Bab 1

858 18 0
                                    

Nazhan hela nafas berat. Hari ini, fikirannya jauh melayang entah kemana. Hari ini juga merupakan hari pernikahan dia dengan Humaira.

Entah kenapa hatinya seakan berat untuk menempuhi alam perkahwinan ini.
Sebentar lagi Nazhan bakal berjabat tangan dengan tok kadi. Entah kenapa  dia tidak teruja langsung ingin menempuhi alam perkahwinan seperti pasangan pengantin yang lain.

Hanya kerana panggilan telefon lima jam yang lalu membuatkan hatinya tiba-tiba berasa tawar mahu meneruskan majlis ini.

Betul ke keputusan yang aku buat ni? Patut ke aku bernikah hari ini? Nazhan keliru dengan keputusan dia sendiri.

“Kenapa termenung lagi ni Naz? Semua dah tunggu Naz tu. Kita dah nak berangkat ke rumah pengantin perempuan ni.” Ibunya, Puan Kalsom datang menegur.

Puas dia mencari anaknya. Rupanya di sini anak lelakinya termenung jauh. Entah apa yang dimenungkan dia sendiri tidak pasti.

Tersentak dek teguran itu, Nazhan berpaling. Dia ukir senyum tatkala wajah Puan Kalsom menjamah pandangan mata.

“Ibu..” Nazhan bersuara perlahan. Senyuman hambar digariskan buat ibu kesayangannya.

“Ya nak..” sahut Puan Kalsom seraya dia pandang wajah anak tunggalnya.

Melalui senyuman anaknya, wanita tua itu dapat mengesan sesuatu. Nazhan bagaikan tidak suka berada di dalam suasana ini.

“Kenapa ni? Ibu tengok Nazh macam ada fikir sesuatu aje?” Tebak Puan Kalsom merenung ke dalam mata anak lelakinya.

Nazhan diam menunduk merenung lantai. Soalan ibunya tidak lekas dijawab. Sememangnya ibu bijak meneka perasaanya. Kekeruhan di wajahnya jelas terpampang. Tidak dapat disembunyikan lagi.

“Betul ke keputusan yang Naz buat ni ibu?” Nazhan menatap wajah ibunya.

Dia mengharapkan pandangan daripada Puan Kalsom. Apakah betul apa yang ingin dia lakukan hari ini.

“Kenapa ni Naz? Keputusan apa ni? Ibu tak faham.” soal Puan Kalsom pelik.

Nazhan hela nafas panjang. Bagaimana harus dia jelaskan kepada ibunya. Dia tidak mahu ibunya kecewa dengan dia.

“Keputusan Naz untuk kahwin dengan Humaira. Untuk jadikan Humaira isteri Naz.” Balas Nazhan senafas.

Puan Kalsom pegang bahu anaknya. Dia senyum segaris.

“Naz.. Ibu terima siapa pun isteri kamu Naz. Lagipun Humaira tu ibu tengok baik orangnya. Lemah lembut, hormat orang tua.  Naz memang tak salah pilih nak.. Memang dia layak jadi isteri Naz.” balas Puan Kalsom tanpa ragu. Memang Humaira layak menjadi peneman hidup anaknya.

Nazhan paling wajah memandang ke luar balkoni. Bukan itu yang dia maksudkan. Dia cuma tidak mahu tersalah membuat keputusan. Pilihan ada di tangannya. Dan dia tidak suka untuk memiliih.

Ya Allah, bantulah aku menghadapi semua ini. Perlukah aku melukakan hati seorang insan yang aku sayang? Tunjukkanlah aku pilihan yang benar-benar tepat. Doa Nazhan lafazkan dalam hati.

“Kenapa Naz soal macam tu?” Puan Kalsom kerutkan kening. Curiga dengan sikap Nazhan yang tiba-tiba bertukar watak.

Semalam anak lelakinya ceria dan gembira. Tetapi hari ini, Nazhan kelihatan banyak termenung memikirkan sesuatu.

“Tak ada apa ibu..” Nazhan geleng seraya mengukir senyum.

“Betul ni? Kalau ada apa-apa cakap dengan ibu.” Puan Kalsom bertanya lagi.

“Ye ibu..” Nazhan memaut bahu ibunya.
Puan Kalsom menarik nafas lega.

“Dah-dah semua dah tunggu kita tu. Jomlah turun. Nazhan bakal jadi suami orang nanti.” Sejurus itu, bahu anak lelakinya diusap lembut penuh kasih.

“Baiklah bu.. Ibu pergilah turun bawah dulu. Naz nak call Maira kejap nak maklumkan yang rombongan kita dah nak berangkat.”

“Yelah..tapi jangan lama-lama tau. Semua dah tunggu tu. Nanti lambat pulak kita sampai.” Puan Kalsom mengingatkan.

Nazhan tersenyum lalu jatuhkan kepala sekali.

Setelah ibunya keluar dari bilik. Dia menuju ke tepi meja. Tangannya mencapai telefon bimbit. Dia mahu membuat panggilan kepada Humaira.
Nazhan mengeluh berat untuk kesekian kalinya.

Semoga aku diberi kekuatan untuk jelaskan pada Humaira nanti. Doa bergema di dalam hati agar dia terus kuat untuk memperjelaskan semua ini.

Ku Hanya Sayang PadamuWhere stories live. Discover now