#32. Dear Allah 💖

42 10 0
                                    

Getarkan hatiku,
saat aku menyebut namamu.

Dekatkan diriku,
dengan sentiasa mengingati-Mu
dalam alunan zikir.

Insafkan diri ini,
dengan takutkan azabmu
yang amat pedih.

Jadikan aku,
Insan yang sentiasa bersyukur
dengan segala nikmat-Mu.

Tabahkan hatiku,
saat menempuh dugaan daripada-Mu.

Ingatkanlah diri ini,
agar tidak terlalu mencintai dunia yang bersifat sementara,
melebihi Akhirat yang kekal abadi.

Ingatkan aku,
bahawa mati itu
tidak mengenal erti, muda,tua atau sihat.

@diary_pendosa

KeranaNya Where stories live. Discover now