Bab 5 (FULL) #KuHanyaSayangPadamu
****************
Humaira sedut nafas dalam setelah dia penat penat menangis. Ya, kali ini dia menangis lagi. Menangis kerana mendapat tahu berita perkahwinan Nazhan dengan wanita lain.
'Walimatulurus Nazhan Huzair dan Dania Natasya'
.
Setiap patah perkataan itu dibaca satu-persatu. Tangan terketar-ketar menahan rasa sakit di hati.Rupa-rupanya inilah penyebabnya mengapa Nazhan membatalkan perkahwinan mereka di saat akhir dahulu.
Ternyata Nazhan tidak setia dengannya. Semua janji yang pernah diungkapkan oleh lelaki itu hanya palsu semata-mata.
Bertapa remuknya hati Humaira ketika ini.Teganya Nazhan memperlakukan dia sampai begini sekali. Sudahlah majlis perkahwinan mereka dibatalkan pada saat akhir. Sekarang tidak sampai tiga bulan mereka berpisah, dia mendapat pula berita seperti ini.
“Kenapa kau jahat sangat Nazhan? Kenapa buat aku macam ni?” Humaira merintih sendirian dalam sendu.
Tidak dapat Humaira bayangkan bahawa Nazhan sememangnya mempunyai hubungan sulit dengan Dania. Benarlah berita yang selama ini telinganya dengar. Ternyata bukan sekadar gosip semata-mata.
Imbas Kembali..
Humaira tersenyum lebar melihat kelibat Nazhan yang melangkah menghampirinya. Namun senyumannya tadi langsung mati apabila bebola matanya menangkap kelibat Dania yang ketika sedang memanggil Nazhan.
Bibir diketap geram. Cemburu!
Terbakar hatinya apabila dia melihat Dania sedang cuba memaut manja lengan Nazhan. Mujurlah Nazhan tidak mengendahkannya. Hatinya berasa lega. Ternyata lelaki itu ingin menjaga hatinya. Dia tahu itu.
“Maaf saya lambat hari ini.” Nazhan menyapa sambil tersenyum manis.
“Takpe saya dah biasa menunggu. Setiap masa saya asyik menunggu je.” Balas Humaira sambil menyelitkan sedikit sindiran halus dalam kata-katanya.
Nazhan mengeluh halus. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Humaira.
“Maafkan saya ye.. Saya janji lain kali saya takkan lambat lagi. Please forgive me sayangku..” Nazhan menayang muka simpati sambil kedua belah tangan dicamtumkan ke atas. Tanda meminta maaf.
Humaira tarik muka masam kemudian dia senyum kembali.
Inilah yang buat hati perempuannya selalu saja cepat cair. Nazhan pandai dalam memujuknya.
Nak-nak bila lelaki itu tayang muka simpati. Comel sangat!
“Haaa.. macam nilah comel. Awak sangat cantik bila senyum.” Puji Nazhan ikhlas.
Humaira tersenyum malu. Nazhan ketawa kecil.
“Err.. pasal Dania tadi.. Awak jangan salah faham tau..” Nazhan memandang tepat ke arah wajah Humaira. Mengharapkan Humaira tidak menyalahertikan apa yang Dania cuba buat tadi.
Humaira hela nafas. Dia sudah terlebih tahu perangai Dania macam mana. Namun, kadang-kadang dia berasa cemburu juga.
“Dia takkan pernah give up kan nak raih cinta awak.. Saya nampak bertapa dia bersungguh-sungguh cintakan awak..” Keluh Humaira sedikit risau. Risau seandainya Nazhan menerima Dania dan meninggalkannya suatu hari nanti.
Humaira tidak sanggup kehilangan Nazhan!
Nazhan tarik nafas panjang.
“Awak cuma perlu percayakan saya. Walau apa pun yang berlaku dalam hubungan kita, saya tetap sayangkan awak. Hanya awak yang ada dalam hati saya. Percayalah..” Ucap Nazhan sambil merenung tepat ke dalam anak mata Humaira.
Humaira kesat air mata yang mengalir. Sayang yang pernah diucapkan selama ini memang palsu. Nazhan tak pernah sayangkan dia!
Dan ternyata Dania itu kekasih gelap Nazhan! Buktinya, sekarang dia mendapat berita perkahwinan mereka. Sungguh Humaira tidak menyangka semua ini terjadi dalam hidupnya.
“Eh kenapa kau menangis ni?”
Nabihah meluru masuk ke dalam bilik Humaira sejurus dia mendengar suara orang menangis. Dia menghampiri Humaira yang ketika itu sedang menangis sambil memeluk lutut di hujung katil. Punggung turut dilabuhkan disebelah sahabatnya.
Humaira masih menangis tersedu-sedan. Nabihah yang berada di sebelahnya langsung tidak dipandang.
“Maira kenapa ni? Cuba cakap dengan aku.” Soal Nabihah cukup risau sambil menyentuh bahu sahabatnya. Entah apa yang membuatkan sahabatnya berduka lagi seperti ini.
Humaira memandang sayu Nabihah dengan mata yang jelas basah dengan air mata. Soalan Nabihah tidak lekas dijawabnya.
“Tolong jangan buat aku risau boleh? Cerita dekat aku kenapa ni?” Nabihah pegang bahu Humaira lembut. Sejurus itu tangan naik menyapu pipi Humaira yang dibasahi air mata.
“Aku tak sangka selama ni dia tipu aku hidup-hidup. Kenapa aku tak pernah sedar Bihah?” Humaira berkata sendu.
Nabihah kerut dahi. Kurang faham akan maksud kata-kata Humaira.
“Siapa yang tipu kau? Nazhan ke?” Nabihah meneka. Dia pasti yang kali ini lelaki itulah penyebab Humaira sekali lagi menangis teruk seperti ini. Pasti ada sesuatu yang melukakan hati sahabatnya itu.
Humaira menghulurkan telefon bimbit miliknya kepada Nabihah.
Nabihah mengambilnya lalu dia melihat laman instagram yang tersedia dibuka. Mata terbuntang luas saat melihat gambar mesra Nazhan dan Dania di laman instagram lelaki itu.
Di bawahnya pula ada tertulis ‘ Dijemput ke Walimatulurus Nazhan Huzair dan Dania Natasya’
“Betul ke semua ni Maira? Diorang nak kahwin?” Soal Nabihah tidak percaya. Dia memandang Humaira yang sudah berhenti menangis.
“Apa yang kau nampak tu maknanya betullah kut.” Humaira tersenyum pahit. Air mata yang tersisa dibiarkan mengering sendiri di pipi.
Nabihah terkedu. Sungguh dia tidak menyangka Nazhan mempunyai hubungan dengan Dania. Setahunya Nazhan memang kurang rapat dengan Dania. Bagaimana ini semua terjadi Nabihah sendiri tidak mengerti.
“Kau sabar ya.. Aku tahu kau terkejut dengar berita ni. Aku pun terkejut juga tadi. Ya Allah..” Nabihah memujuk lembut sahabatnya. Bahu Humaira turut diusap perlahan. Mahu menenangkan sahabatnya itu.
“Aku cuma terkilan je. Kenapa dia sanggup permainkan hati dan perasaan aku? Apa salah aku pada dia?” Humaira meluahkan kekesalannya.
Nabihah pandang Humaira dengan penuh rasa simpati.
“Kau kena kuat Maira. Kau kena lawan perasaan sedih kau tu. Aku faham apa yang kau rasa.” Nabihah tidak jemu memberikan kata-kata semangat kepada Humaira.
Dia juga turut bersedih atas apa yang berlaku kepada sahabatnya. Kalau dia pun berada di tempat Humaira, pasti dia pun turut sama meraung dan menangis serta kecewa.
Lama Humaira diam. Menghadam kata-kata nasihat sahabatnya.
“Mungkin dia bukan jodoh aku...” Humaira menarik nafas.Dia sedaya upaya memujuk hatinya supaya pasrah.
Hakikat pahit yang terpaksa dia telan.
“Kau kena lupakan semua ni. Mungkin jodoh kau dengan orang lain yang lebih baik. Manalah tahu jodoh kau sedang cari kau sekarang ni.” Nabihah menambah kata-kata mengusik. Bibir tersenyum kecil kepada Humaira.
“Jodoh aku yang entah siapa-siapa...” Humaira senyum tawar. Setawar hatinya dalam memikirkan soal teman hidup lagi.
Hatinya sudah penat terluka.
Dia lelah untuk terlalu berharap terhadap insan yang bernama lelaki lagi.
YOU ARE READING
Ku Hanya Sayang Padamu
RomanceSINOPSIS "Saya nak batalkan majlis pernikahan kita." - Nazhan Huzair. "Awak fikir semua ini main-main ke? Majlis pernikahan kita ni main-main? - Humaira. Hancur luluh hati Humaira. Lelaki yang selama ini dicintai sepenuh hati tega membuat dia begini...