Pada satu malam, Farhan menunggu Aina di bawah kolong blocknya. Sebaik sahaja dia melihat yang Aina sedang menuju ke lift, dia pun bersembuhyi di belakang tembok. Selepas Aina menaiki lift, dia pun mengekorinya dengan senyap. Setelah melihat di mana rumah Aina. Dia pun balik dan kembali kesokkan harinya.
(Kesokkan Harinya)
Farhan sudah berada di hadapan rumah Aina, kali ni dia datang awal sikit sebelum Aina balik kerja. Farhan pun meletak surat di pintu pagar rumah Aina. Lalu, dia pun balik.
Aina balik dari kerja macam biasa, sebelum membuka pintu Aina lihat ada surat di pintu pagarnya. Surat yang berwana pink dan ada banyak bentuk 'love'. 'khas untukmu' Aina tersenyum lebar kerana dia tahu, ni mesti surat dari Farhan. Aina membaca surat itu.
'Hi Aina, I tahu I boleh mesej sahaja, tapi menghantar surat ni lebih romantik, hehehe. Sebenarnya I nak ajak you keluar makan malam pada hujung minggu ni. Itu pun kalau you sudilah. Makan malam ni istimewa sikit, nak tahu kenapa? kenalah datang. Tapi, you datang sendiri eh...I tak boleh amik you...I kene buat persiapan. Ni addressnya, jumpa you hujung minggu ni!' P/S
pakai dress tau.. ;)Aina terpikir-pikir, kenapalah Farhan suruh dia pakai dress?
YOU ARE READING
Pandang Pertama
Short StorySeorang lelaki bernama Farhan, nakal dan playboy. Namun pada suatu hari dia terpandang seorang gadis sangat cantik yang lain dari pada perempuan-perempuan yang dia 'date' sebelum ni. Adakah gadis itu cinta pandang pertama Farhan? Bolehkah Farhan ber...