LoHA 1 🌸

722 21 2
                                    

" Weh , ko balik kampung besok kan ? " Soal Hana kepada Fatimah atau nama glamornya Fatih .

" Haah .. flight Aku besok , ko bebaik jalan nanti .. Aku nak sambung tidur ni hehehe " balas Fatih tersengih sengih sambil lantas menarik selimut berlambang kartun Minionsnya .

" Okayy .. thanks , ko pun bebaik besok , jangan lupa tiket flight ke apa " ucap Hana lagi .. krikk .. krikk .. Hana menoleh ke arah katil Fatih , ' laa , boleh ko tidur masa Aku tengah bagi nasihat ni ' monolog Hana dalam hati ..

Setelah memastikan segala begnya sedia , Hana menulis nota peringatan untuk Fatih , almaklumlah Fatih memang sorang yang pelupa dan cepat gelabah . Nota tersebut ditampal dibelakang pintu , lantas Hana keluar dan menuju ke stesen bas .

'Selamat tinggal UMS ! till we meet again lepas Aku balik dari my very own version of Solo-Holiday-Trip ! ' Senyuman terukir dibibir Hana .. Misi nak round negeri Sabah semakin berada di penghujung !

Sabah ? Ya . Sabah , Hana Arista William , itu Aku . Berumur 21 tahun dan merupakan student Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam jurusan Pharmasict .. Sekarang ni dah degree dah , diploma dulu dekat USM Pulau Pinang .. Lahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur ..

*********

Perjalanan ke Pulau Mantanani , Kota Belud memakan masa hampir 3 jam dari bandar KK .. Sepanjang perjalanan Hana mengambil kesempatan mengambil pelbagai jenis pemandangan . Dari hiruk pikuk kota sehingga ke sawah padi dan sungai .

Aku gembira . Ya , mungkin gembira tapi aku tak dapat lupakan kekecewaan Aku .. Aku lari dari masalah kah ? Adakah Aku derhaka kat Papa ? Tapi bagaimana dengan perasaan Aku ?

THROWBACK~

" Papa minta maaf Hana , papa tau papa salah .. Papa tak bagitau kamu papa dah kahwin lagi .. Tapi at least papa jujur kan ? " ucap Encik William , papa kepada Hana

" The things is I don't even care If you wanted to get married again ! Its just that , why must her ?! " Hana teriak mengeluarkan rasa hatinya .

END OF THROWBACK .

' Papa .. kenapa papa buat Hana macamni ? Bukannya Hana pernah halang pun kalau papa nak kawin lagi , malah Hana menggalakkan lagi papa kawin .. Mama meninggal masa Hana umur 5 tahun , Hana nak sangat rasa kasih sayang sorang ibu sejak kecil , Lima tahun Hana hidup dengan mama pun .. Hana tak pernah dapat rasa sayang tu , sebab mama dekat dalam hospital sakit jiwa .. Sekarang Hana dah besar panjang , dah boleh jaga papa , nak balas budi dan jasa papa .. But then , papa bagitau papa dah kawin .. Why ? why not masa Hana inginkan kasih seorang ibu ? Dan yang paling mengecewakan Hana ialah wanita tu adalah classmate paling rapat dengan Hana ! Wanita yang Hana tau ada Sugar Daddy untuk tampung hidup dia , tapi Hana tak sangka .. sugar daddy dia tu sebenarnya Papa .. Patutlah setiap minggu papa sanggup turun Penang , sebab tujuan papa bukan je nak jenguk anak papa yang tengah struggle belajar untuk masa depan .. tapi sebab nak dapatkan daging mentah ! '

Perlahan-lahan airmata turun membasahi pipi kiri Hana .. Fikirannya melayang lagi , fikirannya kusut . 2 tahun dia merantau di negeri orang semata untuk menghilangkan kekecewaan ini , namun tak pernah terpadam .

' Ah ! Malas nak fikir pasal benda ni , sekarang ni Aku nak enjoy myself sehabis baik ! Tanpa gangguan orang lain , masalah mahupun trafik yang tak pernah lengang di kota ' pujuk hati Hana .

*********

" Pounsikou uncle " ucap Hana sambil tersenyum kepada driver bas tersebut setelah sampai di jeti untuk ke pulau mantanani .

Beberapa tahun tinggal di negeri orang , Hana tidak melepaskan peluang untuk mempelajari bahasa2 utama di negeri ini .. Bukan meninggi diri , tapi kalau Hana ke pasar , dia boleh berinteraksi dengan peniaga2 yang majoritinya warga emas berbangsa kadazan dusun , murut Serta bajau dengan menggunakan bahasa ibunda mereka . *tepuk la sikit :D

" Selamat tengahari , boat ke pulau Mantanani yang mana satu ya ? " tanya Hana kepada pakcik yang berada di jeti tersebut .

" Yang warna biru ya nak , tapi bulum ramai orang lagi ni .. mau kena tunggu sekejap la ah ? " balas Pakcik tersebut mesra

" Oh takpa pakcik , kalau macamtu saya tunggu di gerai makan sana , nanti pakcik panggil Saya ya ? " ucap Hana sambil tersenyum dan pakcik tersebut mengangguk faham sambil tersenyum manis . Orang Sabah sangat peramah dan mesra ! Tak lekang bibir dek senyuman . Hana teringat akan kenangan dia dibantu anak-anak remaja sewaktu begnya diragut dulu .. Kemesraan dan sikap prihatin mereka tak kira umur dan bangsa !

Hana berjalan ke arah gerai makan di jeti tersebut . Baru dia sedari bahawa satu apa pun belum dijamahnya .. Sewaktu keluar dari kampus tadi , dia hanya meneguk secawan Milo . ' Haih Hana .. kalau ye pun excited janganlah sampai starving ! ' pesan Hana dalam hati kepada dirinya .

Setelah hampir dua jam menunggu , pakcik di jeti tadi memanggil Hana yang sudah terlena di gerai makan .. Mujur takda orang .. 'Ee Hana ! kau ni buat malu diri sendiri la ! ' Hana bermonolog geram didalam hati .

tubikontiniuu ... 💖✌
thanks for reading gaiss !

Life of Hana Arista : Pelarian Membawa Kebahagiaan .Where stories live. Discover now