#43. Hina

30 5 0
                                    


Jangan menghina,
mereka yang bergelumang
dengan dosa
dengan pandangan serong,
Seakan kita paling sempurna
bagaikan malaikat,
di sisi-Nya.

Sedangkan  yang menghina
juga,
Pendosa.

Kita sama saja,
Tiada bezanya,
Kecuali air mata taubat,
terhadapNya.

Jangan menghina,
si pembuat dosa
tetapi bencilah,
kepada perbuatannya.

Kita tidak mempunyai
apa-apa langsung,
kita bernafas,
kerana bantuanNya,
Kita hamba yang hina.

Sesungguhnya,
Sehina-hina kita
di pandangan manusia,
Allah lebih arif,
Siapa lagi hina.

Pedulikan,
Apa kata manusia
Biarkan Allah,
menilai segalanya.

Siapa sangka,
Orang yang kita hina
yang kita rendahkan kedudukannya,
Sekarang,
jauh lebih baik daripada kita.

Aku percaya,
Di dalam hati setiap pendosa,
Pasti ada rasa ingin berubah, walau sedikit.

Ingat,
Allah itu Maha Adil.

@diary_pendosa

KeranaNya Where stories live. Discover now