Hari ini, hidupku mula aman. Dengan bilik baru, aku teruja menghiasinya dengan buku dan kata-kata semangat. Ku kemas dari bucu ke bucu dinding agar selesa untuk aku bermimpi tentangmu, kekasihku. Di dinding, punya gambarmu yang ku pilih dari beberapa cuma yang kau pernah hantarkan. Maaflah jika kita kurang gambar bersama, kerana aku memang tidak pandai dan rajin bergambar. Mungkin kerana wajahku yang bakal merosakkan gambar siapapun di dalamnya jika ada aku. Kau lebih cantik sendiri tanpa kehadiranku, fikirku.
Bulan ini kita dingin. Aku bekerja sehingga malam, malah ada ketikanya sehingga jam dua belas dan aku masih mengira luas lantai yang belum dikonkrit. Kita sedikit berjarak dan tanya khabar yang ada mula tidak dipedulikan. Kau bersama teman-temanmu yang tak pernah penting bagimu untuk diperkenalkan kepadaku, aku dengan kerja yang tak putus menghimpit waktu yang tersisa. Aku nyata lebih rindu, tetapi tak punya masa untuk selalu menemanimu. Kekuatan yang ada hanya usaha untuk memilikimu dan menghadiahi bahagia untuk masa depan kita dan keluarga.
Apakah kau melihatku seperti lelaki-lelaki jalang yang merusak tubuhmu? Lalu kenapa kau memilih mereka, diam-diam menoreh luka di dadaku?
YOU ARE READING
Dua Belas Bulan Sehari
AléatoireCerita pendek tentang perjalanan bulan dan bintang dalam sehari