(FULL) #KuHanyaSayangPadamu
***************
Dari jauh Humaira leka melihat si dia yang sedang tersenyum bahagia di samping wanita di sebelahnya. Bibir diketap kuat menahan rasa sebak. Perlahan-lahan tubir mata bergenang dibanjiri air mata.
Tangan kanan naik menyentuh dada sendiri. Terasa amat sakit di situ.
Berkali-kali Humaira ingatkan pada diri sendiri supaya melupakan Nazhan. Namun, hatinya masih berdegil menginginkan lelaki itu kembali. Impian ingin memiliki Nazhan hanya tinggal impian.
Berharap pada yang tak sudi. Sungguh menyakitkan!
Malam ini, pada hari persandingan Nazhan dan Dania, dia memaksa hati untuk pergi ke majlis mereka. Walhal dia tahu, balik-balik nanti hati dia juga yang sengsara.
Hati dia juga yang sakit.
Hati dia juga yang merana.
Kenapa kau terlalu degil Humaira!
“Esok majlis Nazhan.. Aku tahu yang kau tahu. Dan aku harap sangat kau jangan pergi ke sana kalau kau tak nak hati kau sakit lagi sekali.” Nabihah berhati-hati meluahkan kata.
“Kalau aku pergi ke majlis dia atau tak pergi sekalipun, hati aku tetap juga sakit. Sama je..” Balas Humaira tanpa nada.
Skrin televisyen yang terpasang dipandang tanpa perasaan. Siaran televisyen langsung tidak menarik perhatiannya.
Nabihah terkedu lalu dia menghela nafas panjang.
“Sudah-sudahlah tu Maira. Lupakan dia. Kau teruskan hidup kau boleh tak?” Nabihah seakan merayu. Dia tidak mahu sahabatnya itu masih berharap pada Nazhan.
“Aku cuma tak boleh terima apa yang dia buat pada aku. Hati aku masih sakit..”
Jawapan Humaira buat Nabihah memicit dahi.
“Aku cuma harap kau tak curi-curi pergi ke sana. Move on Humaira! Move on!” Nabihah bangkit lalu dia berlalu naik ke tingkat atas. Meninggalkan Humaira untuk menghadam kata-katanya.
Kata-kata Nabihah semalam masih melekat difikirannya. Sahabatnya itu ada memberitahu tentang majlis mereka yang berlangsung hari ini. Malah Nabihah juga ada melarang dia pergi ke majlis itu malam ini.
Namun... Humaira mengeluh panjang.
Nasihat Nabihah bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Humaira langsung tidak mahu mendengar.
Bodoh kau Humaira! Kau bodoh! Dia marah dan kesal dengan sikap diri sendiri. Terlalu sayangkan Nazhan sedangkan lelaki itu langsung tak pernah fikirkan dirinya.
Humaira pusingkan tubuh. Dia mahu melangkah untuk pergi dari majlis itu. Kali ini, dia mahu mengalah. Biarlah Nazhan bahagia dengan pilihannya sendiri. Nazhan lebih memilih Dania bukannya dia.
“Humaira?” Nama itu spontan meniti dibibir tatkala bebola matanya menangkap kelibat gadis itu dari jauh.
“Apa yang you cakap tadi?” Soal Dania. Rasanya telinganya ada mendengar lelaki itu menyebut nama seseorang.
“Err.. tak ada apa-apa. Hmm.. I nak pergi toilet kejap.” Nazhan lekas-lekas meminta diri. Dia mahu segera bertemu dengan Humaira.
“Okey.. tapi you jangan lama-lama sangat. Tetamu kita ni ramai nak kenal dengan you. Kawan papa I nak datang kejap lagi.” Dania berbisik mengingatkan sambil bibir tetap tersenyum kepada para tetamu yang hadir.
Nazhan menarik nafas kemudian kepala dijatuhkan sekali tanda akur. Sememangnya ini majlis persandingan dia dan Dania. Hakikat!
“I pergi kejap je. Nanti I datang balik.” Balas Nazhan seadaanya lalu dia pun melangkah meninggalkan Dania ke arah yang ditujukan. Namun, kelibat Humaira sudah tiada lagi di situ.
YOU ARE READING
Ku Hanya Sayang Padamu
RomansaSINOPSIS "Saya nak batalkan majlis pernikahan kita." - Nazhan Huzair. "Awak fikir semua ini main-main ke? Majlis pernikahan kita ni main-main? - Humaira. Hancur luluh hati Humaira. Lelaki yang selama ini dicintai sepenuh hati tega membuat dia begini...