#59. Siblings Goals 👩‍👩👩👩‍👨‍

21 5 0
                                    

Mereka,
Insan yang sentiasa
Menceriakan hidupku dengan
gelak tawa, suka mahupun duka,
Selepas ayah dan ibuku.

Mereka,
Insan yang dilahirkan,
daripada satu rahim yang sama seperti aku,
Mereka,
adik-beradikku.

Mereka,
Tempatku berkongsi masalah,
Sentiasa ada di saat aku,
memerlukan bantuan.

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi,
kerana dipinjamkan
adik-beradik yang menemaniku,
kala aku sunyi.

Tanpa mereka,
Tiada lah gelak ketawa
menghiasi setiap ruangan rumahku,
Tiada lah tempat untuk aku
berkongsi kegembiraan,
selain,ayah dan ibu.

Aku berharap,
Aku dapat menjadi contoh terbaik,
kepada adik-adikku.

Semoga,
Kita sama-sama,
Dapat melangkahkan kaki
ke Syurga-Nya.

  @diary_pendosa

KeranaNya Where stories live. Discover now