Kediaman Jihyo&Taehyung
Jihyo menyelitkan dua keping surat di bawah bakul berisi buah-buahan yang terletak di atas meja.Sekeping buat Wendy dan sekeping buat Taehyung.
Hari ini,dia akan pergi mulakan hidup baru bersama anaknya yang akan lahir.Taehyung dan Wendy sudah keluar awal pagi tadi.Ketiadaan mereka memudahkan pergerakannya untuk keluar dari rumah itu.Diamatinya suasana rumah yang besar itu.
Siling kapur putih yang diukir dengan ukiran flora ditenungnya.Pantas bibirnya mengukir senyuman."Baby,harini kita akan jalan jauh tau.Kita akan keluar dari istana ni.Kita bina hidup kita yang baru ye?" bicara Jihyo sambil mengusap perutnya.
Bunyi enjin kereta Chanyeol mematikan bicaranya.Pantas dia menarik beg rodanya keluar dari rumah itu.Chanyeol membantu Jihyo mengangkat barangannya.Ya,semua barangnya diambil kecuali barangan yang dibeli menggunakan duit Taehyung,termasuk cincin perkahwinan mereka.Untuk apa dia simpan benda itu kalau ia hanya membuat hatinya lebih sakit?Kerana itu dia bertindak tidak mengambil cincin itu.
Jihyo mengunci pintu pagar rumah itu.Sebelum memasuki kereta,dia berdiri statik di hadapan rumah itu.'Bye rumah.Semoga rumah ini akan dipenuhi dengan kebahagiaan' doa Jihyo dalam hatinya.Nafas ditarik dan dihembus.Dia nekad untuk pergi walaupun separuh hatinya tidak rela meninggalkan rumah itu.
Chanyeol menurunkan cermin tingkap keretanya.Nama Jihyo dipanggil untuk memberitahu yang mereka sudah lewat.Jihyo terus memasuki kereta untuk ke lapangan terbang.
Lapangan Terbang
Chanyeol memeluk Jihyo dengan kemas.Bahu Jihyo ditepuk lembut."Noona,noona tunggu Chan ye?Nanti Chan follow noona.Ada apa-apa,call terus" pesan Chanyeol.Jihyo yang mendengar menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis.
Chanyeol tidak dapat berangkat bersama denga Jihyo kerana dia perlu berunding dengan majikannya tentang permohonan pertukaran tempat kerjanya.Masakan dia mahu berulang-alik dari Seoul ke Pulau Jeju?
Lagipun,dia masih lagi belum memberitahu Jeoengyeon tentang hal ini.Dia takut gadis itu tidak dapat menerima pemergiannya.Biarlah dia selesaikan masalahnya dan gadis itu dulu.
Pengunguman tentang pelepasan kapal terbang dari Seoul ke Jeju Island mula bergema di lobi lapangan terbang itu.Chanyeol meleraikan pelukannya.
Lambaian dari Jihyo dibalas dengan senyuman.Pejabat Chanyeol
Chanyeol berjalan memasuki pejabat bosnya.Baru sebentar tadi dia ditelefon oleh lelaki separuh abad itu untuk berbincang tentang permohonan pertukaran tempat kerjanya.
Pintu pejabat diketuk.Apabila mendapat keizinan,dia terus melangkah masuk.Kepalanya ditundukkan tanda hormat.Pengerusi Yang menyuruh Chanyeol mengambil tempat di atas sofa di hadapannya.Surat permohonan Chanyeol dipegang seraya kepalanya menghadap ke arah lelaki pertengahan 20an itu.
"Are you sure about this,Park Chanyeol?Seoul ni bandar maju,how can you pilih nak tinggal di Jeju?" soal Pengerusi Yang kebingungan.Chanyeol mengangukkan kepalanya tanda dia serius."Betul tuan.Saya nak bekerja di sana" ucap Chanyeol sambil hatinya berharap majikannya akan menerima permohonannya.
Pengerusi Yang mengeluh dan kepalanya diangukkan."Okay,permohonan awak saya terima.Awak boleh bekerja di sana bermula minggu depan.Tapi ingat,lepas 5 tahun awak kena bekerja di sini balik" lafaz Pengerusi Yang senada.Chanyeol mengukir senyum.Pantas tangan lelaki itu dipegang.Ucapan terima kasih tidak lekang dari mulutnya.Dia pantas ke biliknya untuk mengemas barangan yang bakal dibawa bersama.
'Semua dah selesai.Hanya satu yang tinggal,Jeongyeon' monolog Chanyeol.Dia pantas menelefon gadis itu untuk mengajaknya keluar pada malam ini.Sebelum itu,dia duluan lagi menempah tiket penerbangannya ke Jeju.
Semuanya akan berakhir.Dia perlu memberitahu Jeongyeon tentang pemergiannya kelak.Ya,dia harus.
YOU ARE READING
Second Chance (K.T.H ft. S.J.H)
Romance"I'm so sorry Jihyo-yah.I really need you.Saya nak kita bersama macam dulu.Tolong bagi saya peluang kedua.Saya janji saya akan jaga awak&anak kita bebaik"-TAEHYUNG "Sudahlah Taehyung.We are over.Dulu awak buang saya.Kenapa sekarang baru awak terheg...