LoHA 7 🌸

205 12 0
                                    

Pagi-pagi lagi Hana bangun dan terus memasang air panas di tab mandinya . Semalam sebelum tidur Seth kebiliknya mengkhabarkan bahawa Pak Sudir akan menghantar mereka pada jam 11 pagi .

Selesai menyegarkan diri , Hana mengemas barangannya untuk kali yang terakhir agar tidak tertinggal apa-apa barang disana . Kemudian Hana terus keluar berjalan ke bilik Seth memberitahu yang dia akan menunggu di lobi selepas sarapan di cafe resort .

Sesampainya di cafe , Hana memilih untuk duduk diluar dan terus memgambil makanan yamg dihidangkan . Memandangkan jam masi pukul 8 pagi , orang belum banyak dan Hana mengambil kesempatan untuk mengambil beberapa keping untuk dimuatkan dalam blognya nanti .

" Hana Arista ? " Kedengaran nama Hana disebut . Hairan dia siapa pula yang tahu namanya dipulau ini . Lantas Hana menoleh kearah si pemanggil .

" Adam ? Adam Rizki ? " tanya Hana kepada lelaki yang memanggilnya

" Yup . Tak sangka boleh jumpa you kat sini ye .. " balas Adam

" Me too .. last jumpa masa kat USM dulu kan ? Eh duduk lah " pelawa Hana sambil menarik kerusi disebelahnya .

" So how are you ? Bercuti sorang ke ? " tanya Adam lagi sejurus selepas dia melabuhkan punggungnya disebelah Hana

" As you can see .. sihat je masih macam dulu heheh .. Yup sorang je tapi dah nak balik dah ni " balas Hana . Mereka berbual-bual sebelum Adam meminta diri untuk pergi .

Jam menunjukkan pukul 10.30 Hana bergegas ke lobi utama dan menemukan Seth yang suda berada disana .

" Sorry im late " ucap Hana sambil berlari anak ke arah Seth .

" Eh takpe , ingatkan nak pergi tempat awak tadi tapi nampak ada kawan awak , so saya tunggu sini je " ujar Seth . Dari jauh kelihatan Pak Sudir berjalan kearah mereka .

" Haah kawan dari USM dulu , so awak dah makan ? " soal Hana lalu membuka begnya dan menghulurkan chocolate bar kepada Seth

" Heheh .. tak sempat turun makan tadi , btw thanks for this " ucap Seth tersengih sambil mengangkat coklat tersebut .

Mereka berjalan seiring dengan Pak Sudir kearah bot sambil masing-masing menjinjing beg besar dibahu ..

' Selamat tinggal Pulau Mantanani , banyak kenangan yang tercipta ditempat ini , ada yang terkubur disini dan ada juga yang akan dibawa balik sebagai memori indah ' Hana berkata dalam hati sambil menikmati angin laut Mantanani buat kali terakhir . Perjalanan ke jeti perhentian memakan masa setengah jam itu dihiasi dengan gelak tawa dari Seth dan Pak Sudir .

" Baik-baik jalan ya Seth Hana , pandu kereta tu biar hati-hati " pesan Pak Sudir sebelum kami berlalu pergi dengan menaiki kereta Seth .

Sepanjang perjalanan banyak yang dibualkan Seth tentang tesisnya . Hana juga tak ketinggalan bercerita tentang kejadian kakinya terpijak siput tempoh hari .

Iphone Seth berdering beberapa kali sebelum dia memasang earfon dan mencucuknya ditelinga ..

"Hello mama , ye Seth otw , hah?! what happen ? ahah , what ?! ok ma ok nanti Seth direct pergi hospital " nada suara Seth yang pada mulanya tenang berganti cemas .. Pemanduannya yang agak perlahan juga kini lebih laju .

" Seth ? is everything alright ? "

Suara Hana membuatkan pemanduan Seth perlahan semula , dia terlupa yang Hana turut berada bersamanya dalam kereta . Keselamatan anak orang perlu dijaga woi ! Emergency macamana pun law and rules kena patuh ! Ingat tu !

" My kids Hana .. ex wife saya jaga diorang sepanjang minggu ni sebab memang turn dia untuk jaga mereka , but then tadi Mama saya call kata diorang kena dera ! Im so stupid ! Kenapa saya bodoh sangat tak nampak kemungkinan benda ni boleh berlaku !? " tegas suara Seth . Kelihatan riak mukanya sungguh kecewa .

" Hey .. jangan cakap macamtu k ? bukan salah awak pun , benda dah nak jadi .. Sekarang ni , we have long way to go .. You stay calm okay ? At least sekarang ni diorang dibawah jagaan pakar , away from their mother " tenang Hana memberi kata-kata semangat kepada Seth . Dia tidak mahu memberi tekanan kepada Seth terutamanya ketika dia sedang memandu .

" Okay .. thanks for the comfort words Hana .. really appreciate it " ucap Seth lalu membelok ke kiri menuju ke Shell . Hana turun dan terus masuk ke dalam kedai , dia mencapai bun , mineral dan makanan ringan untuk bekalan mereka didalam kereta sebelum sampai di KK nanti .

" Saya pandu . " ucap Hana lalu terus masuk ke dalam tempat memandu . Seth yang ketika itu sedang mengisi minyak hanya tersenyum . Memang Unik !

" Kenapa awak volunteer nak drive ? " tanya Seth selepas beberapa minit Hana memandu balik ke KK .

" Awak duduk diam-diam , makan bun yang saya beli tadi .. tapi jangan tidur , temankan saya ok ? " balas Hana lalu terus fokus ke depan . Hana memang seorang yang teliti dalam pemanduan . Baginya , memandu bukan masa untuk bergelak ketawa sakan , silap langkah boleh menyebabkan nyawa melayang .

Seth hanya mengangguk sambil tersenyum kecil lalu terus menjamah bun yang Hana beli . ' Hm .. pandai dia ambik hati aku ' getus hati kecil Seth . Sepanjang perjalanan , tidak bamyak yang dibualkan mereka . Seth saja yang banyak bercerita tentang celoteh kedua anaknya iaitu Ashe dan Ezra ..

Perjalanan mereka diteruskan ke Hospital Gleneagles Kota Kinabalu .
Selepas memarkir kereta di tempat yang disediakan , mereka turun dan terus menuju ke kaunter resepsi .

" Nurse , anak saya bernama Ashe Devonne dan Ezra Valencia baru diwadkan semalam . Boleh saya tahu bilik mereka ? " tanya Seth kepada nurse yang bertugas di kaunter tersebut .

" Sebentar ya Encik .. Encik Seth Martin kan ? " tanya nurse tersebut . Seth hanya mengangguk dan terus menarik tangan Hana setelah nurse memberitahu nombor bilik anaknya .
" Mama .. where's Ezra and Ashe ? " tanya Seth kepada ibunya yang sewaktu itu berada diluar kawasan menunggu .

" Seth ! Diorang ada kat dalam . Mujur boleh warded at the same room since they're siblings . And who is this ? " ucap Mama Seth sambil memandang tangan Seth yang sedang menggenggam tangan Hana .

Hana yang perasan dengan keadaan itu terus menarik tangannya dan memperkenalkan dirinya .

" Er .. Hello aunty , saya Hana . Kawan Seth " ringkas , padat dan jujur . Begitulah jawapan Hana , nak dtokok tambah pun apa yang perlu ditambah kan ?

" Kawan ? I see . Aunty ni mama Seth , just call me Aunty Lily ya ? " ucap Aunty Lily tersenyum manis menepuk bahu Hana . Warm ! Itu yang dirasakan Hana . Seandainya Mama aku masih ada !

" Er Hana .. you wait here for awhile ya ? Saya tengok anak kat dalam " ucap Seth setelah lama berdiam .

" Okay , pergilah " balas Hana sambil tersenyum . Aunty Lily pula masih diluar , lalu dia mengajak Hana duduk ditempat menunggu .

" So Hana .. i know this is too much , but aunty nak tanya .. berapa lama dah kenal Seth ? " tanya Aunty Lili .

Gulp ! Aduh .. soalan cepumas ni taklah surprise sangat tapi korang tau la kan kalau dah mak-mak tanya soalan macamni dengan senyuman meleret bagai .. 😃

" Er baru je Aunty .. Kami kenal di Pulau Mantanani haritu , sama bot " sekali lagi jujur , ringkas dan padat . Malas dia nak tipu-tipu ni .. Lama - lama ketahuan jugak kan ?

" Eh .. baru kenal dah bawak jumpa anak ? " tanya Aunty Lily lagi . 'Aduss ! aku ni dahlah malas nak kena tanya banyak soalan macamni , pastu soalan yang bukan aku patut jawab pulak tu .. Sepatutnya tanya Seth jelah kenapa dia bawak aku pi sini ' mujur ayat kurang ajar Hana hanya didalam hati .

" Seth tumpangkan dia tadi dari KB .. pastu mama call dia taulah yang nak direct pi hospital , then setengah jalan Hana yang drive , Seth tertidur tulah Hana terus drive datang hospital .. kan Hana ? " sampuk Seth panjang lebar dengan cerita tokok tambahnya itu .

" Er yaa .. " balas Hana . Riak wajah aunty Lily jelas kurang percaya , tapi tetap diberikan senyuman .

" Hana . Jom jumpa anak saya " ucap Seth terus menarik tangan Hana .

' Bersediakah aku ? eh nak bersedia kenapa pulak kan ? '

*Hana dugdagdugdag .. korang ? tak kot .. sebab author ni telampau jelas lagi terang bersuluh kan ? 😂



Life of Hana Arista : Pelarian Membawa Kebahagiaan .Where stories live. Discover now