LoHA 12 🌸

169 11 10
                                    

Hana ! " ucap seorang wanita ketika di airport .

" Mel ! Nana ! i thought you're not coming " ucap Hana pantas berlari anak ke arah teman baiknya itu . Dipeluk lama Melinda dan Suhana , masing-masing melepas kerinduan yang tersemat tak terungkap selama dua tahun .

" Hey ! mestilah kitorang datang jemput kau ! Takpe sekarang ni , kita makan dulu pastu kita terus pergi hospital " balas Nana sambil mengangkat beg Hana .

" Okay jom ! " ucap Hana riang . Berjumpa temannya sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gementar untuk berdepan dengan Papa nanti .

Mereka terus menuju ke McDonald dan mengorder set breakfast . Masing-masing sibuk melayan telefon sebelum Hana bersuara ..

" So , apa jadi kat Papa, macamana keadaan dia ? " dikuatkan semangat semasa bertanyakan soalan tersebut .

Bukan kerana tak prihatin atau terpaksa tapi dirasakan dirinya tak layak !

Mel dan Nana berpandangan kemudian mengeluh nafas berat ..

" Papa sekarang tak sedar , sebenarnya Papa masuk hospital dari minggu lepas lagi Hana , tapi kitorang tau masa tu ko tengah final exam , so Alia kata jangan call kau dulu nanti ganggu study kau " ucap Nana sambil melepaskan nafas beratnya . Mungkin lega sudah beritakan kebenarannya .

" Tapi kau jangan salahkan Alia sebab tak suruh kitorang call kau awal . Apa yang dia cadangkan tu betul jugak , untuk masa depan kau jugak .. Hana kau ok ke ? " sampuk Mel pula . Hana mengeluh berat sambil mengangguk , tidak tahu apa yang perlu difikirkan sekarang .

Sepanjang perjalanan ke hospital , hanya Mel dan Nana saja yang sibuk bercerita berbicang tentang kafe yang mereka buka bersama . Mungkin juga memberi sedikit ruang kepada Hana ..

Hana mencapai telefonnya dan menchat Fatih mengkhabarkan dia selamat sampai di KL .

' Beb .. aku dah sampai kl ni , kau jaga diri tau ! Nanti balik aku bagitau . '

Selesai menghantar chat kepada Fatih , baru Hana sedar yang dia menerima panggilan telefon dari Seth sebanyak 3 kali dan chat ..
' Aik .. apa urgent sangat mamat ni call sampai tiga kali '

toit toit !  .. ' alamak battery lak buat hal bagai , baru nak call Seth balik , takpa ah chat je cukup '

-Seth .. sorry tak nampak call tadi , saya kat KL ni , nnt i call you back ya .. low battery ;) kirim salam kat angels !

Sesampainya di hospital , Hana menghayun langkah beratnya menuju ke wad Papanya . Pintu dibuka perlahan .

Zup ! Jantungnya terhenti sebentar . Papanya sedang terlantar dengan wayar memasuki rongga mulut , ditebuk kiri dan kanan lehernya, kepalanya berbalut ..

Airmata yang mengalir dipipi dikesat sedikit , Papa sakit apa ni ? Perlahan Hana menyelak kertas laporan dihujung katil .. Papa didiagnos kanser otak tahap 4 ??

Airmata tak tertahan mengalir laju , terasa berdosa sungguh dirinya , Papa takkan sakit macamni kalau tak kerana Hana ! Kalau Hana tak lari tinggalkan Papa , papa mesti tak perlu banyak fikir sampai jadi macamni ..

" Papa ? Hana ni .. Hana dah balik papa .. Hana minta maaf , Papa bangunlah tengok Hana .. Papa satu-satunya kekuatan Hana .. Dari kecik Hana cuma ada Papa .. " kata - kata Hana terhenti , terlalu berat untuk dia menghadapi dugaan ini .

Dia sesungguhnya tak layak pun untuk meminta maaf ! Akulah penyebab Papa sakit macamni !

Perlahan Hana berdiri mengucup dahi Papanya lembut . Diusap pipi tua milik papanya . ' Bangunlah Papa .. walaupun cuma sebentar , bangunlah dan dengarlah kata maaf dari Hana ' . Hana hanya mampu berdoa didalam hati .

Doktor cina perempuan masuk ke wad tersebut untuk mengecek keadaan papa sambil berbual sebentar dengan Hana .

Tiba - tiba mesin yang menunjukkan kadar denyutan jantung berbunyi bip bip bip berulang kali ..

Doktor terus menekan butang kecemasan , nurse dan doktor pakar berlarian masuk ke wad . Hana ditarik keluar dari wad , Mel dan Nana hanya mampu memeluk dan menenangkan Hana .

" Hana .. doakan yang terbaik untuk Papa okay ? He will be alright . Dont worry " ucap Nana . Hana tahu itu hanyalah ayat untuk menenangkan jiwanya namun sedikitpun tak membantu .

" Aku jahil beb ! Kalau tak sebab aku lari dari masalah macamni , papa takkan susah hati fikir pasal aku ! Papa takkan dapat kanser ni ! " ucap Hana sambil menangis teresak - esak .. Mel dan Nana hanya mampu berdiam sambil menenangkan Hana yang menangis .

Setelah setengah jam berlalu , doktor keluar dan memberitakan berita buruk kepada semua . Papa Hana sudah tiada ! Hana meraung atas kehilangan manusia yang disayanginya itu , Papa Hana mintak maaf !!

*********

Selepas kematian Papanya , Hana banyak mendiamkan diri . Keluarga barunya juga sudah ditemui , Alia dan anaknya atau sebetulnya adik kandung Hana , iaitu Yahaira Janna .

" Alia .. err .. sorry aku tak biasa nak panggil kau mak ke apa .. " ucap Hana ketika turun ke ruang tamu rumah papanya .. Tiada langsung perubahan sejak dari 2 tahun lepas , sebelum dia keluar dari rumah tersebut .

" Takpe Hana panggil je Alia.. aku tau kau tak boleh terima pasal tu , cuma aku nak kau tau , aku takde niat jahat kat Papa kau .. suatu masa nanti kau mesti akan tahu jugak , aku harap kita kawan " ucap Alia dengan perlahan .

" Its okay Alia , kau masih kawan aku .. err Tahu apa ? " ucap Hana sambil mengerut dahinya . Sejujurnya , tak pernah timbul rasa bencinya terhadap Alia .

Alia hanya tersenyum lalu beredar ke dapur . Hana hanya terdiam , sejak kematian papa minggu lalu , Mel dan Nana turut tidur dirumah ini menemaninya , sejak itu juga telefon kesayangannya tidak disentuh kecuali untuk chat Fatih tentang berita sedih itu .

' Hm baik aku cek telefon jap , wuish banyaknya chat dan call ! ' Namun , dalam banyak- banyak chat disana Hana tertarik dengan chat daripada Seth .. Amboi banyaknya chat ? '

- Its okay Hana .. Nanti call balik tau jgn lupa .. ♥ love from the angelss !

- I heard bout your dad from Fatih . Im so sorry , condolence to you Hana .. be strong ya ! tc ♥

- I rasa you tak perlulah kot nak jumpa anak I lagi , i tak rasa hubungan kita akan berkesan .. From this moment , you jangan nak call ke , chat ke atau jumpa I dan anak I lagi .. Not even forget to mention about pijak rumah i lagi !

Zup ! ' Apakah ? Kenapa ni ? Apa aku dah buat ? Takkan gara-gara tak balas chat tak angkat call je dah macamni ? ' ucap Hana dalam hati . Difikir sejenak tentang perkara tersebut sebelum Hana membalas chat Seth .

Send !

Puas hati Hana . ' Its okay Seth .. tak luak pun hidup aku takde kau dalam life aku ! '

********

Ting ! ' Chat dari Hana ? ' ucap Seth sambil tersenyum-senyum sendirian .. Dah seminggu chat aku , baru kau balas harini eh '

- Thanks for everything Seth .. For every moment we've been through together . Send my regard to Ashe and Ezra . And lets pretend like nothing has happen between us .

' What do you mean Hana ? kenapa tiba-tiba chat aku macamni ? Maksud dia , dia nak putuskan hubungan kawan kitorang ke ? ' getus hati Seth .
*Apa dah jadi gaiss ? Konflik apa yang sedang terjadi ni ? Baru nak bahagia ada je yang ganggu , baru nak berubah ada je yang kehilangan . Btw , thanks for reading gaiss !
If you like this chapter .. jomla vote sikit ! Komen juga dialu-alukan gais !! Bagila saya award sikit dalam penulisan cerita ni 😂😂 appreciate jasa korang sangat ! You is LOVE .

xoxo , airin ♥

Life of Hana Arista : Pelarian Membawa Kebahagiaan .Where stories live. Discover now