Dua hari lagi, Aina belum ada dress yang sesuai. Dibongkarnya satu almari, satu dress pun tak ada. 'eh, memang lah aku tak ada dress, seumur hidup aku..mana ada aku pernah pakai dress' Aina tepuk dahinya. 'Farhan ni, apa pasal pulak suruh aku pakai dress...sigh' Aina duduk berehat di atas katilnya, handphonenya pun bunyi..ada satu mesej masuk..daripada Farhan.
Farhan: Hi, buat apa tu?
Aina: Tengah cari dress.
Farhan: Huh?! belum ada dress lagi?
Aina: I mana ada pernah pakai dress.
Farhan: Alaa, macam mana ni? Lagi dua hari dinner kita.
Aina: I tahu, nanti esok I beli sajala. I busy beberapa hari lepas, tak sempat nak shopping.
Farhan: Hm baiklah, harap-harap you dapat beli dress yang u suka.Kessokan harinya, Aina pergi ke mall berdekatan rumahnya untuk mencari dress. Setiap kali dia nampak kedai baju dia akan masuk dan lihat. Sudah hampir dua jam, belum lagi ketemu dengan dress yang diminatinya..sedang dia berjalan, dia terpandang ada sebuah dress biru yang di displaykan di hadapan kedai itu. Dia pun menuju ke kedai itu. Apa saja yang berwana biru, baju..kasut..bag menarik perhatiannya kerana biru adalahnya warna kegemarannya. Ada banyak juga koleksi dress yang berada di dalam kedai tersebut, Aina pun membelik-belik dress itu..sales girl pun datang. "ye cik? boleh saya bantu?" "hm, saya tengah cari dress yang sesuai dengan saya..." "okay, dress yang macam mana cik cari?" "sebenarnya saya selama ini tidak pernah pakai dress, tapi kalau boleh dress yang menutup aurat lah....hehehe" Aina menjelaskan kepada sales girl itu sambil gelak kecil. "okay, baiklah nanti kejap ye.saya tolong carikan." Setelah 5 minit sales girl itu pun menuju ke Aina sambil membawa dress berwarna biru. Dia pun menunjuk dress itu kepada Aina. "wahh, cantiknya dress ini..boleh saya cuba?" "boleh, silakan.." sales girl itu menunjuk di mana changing room itu berada. Setelah 2-3 minit, Aina pun keluar dengan memakai dress tersebut. "cantiklah cik ni, memang kena dress ni dengan cik.." Aina berpusing-pusing di hadapan cermin. "pandai awak pilih, terima kasih.." tidak lama kemudian Aina pun pergi ke kaunter dan membayar untuk dress itu. Hari dah malam dia pun beransur pulang.
Pada keesokan harinya, awal pagi lagi pukul 8.30..Aina menerima mesej dari Farhan.
Farhan: Selamat Pagi Aina.
Aina: Pagi!
Farhan: Macam mana semalam? Dapat beli dress?
Aina: Ada-ada, dah beli...cantik, I suke..hehe
Farhan: Oh ye ke? Kalau dress dah cantik mesti you dah pakai nanti, dua kali cantik lah Aina...hehe.
Aina: Mana ada, I biasa-biasa jelah..tak adalah cantik mana... :)
Farhan: Mesti cantik, percayalah. :) Tak sabar I nak tengok you dengan pakai dress malam ni.
Aina: Tak sabar nak jumpa you juga.
Farhan: Aik? Kenapa? Rindu I ye... :P
Aina: Hmmm...(Aina tersenyum seorang diri)
Farhan: I guess that's a yes, hehe. (Farhan juga tersenyum sendiri)
Farhan: Okay Aina..see you tonight!
Aina: See you.. :)
YOU ARE READING
Pandang Pertama
Short StorySeorang lelaki bernama Farhan, nakal dan playboy. Namun pada suatu hari dia terpandang seorang gadis sangat cantik yang lain dari pada perempuan-perempuan yang dia 'date' sebelum ni. Adakah gadis itu cinta pandang pertama Farhan? Bolehkah Farhan ber...