Majlis Perkahwinan Taehyung&Jihyo
Kerusi dalam gereja itu penuh dengan kaum kerabat dan sahabat kedua-dua mempelai yang ingin melihat pasangan itu berkahwin.
Jihyo yang memakai gaun meleret bewarna putih itu kelihatan menawan.Pujian demi pujian dilemparkan kepadanya.Dia yang diiringi oleh Uncle Kim dan Jeongyeon hanya tersenyum nipis.
Tidak lama kemudian,muncul Taehyung yang lengkap bersut diiringi oleh Chanyeol dan sahabat baiknya,Mingyu.Taehyung hanya beriak tenang.Sempat juga dia memandang ke arah Wendy.Wajah gadis itu kelihatan sugul.
'I'm so sorry sayang.Oppa janji kita akan bahagia macam biasa" Taehyung bermonolog.
Paderi memandang ke arah mereka berdua silih berganti."Kim Taehyung,sudikah kamu menerima Song Jihyo sebagai isteri kamu?Mencintai dan menyayanginya setiap masa.Berada di sampingnya di tiap senang dan sukar.Dan berjanji hanya maut yang dapat memisahkan kalian" paderi dan mereka yang berada di situ menanti jawapan Taehyung.
Taehyung hanya diam.Perlahan dia mengalihkan wajahnya pada Wendy.Gadis itu menganggukkan kepalanya.Berharap Taehyung akan menerima Jihyo.Walaupun hatinya pedih,dia teruskan saja.
"Saya,Kim Taehyung menerima Song Jihyo sebagai isteri saya.Saya berjanji akan mencintai dan menyayangi dia setiap masa.Berada di sampingnya di tiap senang dan sukar.Dan hanya maut yang dapat memisahkan kami" ucapnya senafas.
"Song Jihyo,sudikah kamu menerima Kim Taehyung sebagai suami kamu?Mencintai dan menyayanginya setiap masa.Berada di sampingnya di tiap senang dan sukar.Dan berjanji hanya maut yang dapat memisahkan kalian" paderi memandang arah Jihyo.
Gadis itu memandang ke arah Uncle Kim.Dia menarik nafas sedalam-dalamnya."Saya,Song Jihyo menerima Kim Taehyung sebagai suami saya.Mencintai dan menyayanginya sepenuh hati.Berada di sampingnya di tiap senang dan sukar.Dan hanya maut yang dapat memisahkan kami" ucapnya lembut.
"You may kiss the bride" kata paderi pada Taehyung.Taehyung memandang wajah Jihyo.Perlahan-lahan wajahnya mendekati wajah Jihyo sebelum bibir gadis itu dikucupnya lembut.
Taehyung pov
"You may kiss the bride" seusai aku mendengar ayat itu,aku memalingkan mukaku ke arah Jihyo.Riak wajahnya pada ketika itu tidak dapat ku gambarkan.Aku merenung wajahnya sebentar sebelum mengucup bibirnya.
Dan korang tahu apa yang aku nampak?Aku nampak Wendy sedang menangis.Aku segera melepaskan ciumanku.Kalau diikutkan,ingin sahaja aku mengejarnya.Tetapi bila aku lihat betapa gembiranya appa,aku mengalah.
Song Jihyo pov
Sungguh aku tak menyangka yang aku sudah menjadi isteri orang.Dan benda paling aku tak jangka ialah ciuman dari Taehyung.
Tapi aku tahu yang dia lakukan semua ini bersebab.Sebabnya adalah appa dan Wendy.Dia dah bagitahu yang Wendylah yang memujuknya untuk mengahwini aku.
Pada masa itu,aku rasa semacam mahu menangis.Aku tak tahu macam mana nak express betapa kecewanya aku.
Taehyung betul-betul melupakan kisah cinta kami 4 tahun lalu.
No one pov
"Waa.Tak sangka yang unnie dengan oppa kesayangan Jeong dah kahwin.Lepasni bolehla buat anak bebanyak.Boleh Jeong tolong jagakan" Jeongyeon memulakan bualnya dengan pasangan Taehyo.Chanyeol yang berada di sampingnya hanya senyum sambil mengangguk mengiyakan kata gadis itu.
"Ada-ada jelah kamu ni Jeong.Tengokla kalau ada rezeki adalah tu" Jihyo membalas sambil tersenyum.Dia memandang wajah Taehyung yang sedang menaip sesuatu di telefon pintarnya.
Jejaka itu kemudian menyimpan telefonnya sebelum meninggalkan mereka semua tanpa sebarang ucapan.
"Kita baru je kahwin Tae.Dan awak dah tunjuk betapa bencinya awak pada saya" monolog Jihyo.
Kediaman Taehyung&Wendy
Wendy yang baru pulang dari gereja meletakkan beg tangannya di atas meja sebelum melabuhkan punggungnya dia tas sofa.
Dia menangis mengenangkan perkahwinan lelaki yang plaing dicintainya itu.
"Wen,kau tak boleh macam ni.Taehyung milik Jihyo.Mereka memang ditakdirkan bersama.Kau je yang mengacau kebahagiaan mereka.Ini keputusan kau dan kau harus terima semuanya" katanya kepada diri sendiri.Dia mengelap air mata yang tersisa di pipi putihnya.
Ya.Dialah yang memujuk Taahyung agar menikahi Jihyo.
Flashback(Wendy pov)
"Tae,tae sayangkan Wen tak?Oppa sanggup buat apa saja tak untuk Wen? tanyaku pada Taehyung yang sedang bermain piano tiles.
Dia memalingkan mukanya padaku.Senyuman petak diukirkan olehnya.Senyuman ini yang mebuat aku keruan.Senyuman ini yang membuat aku takut kehilangannya
"Sayang tanya soalan macam tu ibarat tanya I nak mati ke nak hidup.Of coursela Tae sayangkan Wen.Tae sanggup buat apa saja untuk Wen.Why sayang?" soalnya padaku.Aku menundukkan muka.Aku menarik nafas panjang untuk menenangkan hatiku yang berdebar seperti mahu pecah ini. Aku kuatkan diri untuk mengeluarkan ucapan permintaanku.
"Wen nak oppa kahwin dengan Jihyo" ucapku sambil menahan tangis.Taehyung
memandang wajahku dangan pandangan pelik.Aku cuba menunjukkan wajahku yang kelihatan seolah-olah kuat."What is this sayang?You tahukan yang I cintakan you sorang.Kenapa?Kenapa?" soalnya.Aku tahu dia tak berpuas hati.
"Please oppa.Kalau betul oppa sayangkan Wen,terima dia.Nikahi dia" ucapku separuh merayu.
Taehyung terdiam sebentar.Berfikir barangkali.Dia merenung tepat ke mataku sebelum mengangguk.Aku menitiskan air mata.
Taehyung segera memeluk tubuhku dan mengelap sisa air mataku yang mengalir."Oppa janji yang kita akan bahagia.Oppa janji" ucapnya dan aku mengangguk.
Akhirnya pada malam itu,kami tidur sambil berpelukan.
YOU ARE READING
Second Chance (K.T.H ft. S.J.H)
Romance"I'm so sorry Jihyo-yah.I really need you.Saya nak kita bersama macam dulu.Tolong bagi saya peluang kedua.Saya janji saya akan jaga awak&anak kita bebaik"-TAEHYUNG "Sudahlah Taehyung.We are over.Dulu awak buang saya.Kenapa sekarang baru awak terheg...