PART 13 : HADIAH LAGI DARI ASY

411 9 0
                                    

PART 13 #singleyoungmum by #kilaanuar

"Kay. Itu invoice sudah forwed sama tu AA company?", tanya bos.

"Sudah bos", jawab aku sambil tunjuk 👍🏻

"Ok bagus!", kata boss. Senyum senyum dia.

Boss aku ni baik sungguh. Pemurah betul hati dia. Hari hari belanja kami makan.  Lepastu gaji aku dia naikkan walaupun baru nak masuk tiga bulan aku kerja. Dia kata aku rajin buat kerja sebab tu dia kasi naik gaji. Haha. Syukur lah ada rezeki anak anak aku.

Aku happy kerja kat situ. Walaupun agak penat sikit berbanding tempat lama. Tapi penat aku rasa berbaloi lah. Bukan senang nak dapat bos macam ni.

"Kay..ada orang cari you", kata Zee sebaik masuk office

"Siapa?", tanya aku pelik.

"Laki laki tu. Dia datang mau jumpa kau kata dia", jawab Zee.

Aku angkat kening ala Ziana Zain. Pelik sungguh. Siapa pulak ni. Aku pun terus keluar nak pergi jumpa siapa tu.

Aku jalan pergi depan ada sorang laki melayu pakai shirt coklat dengan jeans short pants.

"Kayla ya ni?", tanya lelaki tu.

"Ye saya. Kenapa ya?", tanya aku.

"Kejap ya.", kata dia. Keluar dari kedai lepastu datang masuk balik tak sampai seminit.

Dia bawa ada jambangan bunga coklat. Besar betul. Ada ballon dengan bear lagi tu.

"Saya dari ABC Suprise Delivery. Ni ada suprise delivery untuk Kay. Tahniah", kata lelaki tu sambil tersenyum.

Aku terkejut. Siapa pulak yang bagi. Ada kad tu aku tarik dan baca

'Love you. Take care' , tulis disitu.

aku baca berkali kali kad tu. Entah dari siapa lah yang hantar.

"Dari siapa ya?", tanya aku pada runner tu.

"Orang yang bagi suprise ni tak kasi kami beritahu siapa dia. Nanti dia akan inform sis", jawab runner tu

Aku angguk faham. Yelah dah dia suruh rahsiakan. Kalau ikutkan hati aku nak tahu siapa yang hantar.

"Ok terima kasih ya", kata aku pada runner tu.

"Sama sama sis. Enjoy your chocs", kata dia.

Lepas je runner tu keluar dari kedai aku masuk office. Si Zee dah intai intai je coklat coklat aku. Haha. Aku ambil satu Kinder Bueno aku kasi dia.

"Thankss Kay", kata Zee. Suka dia. Haha.

Aku senyum je. Aku letak jambangan bunga tu atas meja kerja aku. Aku tenung je. Macam macam coklat ada. Otak aku dok ligat fikir siapa lah yang punya kerja ni.

Aku snap gambar  aku hantar pada Farid. Rasa aku ni kerja dia.

'Kerja kau ke ni?', tanya aku lepastu send.

Tak sampai seminit dia reply.

'Apa tu? Wahh! Banyakk nyee cekelat kau'

Laju aku taip.

'Bukan kau ke yang bagi?'

'Eh! Bukann lah. Siapa bagi tu? Wah! Ada peminat nampak'

Aku terus bagi bluetick je pada Farid. Malas nak layan lelebih. Tak jadi kerja kang.

Aku syak kalau bukan si Farid jangan jangan si Asy. Tapi untuk apa dia bagi? Hmm. Biarlah. Abaikan je. Buat keja da betul.

Macam biasa tepat jam 5 aku punch card. Fon aku berbunyi. Ada number yang aku tak kenal call. Aku angkat je. Mana tahu penting ke kan.

YOUNG SINGLE MUM ( COMPLETED)Where stories live. Discover now