LoHA 11 🌸

171 10 0
                                    

Seth's POV

'Aku mungkin patut lupakan je Hana ni .. Aku chat ajak makan , dia kata sibuk final exams .. But then , aku nampak dengan mata kepala aku sendiri dia keluar makan siap bertepuk tampar dengan mamat dekat pulau haritu .. Nasib baik Ashe dengan Ezra tak perasan ' Seth memicit-micit kepalanya . Runsing memikirkan kerja , anak dan wanita .
Perasaan yang semakin berputik tak mampu dia nafikan . Hana , seringkali wanita ini bermain difikiran . Terlalu awalkah perasaan ini muncul ? Betulkah perasaan aku ni ? Atau mungkin aku nampak Hana sebab dah terlalu lama kosong hati aku tak berisi ?

" Daddyy ! Ish daddy ni .. "

" Hah ? kenapa sweetie ? Ezra cakap apa tadi ? " ucap Seth sambil mengusap kepala anak perempuannya .

" Bila nak jumpa aunty Hana ? " balas si kecil itu dengan muka cemberutnya .

" Aunty Hana tu sibuk sayang .. Nanti- nantilah jumpa aunty eh ? Daddy kan ada disini ? " pujuk Seth .

Dia tahu perasaan anaknya . Sejak kejadian bekas isterinya memukul anak-anaknya dia cuba untuk memberikan sepenuh perhatian kepada mereka .

" Taknak ! Nak aunty Hana . Aunty Hana selalu teman Ezra main anak patung , aunty Hana masak sedap , baca buku untuk Ezra dengan Ashe .. and she is kind .. tak macam mummy  " perlahan saja suara kecilnya apabila memyebutkan ayat terakhir .
Sayu hati Seth mendengar kata- kata anaknya .

' Maafkan daddy sayang .. Daddy tak mampu untuk jaga kamu pun , tapi daddy takkan lepas tangan tinggalkan kamu lagi .. Once is enough ' ucap Seth dalam hati sambil memeluk anak perempuannya itu .

Pengalaman itu cukup sekali .. Dia juga sebenarnya hairan bila doktor pakar psikologi memberitahunya bahawa anak-anaknya tidak mengalami sebarang gangguan emosi selepas kejadian penderaan tersebut . Anak-anaknya sungguh tabah !

" Sorry baby but not now okay ? Daddy promise akan bawak Ezra dengan Ashe jumpa aunty " balas Seth sambil mencium kepala anaknya yang dipangkuannya . Beberapa ketika kepala Ezra terlentok dibahu Seth . Hm dah lena rupanya !

Seth mendukung Ezra masuk ke bilik dan meletakkan dengan berhati-hati .  Ashe pula sudah lama tertidur , dia menyelimutkan anaknya dan mengucup kedua anaknya .

' Daddy janji , kalau ada jodoh .. daddy tunaikan permintaan kamu untuk ada mummy yang boleh jaga kamu , beri kamu kasih sayang . Tapi kalau bukan jodoh daddy dengan sesiapa .. Daddy janji akan jaga kamu berdua sampai besar dan jadikan anak-anak daddy orang yang berguna ! ' Seth berjanji dalam hati lalu terus menutup lampu bilik dan keluar .

' Now , yang aku perlu buat is tenangkan fikiran .. ' ucap Seth dalam hati kemudian mengambil telefonnya .

Chat dari Hana ..' hm nanti-nantilah baca .. sekarang baik aku tengok bola! ' Manchester vs Liverpool 🎊 Musuh seteru tu .. Hana ? Nanti aku call kau eh ..

************

Nada Shape of you berdering minta diangkat !

' Ish malam-malam buta ni memekak pehal ! Takde waktu lain ke nak bunyik ? Nasib lain bilik dari si Fatih , kalau tak naya kepala aku kena hempuk '

" Ah ? Hello ? hah Nana ko dah nape call malam buta macamni ? Hahh !? Ko cakap sekali lagi ? Hah ? Okok aku tak janji bila boleh sampai .. tapi aku janji besok aku balik ! " ucap Hana separuh menjerit .

Fikirannya terhenti ! ' Apa aku nak buat ? ' itu sahaja persoalan dimindanya . Fatih ! ok bagitau Fatih dulu !

" Fatihhh ! oii bangunlah Fatih ! " jerit Hana dihadapan pintu bilik Fatih , semenjak tinggal dirumah sewa bilik mereka berasingan .

" Hish ! Kau ni dah kenapa memekak jam macamni ! Dahla aku nak keluar besok pagi ! " bebel Fatih sambil menggosok matanya

" Fatih .. apa aku nak buat ni ? Tadi kawan aku call kata Papa aku tak sihat masuk hospital " tanya Hana meminta kesian .

" Lah yeke .. sorry , tapi apa susahnya kau balik jelah jenguk papa kau " balas Fatih .

Hana tak pernah menceritakan hal dia dengan Papanya kepada sesiapa walaupun Fatih . Hanya Mel dan Nana saja yang tahu kejadian tersebut , itupun bukan kisah sepenuhnya .

Yang mereka tahu , aku datang ke Sabah sebab study dan merajuk yang papa dah kawin baru . Details lain tersimpan hanya di kalbu .
Malu wei !

" Hm .. ye kan .. aku bingung tadi , takpelah ko sambung la tidur .. Mungkin aku balik KL besok tau " balas Hana .

Baru dia tersedar kegusaran hatinya untuk berdepan dengan Papa tu hanya dia saja tahu . Tu yang Fatih blur² je ..

" Okayy beb ! Apa-apa call tau and .. janganlah risau sangat .. Papa kau ok je tu , kau kan tabah .. mesti dia setabah kau ! " ucap Fatih lalu menepuk bahu Hana menyalurkan semangat kepada kawannya . Hana hanya tersenyum dan berlalu ke biliknya .

Flight yang aku booked haritu tarikh berlepasnya dalam seminggu lagi .. Nak tak nak terpaksa jugak aku booked flight baru untuk balik sekarang .

Ikon Airasia ditekan , dan Tuhan memberikan jalan ..

Two way flight from Kota Kinabalu to every destination around Malaysia for only MYR109.00 ( 08 -17 August ONLY ! ) Only 25 seats providedBook yours now ! Advertisement will be off between this 45 minutes ! Hurry Up ! - 1.03am

Promotion !! Sekarang jam 1.15 am .. Sempat lagi ! Terima kasih Tuhan ! Hana sempat bersyukur dalam hati kemudian terus menempah tiket untuk dirinya .

Flightnya akan berlepas pada pukul 6 pagi nanti . Sepanjang masa sebelum Hana ke airport pada jam 4 nanti , dia hanya mampu berdoa semoga Papanya diberikan keselamatan dan kesihatan !

' Maafkan Hana yang selama ni derhaka pada Papa , mungkin Hana akan maafkan Papa .. cuma Hana masih perlukan waktu untuk menyesuaikan diri ' getus hati Hana .

Bagaimanapun hatinya ketika ini .. Hana tidak mahu memikirkannya , dia hanya mahu fokus pada Papa . Egonya dikubur dalam- dalam sehingga tak mampu untuk dilihat sekalipun .

Sebelum bertolak ke airport , Hana menulis nota untuk Fatih untuk memberitahu rakannya tentang pemergiannya .

' Naik Uber jelah , susah pulak nak kejutkan makcik sorang ni nanti kalau nak minta dia hantar ' Hana berkira-kira dalam hati  namun dibatalkan niatnya .

- Aku balik harini , flight around 6am .

Hana chat digroup whatsapp untuk Mel dan Nana . Malas dia beritahu waktu ketibaannya , dia tahu Mel dan Nana sibuk bekerja dan dia juga tidak mengharapkan sebarang " sesi-ambik-aku-kat-airport" .

Semasa berada di airport dan atas kapal , Hana hanya memikirkan bagaimana caranya untuk berhadapan dengan Papa ..

Egokah aku untuk menegurnya ? egokah aku untuk memeluknya ? atau sebenarnya .. layakkah aku ?

* Saya nak tanya ni .. setakat ni korang boleh rasa tak perasaan Hana ke ? Seth ke ? Ataupun keseluruhan cerita ni ? Saya tak tetapkan tema untuk cerita ni , its a random things .. cukuplah saya tulis apa yang bermain di benak fikiran . So please komen bagitau perasaan korang masa baca cerita saya ? AND .. sorry for the typos !

Kat wattys ni , belum pernah lagi ada mana-mana cerita yang mampu nangiskan saya tau 😞😞  korang suggest sikit boleh ? Komen je .. saya tak kisah 😊😊✌🌸

Thanks for reading ! A vote for my karya might inspiring me more ! Vote la sikit 😘

Life of Hana Arista : Pelarian Membawa Kebahagiaan .Where stories live. Discover now