Buat kau yang masih tak tahu apa itu pedofilia, lebih baik kau letak buku kejap, dan kau carilah maklumat kat Internet. Sesungguhnya, ia amatlah menakutkan. Pedofilia ini adalah salah satu masalah mental dan kecelaruan nafsu dan jiwa. Diaorang ni naik syahwat bilamana tengok budak-budak yang comel, apatah lagi gambar kanak-kanak yang seksi dan posing mengghairahkan (pada pendapat mereka).
Dan aku perhatikan, dewasa kini, bila makin rancaknya media sosial berkembang pesat, makin rancak jugalah ibu dan bapa muda yang batak teruja ni, sakan mengambil dan berkongsi foto anak kecil mereka.
Foto telanjang tu satu kemestian. Foto anak cilik duduk posing manja kepala melentok, senyum manis, menangis dan meragam, dan foto ketika mana si kecil itu mendapat akal baru. Semuanya dikongsikan secara publik di media.
Maka, sakanlah dan kenyanglah si keparat pedofilia ni memuat turun foto bertalu-talu yang kau dan suami kau hidangkan kepada mereka secara percuma. Dibuatnya satu fail khas di dalam peti cakera keras beliau, dan dibelek-beleknya foto itu berulang kali. Dan sudah pasti kau tidak mahu tahu, apa lagi yang sang pedofilia ini sanggup buat dan berfantasi dengan foto anak manja kau.
Takut? Ini realitinya. Dunia makin pelik. Dan, baru-baru ini, kecoh dan gempar satu foto seorang pelawak power Malaysia bersama anak kecilnya, dimuat naik ke satu laman laman sesawang porno. Untuk tujuan apa? Penyedap buat kaki pedofilia semacam ni.
Betul. Orang gila, kalau nak berfantasi, gambar berbaju kurung litup dan berkopiah juga pun akan terkena. Tapi setidaknya, kita dah menjaga batas dan aurat anak secantik yang boleh.
Cumanya, suka untuk aku pesan sekali lagi, janganlah terlalu rancak berkongsi foto anak kau di media sosial khasnya, terutama yang ada anak dara. Memang ia satu potret yang comel dan rasa gembira itu perlu dikongsi, tapi cukuplah sekadar kau dan suami sahaja yang lihat, dan rasa bahagia. Cukup sekadar itu.
YOU ARE READING
(TEASER) Ujian/Masharakat - Rafiuddin Rabu
DiversosUjian ni sebenarnya, orang cakap sebagai satu medium dakwah. Dakwah untuk jiwa. Supaya kau lebih ingat yang hidup kau masih punyai Tuhan untuk kau sembah dan taat, dan masih perlu untuk kau berdoa jika kau dambakan sesuatu. Cuma aku pohon, kau janga...