#113. Syukur

10 1 0
                                    

"Nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan?"

🌹🌹🌹🌹

Seringkali diri ini,
Lupa tentang erti syukur.

Seringkali diri ini,
Alpa dengan kemewahan dunia,
Hingga berasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.

Seringkali diri ini,
Terlalu mengejar dunia,
Hingga mengeluh dengan apa, yang dimiliki.

Seringkali diri ini,
Mempersoal segala nikmat yang dikurnia,
Hingga tidak boleh menerima kenyataan.

Seringkali diri ini,
Berasa tidak sempurna,
Hingga kecewa dengan kelebihan yang ada pada orang lain.

Seringkali diri ini,
Berasa angkuh dengan kemewahan dunia,
Hingga lupa mengucapkan syukur
dengan segala nikmatNya.

Seringkali diri ini,
Mengeluh saat diuji dengan ujian,
Tanpa berasa bahawa diri diberi perhatian oleh Sang Maha Pencipta.

Seringkali diri ini,
Terlupa untuk menghargai insan
yang ada di depan mata,
Hingga mengabaikan tanggungjawab terhadapnya.

Wahai muslim dan muslimat
Yang dikasihi Allah,

Bersyukurlah dengan segala nikmat Tuhanmu,
Tatkala kau senang mahupun susah
dalam menjalani liku-liku kehidupan.

Andai dunia menjadi pakaianmu,
Nescaya kau tidak akan berasa cukup,
kerana manusia tak pernah puas dan sering mengeluh.

Tetapi,
Andai Akhirat menjadi pakaianmu,
Aku pasti aku,kau,kita semua
akan berasa cukup,bahkan lebih.

Bersyukurlah,
Agar hatimu sentiasa tenang,
Tanpa terfikir ingin memiliki dunia.

Alhamdulillah,
Segala puji bagi Allah.

@diary_pendosa

KeranaNya Where stories live. Discover now