BAB4

269 45 1
                                    

Kediaman Taehyung&Jihyo
  Jihyo menapak masuk ke dalam rumah yang diberikan oleh bapa mertunya.Kata bapa mertuanya itu,rumah ini adalah hadiah sempena perkahwinannya dengan Taehyung.

  Dia membuka pintu rumah itu.Kelihatan Taehyung sedang menonton relevisyen sambil berbaring di atas sofa.Kehadirannya tidak menghentikan lelaki itu daripada terus menonton televisyen.

  "Awak nak minum air Tae?Kalau awak nak saya boleh buatkan" pelawa Jihyo.Taehyung hanya mengendahkan soalan isterinya itu.

  "Tae,kalau awak nak makan,bagitahu je saya.Saya boleh masakkan" tambahnya sambil merenung suaminya itu.Taehyung tidak memberi sebarang reaksi.Dia hanya memulaukan pelawaan Jihyo.

   "Tae,awak dengar tak?Saya cakap dengan awak ni".Kali ini kedengaran suara Jihyo sedikit kuat.Taehyung mengalihkan pandangannya daripada tv.Raut wajahnya keruh seakan menahan marah.

  Dia menarik nafas sebelum menengking gadis kecil itu."Apa masalah kau ha Song Jihyo?Kau fikir lepas kita kahwin aku akan jatuh cinta pada kau semula?" soalnya dengan muka yang marah.Jihyo menunduk.Air matanya mulai bergenang.

  "Tae..." sebelum sempat gadis itu menjawap,percakapannya dipintas oleh Taehyung. "Aku dah taknak bersembunyi lagi.Aku nak kau tahu yang aku terima kau kerana appa.Kerana Wendy.Aku yakin yang kau dah tahu kan?Jadi kalau kau fikir yang hubungan kita akan kembali macam dulu,aku nasihatkan kau supaya berhenti berharap.Sebab harapan kau tu ibarat angan-angan atas angin dan kau sendiri yang sakit" luah Taehyung sambil memandang wajah Jihyo.

  Perlahan-lahan air mata Jihyo menitis di pipi mulusnya.Dia jatuh terduduk di atas lantai.Permaidani bewarna biru itu dicengkamnya kuat.Berharap agar dirinya diberi kekuatan untuk menghadapi Taehyung.

   "Tae,kenapa Tae buat Hyo macam ni.Hyo tunggu Tae tau.Empat tahun Hyo tunggu Tae.Sampai hati Tae buat Hyo macam ni" gadis itu mengelap air mata.

  Taehyung tersenyum sinis."Manusia boleh berubah Jihyo.Memang dulu aku cintakan kau.Tapi rasa sayang aku ah berubah pada orang lain dan orangnya ialah Wendy.Dahla,cakap banyak pun tak gune.Kau hiduplah macam biasa.Lagipun perkahwinan kita hanya di atas kertas dan aku tetap akan cintakan Wendy" usai bicara,Taehyung segera menapak ke biliknya meninggalkan Jihyo keseorangan.

Jihyo pov
   Aku hanya mendiamkan diri saat mendengar kata-kata Taehyung.Aku terbungkam,kelu dan hampir tak dapat bicara.

   Mudahnya hati awak berubah Tae.Mengapa awak janjikan bulan dan bintang pada saya kalau awak tak mampu nak sempurnakannya?

   Aku menekan butang off pada remote tv sebelum masuk ke dalam bilik.Hampir saja aku memasuki bilik tidur utama,Taehyung menegurku.

  "Kau pilih mane-mane bilik kecuali bilik ni.Aku belum bersedia untuk berkongsi bilik dan aku nakkan privasi.Jadi,sila keluar"
.Aku mengangguk tanda akur.

  Kakiku melangkah ke sebuah bilik di sebelah biliknya.Suis lampu aku petik.Bilik ni tak besar sangat tapi selesa.Aku menghidupkan penyaman udara sebelum mataku mulai terkatup.

Taehyung pov
   Aku mengiringi pemergian Jihyo ke bilik sebelah dengan ekor mataku.Aku perasan yang matanya sedikit bengkak.Baru lepas menangis barangkali.

   Aku berjalan menuju ke arah biliknya.Gadis ini dah pun tidur semasa aku memasuki biliknya.Keletihan mungkin kerana melayan tetamu yang datang ke majlis resepsi kami.

  Aku menyelak rambutnya yang menutupi wajahnya itu.Matanya kelihatan lebam dan kesan air mata masih bersisa di pipinya.Aku mengelap air itu menggunakan ibu jariku.

  Tipulah kalau aku kata yang aku tak sayangkan dia.Hubungan kami dah terjalin selama 6 tahun.Jujur  aku rindu akan saat romantik kami berdua.

  Aku rindukan senyumannya,gelak tawanya,masakannya.Tapi apakan daya,aku dah berjanji pada diri aku sendiri yang aku akan menjaga Wendy sebaik mungkin.

  "Maafkan aku Jihyo.Aku sayangkan kau.Tapi dalam masa yang sama aku cintakan Wendy.Dia perlukan aku lebih dari kau perlukan aku" ucapku perlahan sebelum berlalu ke bilikku.

Second Chance (K.T.H ft. S.J.H)Where stories live. Discover now