jahat je, macam mana aku nak lari ni..' Tiba-tiba Farhan bersuara, "rumah you kat mana..?" Gadis itu jawap, "kenapa nak tahu..?" Farhan gelak kecil sambil cakap, "oh, boleh cakap rupanya you ni, tadi senyap je.." Sudah setengah jam mereka duduk di taman permainan. Farhan tidak berganjak pun dari situ. Gadis itu malas nak tunggu lama sebab hari pun dah makin malam. Gadis itu pun mula bergerak dari situ dan berjalan menuju ke taman berdekatan yang di penuhi dengan pokok-pokok bunga kecil. Gadis itu pun bermula bermain-main dengan bunga-bunga di situ. Dia pandang ke belakang, tidak kelihatan jejaka tadi. 'hm, dia dah balik la tu kot..' Tiba-tiba ada suara dari belakang, "cari I ke..?" Gadis itu pandang Farhan lalu dia menjeling. Sambil bermain-main dengan bunga-bunga itu, tiba-tiba gadis itu menjerit..kelihatan jarinya terkena duri. Farhan nampak bahawa jari gadis itu berdarah dia pun keluarkan tisu lalu mencapai lengan gadis itu. "eh apa pegang-pegang ni? tak apa lah, I ok." "Ok apa, berdarah tangan you ni.." sambil Farhan sedang menekapkan tisu perlahan-lahan untuk menghilangkan darah, gadis itu tenung mata Farhan tanpa berkelip. "ok, how you feel now? sakit lagi tak..? gadis itu seperti tidak dengar apa yang di katakan Farhan. "Hello?!" Farhan pun melambai-lambai tangannya di hadapan muka gadis itu. "eh, sorry...apa you cakap..?" "I tanya dah ok jari you..?" gadis itu mengangguk, "ha ah, dah ok sikit..thank you.." Farhan balas, "sama-sama". Gadis itu pun teruskan perjalannya, sudah nak hampir sampai ke rumahnya.. tapi Farhan masih lagi mengekorinya. Gadis itu tidak mahu lelaki yang tidak dikenalinya tahu dimana dia tinggal. Gadis itu pun berhenti dan bertanya kepada Farhan yang berdiri sebelah kirinya. "you sampai bila nak follow I ni..?" "I nak hantar you balik.." "Takpe, it's only a few blocks away..I boleh balik sendiri." Farhan menggeleng kepala, "nope, I tetap nak hantar you balik.." "fine, whatever..." Gadis itu terus berjalan ke block berdekatan..block itu bukan rumahnya. "ok, dah sampai...bye" Farhan menarik tangan gadis itu perlahan sambil cakap, "eh wait.." Gadis itu pandang ke arah tangan Farhan, seperti menyuruh Farhan melepaskannya. "sorry.." kata Farhan. Dia sambung, "um, can I get your number..? gadis itu balas, "nak buat apa dengan number I?" Farhan gelak kecil, "saje..." gadis itu meminta handphone Farhan lalu menaip nombornya. "thanks, eh you tak letak nama you pun..?" Gadis tu jawap, "well.. you nak nombor I ke..nama I? Mana lagi penting..?" Farhan hanya senyum kecil sambil melihat gadis itu menaiki lift. Ketika berada di dalam lift gadis itu pun tersenyum kecil.

Pandang PertamaWhere stories live. Discover now