LoHA 16 🌸

154 8 9
                                    

Seth sampai dirumahnya pada jam 7 malam selepas seharian berada di universiti tempat dia mengajar .

' Aik ? Kenapa Mama tak bukak lampu rumah ni ? Selalu dia yang bising tak bukak lampu la apa la ..  heheheh dorang nak buat surprise kot ' Seth berkata dalam hati sambil tersengih-sengih .

Perlahan dia menghampiri pintu rumah yang tak berkunci .. ' Sah ! memang dorang nak buat prank ni . Eleh prank birthday aku la ni .. '

Suis lampu rumah yang berada disebelah pintu diketik . Mata Seth yang silau ditenyeh perlahan , dia melilaukan matanya dan terlihat sekeping nota di skrin tv plasmanya .

' Heh .. nak buat nota bagai dorang ni .. saje je nak buat prank , dorang ingat aku lupa la tu harini birthday aku .. comel je mummy dengan angels ni ' Seth tergelak sendirian dengan imaginasinya itu sebelum melangkah kearah nota tersebut .

Hey there hero ! Happy Birthday sayang.. Villa Persona .. NOW or BYE !

" Shit ! " Seth terus berlari kearah keretanya , dihidupkan dan dipecut laju ke Villa Persona . Dia tahu anak- anaknya pasti berada disana .

*********

" Hahahahah ! Korang tunggu kejap lagi , sekarang ni cerita tengah bosan .. Kejap je lagi datang penyelamat korang yang menyusahkan hidup aku ! "

" Kau perempuan tua ! Kau tak sedar anak kau tu bodoh sial ! Dulu kalau aku tak kahwin dengan dia aku takkan merana macam ni !! Sial ! Kau jugak yang suruh anak kau tu masukkan aku dalam hospital mental kan ?! Kau jangan nak berdalih la bangsat !"

Aunty Lily hanya menggeleng dan menangis , harapannya semoga ada yang datang selamatkan mereka ! Bekas menantunya sudah datang gila! sudah meroyan !

" Ni budak berdua ni pulak anak tak tahu untung ! Aku patut bunuh je korang sebelum lahir ! Aku patut gugurkan je ! Korang lahir kat dunia ni pun bukan menyebelahi aku ! Semua manusia kat dunia ni pandang aku hina ! Termasuk korang berdua ni ANAK SIAL !!

" Aliciaa !! Stop it ! "

Seth sampai di Villa Persona itu . Dia berada di depan pintu rumah yang penuh dengan lilin - lilin dan berselerak itu .

Kelihatan Fatih sedang terbaring pengsan dengan tangan terikat , kelihatan darah keluar dari mulut dan hidungnya .

Disuatu sudut pula Ashe , Ezra dan Aunty Lily didalam kurungan sempit dengan lilin disekeliling kurungan itu.

" Well .. well .. here we go .. hero dah sampai nak selamatkan korang semua ! Btw , Happy Birthday sayang ! " ucap Alicia dengan pisau tajam di tangannya sedang mencucuk-cucuk kek dihadapannya .

" What do you want Alicia ? Let them go ! " balas Seth , suara kerasnya diperlahan ingin memujuk .

" Do you know her Seth ? " terkejut Hana dengan keberadaan Seth tadi bertambah apabila Seth mengenali wanita tersebut . Adam turut berada di sisi Hana ketika itu .

" What are you doing here Hana ? " soal Seth namun pantas dia teringatkan Fatih yang terbaring disuatu sudut rumah itu .

Oh rupanya Alicia telah merancang segalanya . Jahanam punya perempuan ! Apa dia nak ?!

" Oh .. berjumpa lagi kita kan Hana ? welcome to both of you ! Seth ? How could you kan ? Tak kenalkan I pada cinta hati you tu ?! Hahahaha but look , she isnt here alone sayang .. I guess thats her groom ! " ucap Alicia sambil menunding kearah Adam .

" Kenapa kau buat macamni Alicia ! Kalau kau nak aku , just take me and let them go ! " teriak Seth . Giginya diketap kuat , kelihatan urat lehernya tegang .

Life of Hana Arista : Pelarian Membawa Kebahagiaan .Where stories live. Discover now