PART 2 #singleyoungmum by #kilaanuar
Aku balik lewat harini. Aku ke UTC bayar bil bil utilities .Maklum lah harini hari gaji. Kena selesaikan mana mana yang wajib dulu. Selesai urusan tu semua aku drive pergi amik Rania di rumah Kak Lyn.
"Kak. Sorry lambat ya", aku mintaa maaf pada Kak Lyn
"Eh. Tak apa lah. Akak lagi suka.", jawab Kak Lyn senyum.
Aku selalu akan jemput Rania jam6 paling lewat pun sebab aku keluar office jam5. Hari ni aku amik Rania hampir jam 8 sebab pergi selesaikan semua tu.
"Kak. Ni duit gaji jaga Rania", kata aku sambil hulurkan not not duit pada kak Lyn.
"Terima kasih Kay", kata Kak Lyn sambil sambut duit tu.
Aku senyum. Rania dah bertukar tangan pada aku. Cepat aku bawak Rania masuk dalam kereta. Nak pergi amik Rafael pulak di rumah ibu aku. Tadi disebabkan balik lambat,aku suruh ibu tolong jemput Rafael di taska dulu.
Sampai je rumah ibu aku terus masuk. Tak boleh lengah sebab aku kena terus balik rumah cepat.
"Kayra, nak balik dah ke?", tanya ibu.
"Ya bu. Nak cepat ni", aku jawab.
Ibu bantu hantar Rafael dengan beg Rafael dalam kereta. Selepas salam ibu aku terus drive balik rumah.
Sampai je depan pintu rumah, aku tengok motor Asy masih di garaj. Tak keluar ke mana dia. Ada dalam rumah. Kejaap lagi dah jam 10 baru dia keluar.
"Babah.. Fael balik ni", jerit Rafael dari depan pintu.
Asy tengah tonton TV senyum pada Rafael. Dia sambut Rafael. Peluk anak kecil dia. Asy memang layany Rafael dengan baik walaupun kaami ada masalah rumah tangga. Tapi dia tetap layan anak anak dia dengan baik.
Aku letak Rania dalam walker dia.Aku turunkan barang barang dari kereta.
"Cepat masak. Aku lapar", kata Asy.
Aku pun mandi cepat. Pergi dapur masak. Aku masak sambal sardin je.
Usai masak aku hidangkan nasi dan lauk atas meja makan. Aku terus pergi layan anak anak aku main. Asy makan atas meja. Begini la mak mak tau. Takde erti rehat bagi kami.Masa nak tidurkan Rania, aku masuk bilik. Rafael maiin dengan babah dia di ruang tamu.
"Fael..nanti kalau babah tak ada Fael jaga mama dengan adik baik baik ya", pesan Asy.
Rafael yang tak mengerti maksud babah dia hanya angguk perlahan.
Dah siap tidurkan Rania aku keluar dari bilik. Duduk di sebelah Asy. Dia cepat cepat bangun berdiri pergi masuk bilik pulak. Dia betul betul tak mahu dah duduk sebelah aku. Aku hampir nangis tapi aku tahan.
"Fael nak tidur dengan babah lah mama.", kata Rafael.
Aku angguk. Rafael masuk bilik. Asy tidurkan dia.
Aku termenung je depan TV. Aku buntu dengan perasaan aku sekarang. Aku marah tapi aku tak boleh nak benci pada Asy walaupun dia dah buat aku macam macam. 😭
Tak lama lepas tu Asy keluar. Dia dah tukar baju. Macam nak keluar. Dia terus capai kunci motor nak keluar.
"Nak pergi maana?", tanya aku.
"Jangan sibuk nak tahu!", jawab Asy kasar.
Aku diam je. Memang tu je yang mampu aaku lakukan. Diiam diam dan diam.
Malam tu aku bertiga dengan anak anak aku. Dah tak ada dah suami yang belai bila tidur malam malam. Benci betul Asy pada aku. Dah nak dekat sebulan keadaan macamni. Bila aku ada kat rumah tak lama dia keluar bila aku nak pergi kerja dia balik. Aku rasa sedih sangat. 😭
Fon aku berdering. Melly call. Aku angkat.
"Hello Kay. Kau ok?" tanya Melly
"Okay je", jawab aku.
"Kay.. aku tahu kau tak ok", Melly memang BFF aku so dia tahu lah aku tengah ok ke takk.
"Asy buat hal lagi la beb", aku kata sambil nangis.
"Aku tahu. Sebab tu aku hantar gambar tu kat kau. Si Hans yang si send tu gambar kasi aku", kata Melly
"Aku nak rehat lah Mel", aku ubah topik. Aku malas nak fikirkan lagi.
"Ok babe. Jaga diri", pesan Melly.
"Ok", kata aku. Aku terus end call.
Aku buka gambar yang Melly send tadi. Asy sedang duduk sebelah seorang perempuan peluk perempuan tu dari tepi. Aku menangis. Salahkah aku masih lagi cuba pertahankan rumah tangga aku? Salah?? 😭
Aku cuma nak anak anak aku ada ayah macam orang lain 😞
Aku pandang muka anak anak aku. Dua dua tak mengerti apa. Masih kecil. Sebab tu lah aku masih berharap Asy akan berubah walau apa pun berlaku.
Ingat lagi.. pernah sekali Asy mimpi aku tinggalkan dia. Dia bangun menangis nangis peluk aku. Dia kata tak mahu aku tinggalkan dia. Tapi sekarang dia buat perangai sampai nak tinggalkan aku. 😪
Aku kena pukul terajang aku sabar je. Sebab aku betul betul nak dia berubah. Tapi sebenarnya bodoh ke aku ni? Aku terlalu sayang dan berharap pada orang yang tak pernah hargai aku. 😭
YOU ARE READING
YOUNG SINGLE MUM ( COMPLETED)
RomanceMengisahkan seorang ibu tunggal muda bernama Nora Kayla yang diceraikan suaminya, Asyfar. Kayla terpaksa lalui saat saat getir tanpa suami termasuk dianiaya kawan baik sendiri. Sediakan tisu banyak banyak ya. huhu