Bab 7

637 5 4
                                    

#KuHanyaSayangPadamu

Bab 7 (FULL)

****************

Bersandar di kerusi, Idham mengeluh resah. Jam ditangan dipandang lama. Jarum jam sudah menginjak ke angka 3 pagi. Maknanya sudah hampir 4 jam gadis tadi berada di dalam bilik kecemasan.

Idham menanti dengan penuh sabar di ruangan menunggu. Sekejap-sekejap pintu bilik kecemasan dipandang. Berharap doktor yang merawat segera keluar memaklumkan keadaan gadis itu.

Mujurlah dia sempat mengambil beg tangan milik gadis itu tadi. Keluarga gadis itu juga masih belum dihubungi. Idham takut dipersalahkan nanti.

Kad pengenalan diambil dari dalam beg tangan itu. Nama yang tertera pada kad pengenalan gadis itu diteliti.

“Nur Warda Humaira..” Nama gadis itu meniti di bibir.

Cantik nama tu. Hatinya langsung memuji.

Idham memasukkan kembali kad pengenalan itu ke dalam beg tangan lalu diletakkan disisinya. Sejurus itu dia kembali bersandar sambil menunggu berita daripada doktor yang merawat Humaira.

“Selamatkanlah dia Ya Allah.. Selamatkan dia..” Lidahnya tidak putus-putus berdoa buat keselamatan gadis malang itu. Berharap agar gadis itu diberi peluang untuk bernyawa semula. Dia mahu gadis itu selamat.

Biarpun Idham tidak sengaja, tetapi dia tetap juga berasa berdosa. Disebabkan kecuaiannya juga semua ini terjadi.

Kalaulah dia tidak berkeras mahu melihat pesanan whatsupp di telefon bimbitnya tadi, pasti dia tidak akan terlanggar gadis itu.

Telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Tangannya pantas menyeluk poket seluar jeansnya. Skrin dipandang lama. Tertera nama mamanya di skrin.

Idham pejamkan mata sesaat kemudian dia menarik nafas panjang. Barulah dia teringat yang dia masih belum memaklumkan kejadian ini kepada mamanya. Pasti mamanya berasa risau.

“Asalamualaikum, Id ada dekat mana ni? Kenapa tak jawab mama call tadi.” Suara mamanya Puan Aini menerjah sebaik sahaja telefon dilekapkan ke telinga.

Idham mengeluh seketika. Soalan mamanya tidak lekas dijawab.

“Id kenapa diam ni? Mama tanya ni kamu ada dekat mana? Kenapa tak balik-balik rumah lagi?” Lagi mamanya menyoal.

Idham tahu mamanya risau akan dirinya. Ibu mana yang tidak bimbang bila pada jam sebegini anaknya masih tidak pulang ke rumah?

“Mama Id ada...” Lidahnya seakan kelu untuk menuturkannya. Nafas ditarik dalam supaya hati yang gelisah beransur menjadi tenang.

“Kenapa ni Id? Id ada dekat mana?” Suara Puan Aini di corong telefon kendengaran risau. Hatinya tuanya bagaikan dapat meneka sesuatu yang buruk telah terjadi kepada anak lelakinya.

“Id sekarang ada kat hospital.” Senafas Idham menuturkannya. Suaranya juga turut bernada gementar. Dia bimbang mamanya berasa terkejut.

“Hah? Apa? Id ada di hospital? Kenapa ni? Apa dah jadi?” Seperti yang dijangka Puan Aini berasa sungguh terkejut. Soalan demi soalan dia tujukan kepada Idham.

Idham diam sejenak. Tangan kanan naik memicit dahi yang terasa berdenyut.

“Id tak sengaja.. terla.. terlanggar orang, ma..” Tersekat-sekat Idham menuturkannya.

“Astagfirullahalzim!” Kali ini pengakuan Idham membuatkan Puan Aini berasa lebih terperanjat.

“Id tak sengaja mama. Id tak jangka yang semua ni berlaku. Sekarang Id ada di hospital. Dia masih ada dalam bilik kecemasan. Id pun tengah tunggu khabar daripada doktor yang rawat dia.” Di hujung ayat, Idham mengeluh sambil meraup wajah sendiri.

Ku Hanya Sayang PadamuWhere stories live. Discover now