PART 1 : CINTAKU KAU KHIANATI

799 12 0
                                    

Part 1
#singleyoungmum by #kilaanuar

"Babah mana mama?", tanya anak kecilku Rafael.

Aku hanya mampu jawab
"Babah kerja"

Tak siapa yang inginkan perpisahan dalam rumah tangga. Kau nak? Aku tak nak! Jujur aku cakap aku dah berkali kali usaha demi selamatkan rumah tangga aku. Perkahwinan aku. Suami aku. Tapi... aku GAGAL. Suami aku BENCI aku TANPA SEBAB. Suami aku BUANG aku dengan anak anak kami yang masih kecil. Bayangkanlah..aku masih muda. 22 tahun. Anak ada dua orang. Yang sulung Rafael,3 tahun yang bongsu Rania,baru sebelas bulan. Aku lah ayah aku lah mak yang besarkan anak anak aku. Yang terpaksa buat dua tanggungjawab sekali gus. Sedangkan kawan kawan sebaya aku ada yang masih nikmati zaman bujang mereka. Yang masih young and free. Ada yang berkahwin masih bahagia. Aku? Hanya mampu menangis setiap malam.

Pada awal perkahwinan kami..aku bahagia. Sangat bahagia. Ada suami yang sangat penyayang. Jaga aku dengan baik. Suami yang mampu lakukan apa saja demi aku. Indah bila aku kenangkan waktu dulu kami.

"Mama.. Fael rindu babah", kata anak kecil aku.

Aku usap kepala Rafael. Aku senyum pada dia.

"Nanti babah balik kita jumpa babah", aku pujuk Rafael.

Rafael mengangguk. Anak sekecil dia. Apa yang dia tahu.

Dulu masa kami bergaduh Rafael la penyelamat keadaan. Ketika aku dipukul diterajang babahnya. Rafael datang hentikan babahnya.

"Babah. Stop. Kesian mama", kata Rafael walaupun masih pelat pelat percakapannya.

Anak sekecil tu dah tengok pergaduhan depan matanya. Aku dimaki dihina ditengking. Apa salah aku suami? Apa salah aku? 😭

Sehingga kini aku masih tidak tahu apa punca aku diabaikan oleh suami aku. Sebelum ni ada juga dia buat perangai. Masa aku dalam pantang Rania suami aku buat hal tak pulang rumah. Aku di rumah jaga anak anak aku sendiri. Dengan Rania yang selalu menangis dan berjaga malam. Aku kurang rehat. Pernah aku cubit dan tampar Rania masa tu. Aku tak sedar. Aku tekanan! Suami aku entah ke mana pergi. Berjalan melepak bersama kawan kawan sedangkan isteri masih sakit selepas bersalin. Berkat kesabaran aku.. suami aku kembali baik dengan kami. Layan kami dengan baik. Mula berubah. Bahagia aku masa tu sehinggalah Rania lapan bulan, dia kembali buat perangai. Tak pulang rumah,balik pun marah marah. Aku tak tahu lah mana dia pergi. Tak tahu dengan siapa dia pergi. Aku tak tahu! 😭

"Mana awak pergi? Baru balik..", tanya aku. Saban malam aku tunggu dia.

"Jangan sibuk nak tahu aku pergi mana", jawab dia marah.

Asy,lelaki yang aku kenal sejak zaman sekolah lagi. Kami kahwin atas dasar suka sama suka. Dia sangat baik dengan aku. Kami bercouple 5 tahun lepas umur kami 19 kami bernikah dan berkahwin. Tak lama lepas tu kami dikurniakan Rafael,anak syurga kami yang menjadi penyenang aku kini.

"Bila kau nak pergi mahkamah?", tanya Asy.

"Untuk apa?", tanya aku.

"Uruskan hal cerai. Aku nak kau failkan cerai", kata dia.

Aku terdiam. Tunduk menangis. 😭

"Aku tak nak kau lagi", kata dia lagi.

"Kenapa?", tanya aku.

Dia diam. Dia terus masuk tidur. Aku menangis sorang sorang. 😭

Aku tekad nak selamatkan perkahwinan kami. Aku tak nak anak anak aku membesar tanpa ayah. Aku sayangkan suami aku. Aku kena bersabar.

Pagi tu aku siapkan Rafael untuk pergi ke taska. Lepas siapkan Rafael aku siapkan Rania untuk hantar ke pengasuh pulak.. aku tak hantar Rania ke taska sebab dia kecil lagi. Sebelum gerak pergi kerja aku masuk bilik nak salam dan cium Asy. Dia elak. Dia tarik selimut hingga ke atas. Aku nak menangis tapi aku tahan.

Aku dukung Rania bawa masuk dalam kereta. Aku letak Rania dalam baby car seat. Rafael masuk kereta sendiri. Aku start enjin kereta terus jalan hantar Rania dulu ke rumah pengasuh.

"Rania dah sampai", kata Kak Lyn pengasuh Rania. Suka dia bila Rania sampai.

Kak Lyn belum ada rezeki anak. Dah lima tahun kahwin.Tu dia bukan main sayang si Rania dan jaga Rania macam anak dia

"Kak. Harini Kay balik lambat sikit tau", kata aku.

"Baik Kay.", jawab kak Lyn mesra.

Rafael dalam kereta lambai lambai tangan pada adik Rania.

"Bye Rania", aku cium pipi Rania. Aku pergi jalan ke kereta.

Kadang sebak hati nak tinggalkan anak anak. Tapi nak buat macam mana aku kena juga kerja untuk tanggung anak anak. Sudahlah si Asy sekarang tak kerja.

Aku drive sampai lah taska Rafael. Hantar dia di taska. Aku kiss pipi dia pesan pada dia behave your self. Dia angguk. Rafael memang senang nak jaga. Dia tak nakal.

Lepas urusan hantar anak anak selesai aku drive ke tempat kerja. Aku kerja sebagai kerani akaun je di sebuah syarikat construction kecil. Biasa biasa je.

Macam biasa masuk je office punch card awal awal. Pergi pantry buat milo panas.

"Hye Kay. Awal harini", tegur Farid,kawan sekerja aku.

"Awal apanya. Dua minit lagi jam 8 nasib tak lepas jam 8.", kata aku.

Kalau lambat lima minit gaji kena tolak woo rm5 setiap lima minit. Gila woo bos aku.

"Kau kenapa mata bengkak bengkak ni? Kau menangis ke?" , tanya Farid nak tahu.

"Tak cukup tidur", jawab aku.

Aku terus jalan keluar pantry. Malas nak duduk dengan si Farid lama lama kat situ. Aku pun pergi ke meja buat kerja aku yang mana patut.

Fon aku berbunyi. Ada whatsapp masuk. Aku tengok sender dari Melly kawan aku.

Melly send gambar. Aku pun buka gambar tu. Nak nangis tengok gambar tu. Gambar Asy dengan sorang perempuan. Aku terus lock screen fon. Aku cuba tahan air mata tapi tak boleh. 😭 aku cepat cepat pergi toilet.

Nangis aku di toilet. Patut lah dia buat perangai. 😭😭

YOUNG SINGLE MUM ( COMPLETED)Where stories live. Discover now