#18. Sementara

52 8 0
                                    

Dunia ini dicipta hanyalah sementara,
Medan ujian sebelum menuju ke akhirat sana.

Aku tahu dunia ini hanyalah bersifat sementara,
yang akan hancur binasa apabila tiba waktunya.
"Haruskah aku jatuh cinta dengan keindahannya?".

Oh dunia,
hebatnya kau meracun diri aku dengan kemewahan
Hingga aku lupa bahawa ini hanyalah pinjamanNya sementara.
"Kenapa dosa yang aku pilih sebagai mainan yang menghiasi hidupku?".

Aku tahu,
Tanah bumi yang aku pijak adalah milikNya.
"Kenapa aku berlagak bagai dunia ini seakan milik aku?".
Bebas menghukum seakan punyai kuasa.

Benar,
dunia ini indah
sehingga mengalpakan kita semua,
tentang kehidupan akhirat sana.

@diary_pendosa

KeranaNya Where stories live. Discover now