Julai

64 5 13
                                    

Hari ini, aku memulakan sesuatu yang baru di dalam hidupku. Berkat doamu, juga doa seluruh manusia yang sudi ingin mendoakanku, aku mampu bercerita tentang masa depan dengan bapamu. Dia tersengih melihat aku menjelaskan akan kerja yang bakal aku mulakan sehabis raya ini. Kami berbual panjang tentang diri masing-masing dan beberapa kisah lucu bersama kuih segelas air oren dihidang. Mulutku  tentang sesuatu yang tak aku fikirkan. Dia terlalu laju bercerita tentang kejayaan akan datang sedangkan di kepalaku cuma ada kenangan saat aku pertama kali melihatmu di sini. Dengan lambaian penuh malu-malu memanggil kereta kami di hadapan rumahmu, sehinggalah gigi di antara ketawa kecilmu mula terapung sebagai doa di antara impianku.

hari ini, 
kau kelihatan sungguh manis berbaju kuning keemasan. Mungkin cuma mataku, katamu, tapi benar aku tidak menipu. Kau sememangnya gadis paling manis di perayaan kali ini.

sungguh manis.

Seraya kau keluar dan memutuskan perbualan aku dan bapamu, hatiku tidak lagi gemuruh dan terbang melayang jauh ke dalam ketakutan. Aku lebih yakin dengan pilihanku, dan cinta yang kita namakan. Anak-anakmu telah memenuhi ruang doaku untuk sebuah masa depan. Kau adalah ayat-ayat suci yang kubacakan di samping Tuhan dan cuma setelah doa-doa kecil untuk keluarga. Diriku telah kulupakan untuk memenuhi kebahagiaanmu bersama cinta kau ingini.

Kau meminta maaf atas kekuranganmu hari itu. Aku meminta agar kau tersenyum bersamaku meraikan betapa bahagianya aku melihat keluargamu di sampingmu sedang aku di antaranya. Terasa seperti Tuhan mengabulkan sebahagian doa, dan gerimis lebih dahulu tiba bersama angin kencang; meniup sebahagian cinta ke dada.

Kucium tangan bapamu seperti pesan yang kau tinggalkan.



Namun hari mendatang, nafas setan lebih dahulu mengucup waktu.

Dua Belas Bulan SehariWhere stories live. Discover now