LoHA 24 🌸

323 7 0
                                    

" Bangunlah anak dara oii , dah pukul 7.30 pagi ni tak bangun lagi ni ! Dah cepat bangun basuh muka pastu sarapan " leter ibu Fatih pagi-pagi lagi ..

Dengan perlahan Hana dan Mel mengeliat sambil melipat selimut yang digunakan mereka . Nana dan Fatih sudah hilang , mungkin di bilik air .

" Selamat pagi makcik .. Ada makanan apa pagi ni ? " soal Mel setibanya di dapur .

" Amboi eh la anak dara sorang ni .. Gigi tu masih bertahi lagi dah ingat makan pulak , pergi cuci muka tu dulu " leter makcik lagi . Hana yang berada dibelakang hanya terkekek mendengar . Mel memuncungkan bibirnya lalu ketawa .

" Fatih dengan Nana mana macik ? " soal Hana setelah siap membersihkan diri .

" Tuuu ha kat bendang tu .. Tengah main dengan Sally " ucap orang tua itu sambil menunjuk ke arah bendang yang terbentang luas disekeliling rumah mereka .

" Sally ? Wahh bestnya nak jugak lah " jerit Mel lagi sambil ketawa girang , seperti kanak-kanak lagaknya .

" Jom Hana ! " ajak Mel selantar terus menarik tangan Hana dan ditarik ke sawah padi tersebut .

" Wahh cantiknya ! Fatih mana dia ? " tanya Mel kepada Fatih ..

" Dia ? Siapa ? " soal Fatih hairan

" Sally lah siapa lagi .. rasanya macam comel je Sally tu kan , aku nak tocangkan rambut dia boleh eh ? " ucap Mel lagi dengan girang

" Sally ? Siapa bagitau kau pasal Sally ni Mel ? " soal Fatih lagi sambil menyuap rumput segar kepada kerbau milik keluarga mereka .

" Mak kau lah bagitau korang tengah main dengan Sally .. mana dia ? " cebik Mel meluat ditanya begitu .

" Nah kau ambik rumput ni bagi makan kerbau ni ha " ucap Nana sambil ketawa besar .

" Korang ni kenapa dah tersengih ketawa pulak ni ? " soal Mel masih meluat .

" Yang namanya Sally tu kerbau ni lah alahai kau ni kan hahahaha " terkekek Fatih Nana dan Hana ketawa dengan lagak Mel . Mel mencebik kemudian ketawa juga .

Tengahari itu mereka habiskan dengan menjelajah kampung halaman Fatih , walaupun berada dikawasan terpencil dan berhutan , kampung Fatih hampir didiami 300 penduduk . Mereka merehatkan minda dengan bermandi manda di air terjun yang terletak di hujung kampung itu . Pengalaman yang sukar diperoleh sekiranya berada di bandar..

Sabtu akhirnya tiba , Fatih mengenakan busana tunang yang simple saja untuk majlis itu . Tak mahu membazir katanya . Pihak lelaki sudah sampai dengan mewakilkan ahli keluarga terdekat saja .
Walaupun tidak seramai mana , namun tetap meriah kerana keluarga Fatih sudah lama mengenali keluarga tunangnya . Segalanya berjalan dengan lancar , tarikh pernikahan sudah ditetapkan pada 6bulan selepas tarikh pertunangan . Segala perbincangan diakhiri dengan kata persetujuan dari kedua belah pihak . Hana , Mel dan Nana tersenyum ketika jari manis Fatih disarungkan cincin permata oleh bakal ibu mertuanya .

*****

" Huaaa !! Goodmorning world ! Harini balik Sabah !! " jerit Hana kecil sejurus bangun dari tidurnya pagi . Awal pagi lagi Alia dan anaknya ke taman untuk beriadah , meninggalkan Hana seorang dirumah . Seminggu dihabiskan di Kuala Lumpur , fikiran Hana hnya satu , Just go with the flow !

Selesai mandi dan menyiapkan begnya , Hana turun dan makan sarapan dimeja ..

' Mulai harini .. Biarlah semua terjadi mengikut kehendak Tuhan , apa yang berlaku di dalam diri aku akan datang , aku redha .. Seth , kalau kau jodohku , sepuluh tahun akan datang pun kau tetap milikku .. Adam , mungkin tindakan luar batas kau cium pipi aku haritu sangat melampau , tapi akan aku lupakan dan menganggap itu hanyalah perasaan kasih sayang kau terhadap aku sebagai kawan .. Papa , mungkin kepergian papa tanpa aku disisi , tapi aku tahu Papa sayangkan aku , dan aku pun sayangkan Papa .. Hana minta ampun , Pa . Untuk rakan-rakan aku , girls .. Aku bukan manusia sempurna yang mampu sentiasa membahagiakan korang ,tapi apapun yg terjadi , aku tetap akan bersama dengan korang !! " fikiran Hana menerawang . Fikiran yang tenang , dan positif ..

Life of Hana Arista : Pelarian Membawa Kebahagiaan .Where stories live. Discover now