BAB 2

310 43 3
                                    

    Bunyi sudu dan garfu berlanggaran sedikit sebanyak membingitkan suasana makan tengahari mereka.Sesekali Jihyo memgerling ke arah Taehyung dan Wendy.Terbit secebis rasa sedih di dalam hatinya.

   "Oppa,tambahlah lagi nasi tu.Banyak lagi makanan yang tak disentuh ni.Semua ni Jihyo unnie yang masakkan.Ni kan favourite food oppa." Jeongyeon menawarkan makanan yang terhidang dihadapannya.

   Jihyo hanya tersenyum nipis.Dalam hatinya dia amat berharap agar Taehyung memuji masakannya.Manakan tidak,sedari tadi Taehyung tidak berbicara dengannya.

  "Jeong,kalau Jeong nak tahu Wendy unnie ni expert tau dalam memasak.Tiap hari mesti ada resepi baru yang dia cuba.So oppa rasa oppa dah jumpa favourite food yang baru" dengan bangganya Taehyung memuji Wendy.
  
  Luluh hati Jihyo mendengar ayat itu.Tapi ditunjukkan jua semyuman manisnya agar mereka tidak perasan akan kesedihan yang bersarang di hati.

  Selepas usai makan tengahari,mereka berkumpul di ruang tamu.Tinggal Jihyo seorang diri di dapur mengemas sisa makanan mereka.

  "Appa,Tae dah buat keputusan.Tae nak kahwin dengan Wen hujung bulan depan.Tae harap appa akan restui kami"

  Uncle Kim memandang wajah Taehyung.Kelihatan Taehyung sangat serious tentang kata-katanya tadi.

   "Tae,appa nak sangat tengok Tae bahagia.Dan appa tahu yang kebahagiaan Tae adalah Jihyo.Appa dah tetapkan yang Tae akan kahwin dengan Jihyo.Persiapan dah appa uruskan".Uncle Kim melihat wajah Wendy sekilas.Gadis itu diam tak berkutik.

Teahyung tercengang.Jelas kelihatan riak tidak puas hatinya.Jihyo bersembunyi di balik dapur sambil mendengar perbualan mereka.

     "Appa,Tae sayangkan Wendy.Dan Tae takkan lepaskan dia walaupun Tae harus kahwin dengan Song Jihyo.Jom sayang,kita pergi rumah kita" usia bicara,dia menarik lembut tangan Wendy sebelum melangkah ke luar rumah meninggalkan ahli keluarganya.

Jihyo pov
   Aku hanya melihat pemergian Taehyung.Chanyeol yang perasan akan kewujudanku mengajak aku pulang ke rumah.Aku hanya mengikutnya meminta izin Uncle Kim untuk pulang ke rumah.

   "Appa janji,Tae akan kahwin dengan Hyo sebagaimana janji dia"
  

Second Chance (K.T.H ft. S.J.H)Where stories live. Discover now