Masharakat 7 - Media Sosial

13 0 0
                                    

"Ya Allah, kau kurniakanlah aku jodoh yang handsome, punya pekerti mulia, menjaga solat, agar dia dapat memimpin aku menuju jannah-Mu."

Facebook status update jam 8.50 pagi.

"Hari ini, tak larat nak bangun masak. Hanya ini je yang termampu untuk dibuat."

Gambar makanan pelik-pelik penuh satu meja besar.

Kat atas adalah antara dua daripada berjuta lagi kerenah masharakat dunia yang menggunakan media sosial sebagai satu rumah baru mereka, dan juga sebagai satu medium perkongsian maklumat dan perkembangan diri sendiri.

Cumanya, apabila kau kerap memuji diri, menunjukkan yang kau ni bagus, memuji dan asyik muat naik muka kau dan muka anak kau, muka laki kau, muka girlfriend kau, orang akan jadi super meluat dengan attitude kau. Kerana apa? Kerana kau tak pandai banding beza antara privasi dan publik.

Orang akan rasa sangat meluat.

Tak ada masalah untuk kau berkongsi wajah kau yang cantik gorgeous atau anak kau yang sangat keletah, cuma berpadalah. Seminggu, sekali dua aku rasa cukup bagus dah. Dengan caption yang memuji diri sendiri, kau kena waspada, risau jatuh riyak takbur tanpa kau sedari.

Kalau kau tengok kat Twitter, lagi maha dahsyat. Kat sini dah jadi sangat tak terkawal. Dengan carutnya, ayat mengarutnya, semuanya seakan inginkan perhatian.

Status Facebook kau update hanya untuk dapatkan banyak like, twit di Twitter pula dibikin untuk dapat banyak retweet daripada kawan-kawan dan juga daripada publik. Kiranya, makin banyak benda tu jadi, makin hebat dan famouslah diri kononnya.

Perkongsian gambar yang tak terkawal juga sangat berbahaya. Kau kena tahu, walaupun kau upload gambar bertudung litup ber-abaya sekalipun, kau kena tahu, kat luar sana, terlalu ramai lelaki hidung belang dan bangsa pedofilia menunggu dalam diam untuk mencari mangsa. Dia muat turun gambar kau dan gambar anak kau, dia letak kat laman web lucah. Mereputlah kau kat sana. Aib terbuka seluasnya.

Idea dan pendapat juga sering dikongsi dan dijadikan sebaran. Kalau bagus, dapatlah juga kawan-kawan lain manfaatnya. Kalau hebahan itu waswas, dan dikongsi sekadar kerana orang lain juga kongsi, kau silap. Kau sedang menanam dosa kering yang kau tak nampak.

Ramai juga sebenarnya orang yang sangat berbeza attitude dan perangainya, berbanding kehidupannya yang sebenar kat dunia luar.

Kat Facebook dan Instagram, dialah yang paling power dan handal bermadah pujangga, tapi hakikatnya, kat luar sana, dia seorang yang loser dan perlukan nasihat dan didesak hari-hari untuk berubah. Dan janganlah kau terkejut kalau kau nampak awek ni cantik ya amat di media sosial, tapi dalam dunia realiti, wajahnya biasa-biasa, dan lebih rendah daripada biasa-biasa.

Kerana apa? Kerana di media sosial, kau boleh pilih watak kau sendiri, dan dengan cara bagaimana untuk kau bawa hidup dan karakter baru kau tu. Hidup sepertimana yang kau tentukan.

Dan, benda paling bimbang sebenarnya, anak-anak kau. Kau kawallah penggunaan Internet mereka. Pantau apa yang dia lakukan. Jangan sampai dia update status yang bukan-bukan, yang akan merbahayakan diri dia dan keluarga.

Update yang macam mana?

"Hari ini tidur rumah seorang diri emak ayah balik kampung tengok opah yang masuk hospital. Sunyi!"

"Bosan betul tak ada pakwe. Kalau ada sesiapa nak couple dengan kita, boleh mesej. Nak yang dah ada lesen motor tau!"

"Hari ini emak dan ayah gaduh lagi. Dah dua bulan diaorang tak tidur sama sebilik. Ya Allah, bantulah hubungan emak dan ayahku."

"Jom gulingkan UMNO. Hidup sosialis!"

Status demikian, walaupun hanya diletak di wall mereka sendiri, tapi ia boleh memudaratkan dan merbahayakan diri mereka. Malah, lebih teruk lagi, membuka pekung dan aib orang lain tanpa dia sedar.

Berdoa di Facebook, sedih dan mengamuk di Twitter, upload gambar keraian di Instagram, semua ni mungkin kau nampak biasa, tapi mampu jadi sesuatu yang membinasakan.

akan berdebat untuk apa yang dia rasakan betul, dan akan menjatuhkan tanpa ihsan, apa yang dia rasakan salah. Dan, oleh sebab ini jugalah, kerajaan hari ini betul-betul rasa tergugat dengan kuasa media sosial. Kerana kuasa capaian maklumatnya terlalu pantas, dan mampu kuasai otak masharakat dengan pantas.

Fitnah dan kutuk caci dah semakin senang nak lihat. Setakat mengetak papan kekunci, dah jadikan kau sebagai ejen penyebar dosa. Paling takut bilamana, orang dah mulai jadi hipokrit dan hilang diri dia yang sebenar.

Gunakanlah media sosial sebagai satu medium dakwah. Walaupun info agama islamik itu bukan daripada kau, tak apa. Tak kisah. Asalkan kau berkongsi benda yang betul. Cumanya, jangan terlalu hipokrit, dan mengaku apa yang bukan kau punya.

Carilah kawan dan teman menuju akhirat kat media sosial. Tak ada masalah. Sebarkan dakwah. Cumanya jangan sampai media sosial jadi medan riyak dan fitnah. Nauzubillah!

Nak cari jodoh dan keluarga angkat kat media sosial pun tak ada masalah. Tapi pada akhirnya, perlulah bersemuka dan kenali diri mereka sebaiknya. Kerana macam pesan aku tadi, kat media sosial, manusia hanya pelakon sahaja. Mereka boleh memilih watak apa yang mereka nak jadi.

Sebab itu aku cakap, media sosial ini satu ujian buat kita semua. Ujian buat diri sendiri, dan buat masharakat kita.

Elok bangsa kerana pekerti.

Elok budaya kerana santunnya.

Elok manusia kerana tuturnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 21, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

(TEASER) Ujian/Masharakat - Rafiuddin RabuWhere stories live. Discover now