PART 5 : BERPISAH JUA.

403 8 0
                                    

PART 5 #youngsinglemum by #kilaanuar

Aku gagahkan kaki melangkah ke kompleks mahkamah syariah untuk hantar borang permohonan cerai. Tuhan je tahu perasaan aku waktu tu. Melly temankan aku. Anak anak aku tinggalkan bersama ibu aku.

"Kau kena kuat Kay.", Melly cuba kuatkan aku.

Aku angguk perlahan. Aku tekan nombor untuk urusan di kaunter tu. Sementara tunggu nombor dipanggil aku dan Melly duduk. Aku capai fon belek belek fon. Aku tatap gambar anak anak aku yang aku jadikan wallpaper fon. Nak menangis rasanya.

'Maafkan mama. Mama dah gagal pertahankan keluarga kita', aku bisik dalam hati. Hampir aku nak menitiskan air mata. Hati aku sedih hiba bila ingatkan anak anak. 😭

Bila tiba nombor aku dipanggil aku pergi ke kaunter.

"Nak hantar borang urusan penceraian ya?", tanya pegawai disitu. Sempat aku pandang name tag dia Amin Yahya nama dia.

"Ya", jawab aku ringkas. Aku senyum kelat.

"Semua dah lengkap?", tanya pegawai tu lagi.

"Sudah lengkap semua", jawab aku.

"Ok. Boleh saya check dulu?" , dia tanya lagi.

Aku angguk terus hulurkan fail yang berisi borang dan dokumen dokumen yang diperlukan.

Pegawai tu tekun baca setiap isi dalam borang semak semua dokumen. Aku hanya pandang je pegawai si Amin Yahya tu.

"Muda lagi awak ni dik. Anak anak pun kecik lagi", kata dia.

Aku hanya senyum kelat. Memang muda muda lagi dah malang nasib. 😪

"Dah fikir masak masak ke?", tanya dia nak kan kepastian.

"Dah", jawab aku ringkas. Aku nak menangis sebenarnya. Aku tahan.

Kalau lah aku boleh jerit yang aku tak rela penceraian ni. Aku nak rumah tangga aku pulih. Aku nak suami aku balik.. 😭

"Tak cuba ke pergi kaunseling di pejabat agama?", tanya Amin Yahya.

"Saya ada minta untuk kaunseling tapi suami enggan pergi", jawab aku.

Memang aku dah pergi ke pejabat agama untuk minta sesi kaunseling di buat untuk kami tapi Asy enggan pergi. Dia tak nak lagi perkahwinan ni. 😭

"Sabarlah dik. Ada hikmah semuanya berlaku", kata Amin Yahya

Aku angguk perlahan.

"Baiklah. Tahukan segala proses selepas ni? Bersabarlah. Tuhan menguji kerana dia sayangkan hambaNya.", sempat dia memberi nasihat.

Aku hanya mampu angguk perlahan. Selesai urusan aku ucap terima kasih pada Amin Yahya. Aku ajak Melly balik.

Dalam kereta aku tak banyak bersuara. Aku diam je. Melly yang tengah drive jeling jeling tengok aku.

"Dah lah tu Kay. Kau kena kuat. Sampai bila kau nak macam ni", tegur Melly

"Aku sedih Mel. Aku tak nak semua ni.", aku mula menangis.

"Kay.. tak akan kau nak paksa dia kalau dah dia tak nak kau lagi?", tanya Melly.

Aku diam. Ada betul kata Melly. Tak akan aku nak paksa dia lagi. Sayang macam mana pun aku pada dia aku tak boleh paksa dia sayang aku macam mana aku sayang dia.

"Kay.. aku tahu kau terlalu sayangkan dia. Tapi ingat Kay. Kau kena move on. Kau ada anak anak. Kau tak kesian ke dengan Fael and Rania?", sambung Melly. Dia cuba nasihatkan aku.

"Mel.. aku rindu dia..", aku dah tak boleh control. Aku menangis semahunya.

Melly dah cuak. Dia berhentikan kereta kat bahu jalan. Dia terus peluk aku. Usap belakang aku. Dia pun menangis sekali.

"Kay.. sabar Kay. Aku mungkin tak ada kat tempat kau. Tapi aku tak nak kau sedih macam ni Kay", Melly pujuk aku lagi.

"Dia lupa ke Mel apa yang aku dah korbankan untuk dia? Dia lupa ke aku yang dia teman masa sakit bersalinkan anak dia? Dia tengok semua proses aku nak bersalin tau. Walaupun dia tak rasa tapi dia tahu aku sakit sangat waktu tu. Aku korban hidup aku untuk dia. Kenapa dia sanggup buat aku macam ni Mel? Kenapa?", aku luahkan semua pada Melly. Aku menangis semahunya.

"Kay.. dia tak kenang semua pengorbanan kau. Kalau dia kenang dia tak buat kau Kay. Dia akan hargai kau.", Melly beri nasihat lagi. Makin kuat dia peluk aku.

"Aku dah gagal pertahankan rumah tangga aku. Aku dah gagal buatkan anak anak aku happy ada ayah macam anak orang lain", sambung aku. Tu yang buat aku terkilan.

"Bukan salah kau Kay. Kau dah cuba sedaya upaya kau nak selamatkan rumah tangga kau. Dia yang buang kau! Dia yang tak fikir masa depan anak anak korang. Cukuplah Kay! Bangunlah! Jangan lemah macam ni Kay. Dia tengah bersuka suka Kay. Kau bersedih macam ni apa kau dapat? Kau sakit nanti anak anak kau macam mana? Fikirlah Kay. Aku tahu aku senang je cakap sebab aku tak rasa. Tapi aku nak kau fikir satu je. Fikirlah anak anak kau weh. Kesian dorang.", Melly beri nasihat mendalam untuk aku.

Aku angguk perlahan. Aku leraikan pelukan kami. Aku lap air mata aku yang dah berhinggus dah pun. Nasiblah Melly punya rambut degan bahu tu penuh dengan hingus aku. 😂

"Dah.. kuat ya. Aku ada. Aku sahabat kau yang tak akan tinggalkan kau", kata Melly. Dia gengam tangan aku

Aku hanya mampu angguk perlahan. Melly terus drive balik rumah ibu aku.

Sampai je di rumah Rafael tengah main di ruang tamu. Rania tidur. Hari ini aku tak hantar anak anak aku ke taska ke pengasuh. Sebab ibu nak jaga diorang. Sebenarnya aku tak suka bebankan ibu untuk jaga anak anak aku kecuali kalau ibu rindu dengan cucu cucu dia barulah aku suruh ibu amik diorang bawak balik tu pun tak lama lima enam jam pastu aku amik dorang balik.

Melly ikut aku masuk dalam rumah ibu. Dia nak lepak lepak dengan aku katanya. Elok la dia temankan aku.

"Ibu.. masak apa harini?", tanya Melly. Dia ni memang panggil ibu aku ibu. Dah memang dia rapat benau dengan family aku dari kecik lagi.

"Kari ayam. Ha.. Jom lah makan", ibu pelawa kami makan.

"Yes. Dah lama tak makan masakan ibu ni", kata Melly sambil gosok gosok perut dia.

"Ibu masak special untuk kau hari ni. Makan lah lebih lebih. Biar gemok badan kau tu sikit", ibu mengusik Melly.

Melly senyum sumbing. Haha. Dia terus ikut ibu pergi meja makan.

"Kay.. kau tak nak makan ke?", tanya Melly.

"Tak nak. Aku kenyang", aku jawab. Memang tak ada selera nak makan.

"Jangan mengada! Meh makan!", Melly acah marah.

Aku pun terus pergi ke arah ibu dengan Melly. Ibu cedukkan nasi kami.

"Ibu tak makan ke?", tanya Melly.

"Ibu dah makan tadi dengan Fael", jawab ibu.

Melly angguk perlahan. Dia terus sudukan lauk kat atas nasi dia. Terus ngap nasi.

"Ish kau ni! Tangan tak basuh terus makan je", aku tegur. Tak senonoh.

Melly senyum je dia terus makan.

Kami makan sampai habis. Aku pergi dapur basuh tangan dengan pinggan. Lepas tu aku pergi ruang tamu duduk dengan Rafael.

"Macam mana Kay? Dah hantar?", tanya ibu.

"Dah ibu.", aku jawab. Mata aku pandang je Rafael yang tengah main lego dia.

"Duduk dengan ibu lepas ni. Ibu jaga kau anak beranak", kata ibu. Dia usap kepala Rafael lembut.

Aku angguk perlahan. Sedih hati aku tuhan je tahu. 😭

YOUNG SINGLE MUM ( COMPLETED)Where stories live. Discover now