🔴Rec:00:30:01
"Saya,Kim Taehyung berjanji akan sentiasa menyayangi cinta hati saya iaitu Song Jihyo.Saya pergi sekejap je.Bila saya balik,kita kahwin ye?"
"Ala hyung ni.Clichè je lebih.Hahahaha"
"Sayang,buatlah macam buat tadi.Cepat lafazkan kalimah ikrarmu.Hihihi"
"Saya,Song Jihyo berjanji akan selamanya menyayangi Kim Taehyung sehingga akhir nyawa saya"
🔴Rec:00:56:30
Song Jihyo pov
Video berdurasi 56 minit itu ku ulang tayang sehingga 5 kali.Sedar tak sedar,dah hampir 4 tahun aku tak bersua muka dengan Tae.
Harini,dia akan pulang ke tanah air.Dan aku harap dia akan tunaikan janji dia.
"Noona,dah siap ke belum?Uncle Kim dah on the way tu.Dah lupa ke yang harini hyung balik.Udah-udah le tu tonton video tu." Suara adik lelaki angkatku sudah kedengaran.
"Kejap.Noona nak salin baju",ucapku sebelum bersiap dan kemudiannya bergerak ke Rumah Uncle Kim untuk menyambut kepulangan Taehyung.
Seoul International Airport
Sepasang kaki melangkah keluar dari pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Seoul sambil menarik bagasi miliknya.Dihirupnya udara segar sambil memandang suasana yang riuh di situ.
"Dah 4 tahun aku tinggalkan tempat ni.Hey Korea,I'm back"ucapnya gembira.
Kim Taehyung pov
Akhirnya selepas 4 tahun aku berhempas pulas menyambung pelajaran,harini aku boleh hirup udara di tanah air sendiri.
Tak sabar rasanya nak balik ke rumah.Mujurlah aku dah sewa cab awal-awal sebab Papa dah pesan yang dia tak dapat jemput aku.
Sungguh aku rindu pada keluarga aku.Papa&Jeonyeon.Mama dah lama mati sebab kencing manis.
"Tae,janganlah tinggal saya.Letih tau saya kejar awak." Aku berpaling ke arah belakang.Kelihatan wanita yang begitu aku cintai sedang mengambil nafas.
"Sorry sayang.I terlalu excited.Tu texi kita dah sampai.Jom I bawak U ke rumah I" ucapku sambil menarik bagasi kami ke arah teksi.
Uncle Kim's House
Jeongyeon&Chanyeol sibuk meniup belon manakala Uncle Kim membantu Jihyo menyediakan makanan."Jihyo-yah,terima kasih sebab selalu ada di samping keluarga ni.Selalu membantu kami apatah lagi sewaktu kami kehilangan orang yang kami sayang. " ucap Uncle Kim sayu.Jihyo memandang Uncle Kim.Dia menghentikan aktiviti memasaknya.
"Appa,appa dan omma terlalu banyak berjasa dengan Hyo.Kalaulah Hyo dan Channie ditakdirkan untuk kenal appa,mesti kami dah tak kenal erti kehidupan."balas Jihyo sambil memegang tangan Uncle Kim.Ya,Uncle Kim merupakan kenalan mendiang ibu bapanya.Orang tua itulah yang mengambilnya dari rumah anak angkat.Pada waktu itulah dia mengenali Park Chanyeol,seorang anak lelaku yang cengeng dan pemalu.
Dia terlalu kasihankan Chanyeol yang sering dibuli dan kerana itulah dia meminta agar Uncle Kim membawa Chanyeol bersama.
Pin pin.Hon teksi kedengaran di luar pagar rumah.Jeongyeon bergegas ke luar rumah untuk menyambut satu-satunya oppa yang dia ada.
"Tu dah sampai dah Tae.Appa pergilah sambut dia.Biar Hyo yang hidang makanan.Hyo tahu appa rindukan Tae" arah Jihyo kepada Uncle Kim.Uncle Kim mengangguk sebelum melangkah ke luar.
"Oppa,neomu bogoshipda.Welcome back" jerit Jeongyeon sambil memeluk Teahyung.Uncle Kim dan Chanyeol hanya tersenyum melihat gelagat manja Jeongyeon.
"Lepaskan oppa kamu tu Jeong.Kesian dia lemas"arah Uncle Kim pada Jeongyeon.Gadis itu mencebikkan bibir kononnya merajuk
"Jejeong-yah,please jangan merajuk.Oppa baru je sampai.Nanti kita keluar oppa belanja makan.Okay?" soal Taehyung.Jeongyeon menganggukkan kepalanya.
"Selamat kembali hyung" Chanyeol berkata seraya memeluk lelaki di hadapannya itu."Thank you for the wish Chan" balas Taehyung.
"Welcome home anak Appa.Appa rindu sangat dengan kamu," kata Uncle Kim sambil memeluk anak terunanya itu."Jomlah masuk,kami dah siapkan makanan kegemaran kamu" sambungnya.
"Cop cop.Dah alang-alang semua dah ada di sini,Tae nak kenalkan kepada kalian semua perempuan yang paling Tae sayang.Here she is,Wendy Wong".Taehyung memegang tangan gadis di sebelahnya.
"Oppa,Hyung,Tae" jerit Jeongyeon,Chanyeol dan Uncle Kim serentak disusuli bunyi kutleri terjatuh ke atas mozek.
YOU ARE READING
Second Chance (K.T.H ft. S.J.H)
Romance"I'm so sorry Jihyo-yah.I really need you.Saya nak kita bersama macam dulu.Tolong bagi saya peluang kedua.Saya janji saya akan jaga awak&anak kita bebaik"-TAEHYUNG "Sudahlah Taehyung.We are over.Dulu awak buang saya.Kenapa sekarang baru awak terheg...