PART 9 : TERIMA KASIH FARID..

393 6 0
                                    

PART 9 #youngsinglemum by #kilaanuar

Aku jalan kaki dah setengah jam. Macam macam bermain kat dalam hati dengan otak aku. Tak peduli lah aku orang yang lalu lalang pandang aku. Lantak lah! Aku betul betul stress! Jalan kaki jauh mana pun aku rasa aku larat.

Aku dah puas menangis aku dah puas meratap semua ni. Aku bukan kuat nak tempuh semua. Aku harapkan kebahagian macam orang lain. Aku nak anak anak aku happy macam family orang lain. Tapi aku sedar tu tak akan lagi berlaku.

Tiba tiba ada satu motor berhenti sebelah aku. Aku dah cuak. Dah lah jalan ni boleh tahan gelap sunyi sikit.

"Kay!", tegur orang tu separuh menjerit dia.

Aku lajukan langkah aku. Takut betul aku. Dia kenal aku pulak tu. Siapa ek? Nak berhenti aku takut. Dia kejar aku dan block jalan aku. Aku mencangkung nak ambil batu. Baru aku nak baling pada dia cepat cepat dia buka helmet.

"Kay! Ni aku lah Farid!", kata dia takut takut.

"Kau nak apa? Pergi lah! Aku nak jalan!", aku tengking dia. Aku memang tak ada mood sekarang ni.

"Kay.. kau buat apa ni jalan kaki? Jauh lagi ni nak sampai. Meh aku hantar kau balik", si Farid gelisah.

"Tak payah! Aku jalan je boleh", jawab aku marah.

"Kay.. kau jangan macam ni Kay.. bahaya kau jalan sorang sorang macam ni. Kau tolong lah weh. Jangan buat kerja gila. Naik lah weh. Aku hantar kau", kata Farid.

"Farid.. kau tahu tak? Aku jumpa Asy tadi.. kau call aku dia tuduh aku macam macam. Sebab tu aku keluar dari kereta dia aku jalan kaki ni.. dah lah Farid. Balik lah.. aku tak nak nanti jadi lagi buruk", aku terangkan pada Farid.

"Sorry Kay...aku tak tahu kau dengan dia. Niat aku nak tanya kau ok ke tak. Tu je. Tak lebih pun. Sorry Kay. Sorry sangat.. kau nak marah aku marah lah tapi bagi aku hantar kau dulu balik rumah. Bahaya ni Kay lagipun jauh lagi ni", Farid merayu.

Aku berbelah bagi nak naik ke tak dengan dia ni. Kalau Asy nampak mati aku.

'Pedulikan dia! Dia dah sundalkan kau! Dah cakap kau macam macam pun kau masih nak jaga hati dia ke Kay?', suara hati aku (pompom girl bak kata Bea Miller) bersuara.

"Kau jangan terus hantar aku balik. Kau bawak lah aku pergi mana mana dulu. Aku nak release tension", kata aku pada Farid.

"Nasib aku bawak helmet dua sebab baru hantar adik aku pergi tuisyen. Nah, pakai..", kata Farid  sambil hulur helmet pada aku.

Aku capai helmet terus naik motor. Serba salah aku nak peluk ke tak mamat ni dari belakang. Kalau tak peluk takut dia bawak laju aja melayang aku karang.

Nasib la Farid bawa ok ok je. Alah berhemah lah. Dia bawa aku pergi kedai mamak. Aduhai. Mamak pulak dah.

"Jom makan nan cheese! Gerenti kau ok nanti", kata Farid.

"Kau ni.. aku dah kenyang lah. Kau bawa aku makan buat apa?", tanya aku.

"Kau cakap pergi je mana mana nak release tension. Aku kalau tension aku pergi mamak makan nan cheese dengan ayam tandori", jawab dia lurus. Haha.

"Hahaha! Kau ni makan je!", kata aku sambil ketawa.

Makan kuat tapi badan tak gemuk sangat. Kurus je dia ni. Tapi tak lah keding sangat. Tapi dia kurus lah berbanding Asy. Asy rajin work out kat gym,kuat sport macam futsal football. Sebab tu laki aku punya badan hot. Haha. Eh? Laki aku lagi ke? 😌

Kami amik tempat kat luar kedai je. Boleh hirup udara. Accehh! Tak lama pastu datang lah pelayan nak amik order.

"Minum makan apa abang kakak?", tanya pelayan tu.

Aku rasa dia bangla kot. Biasalah lambakan bangla sekarang kat Malaysia. Syukurlah! Malaysia masih aman! 😝

"Sirap limau ais.", aku jawab.

"Nescafe suam dengan nan cheese dua,ayam tandori dua", kata Farid.

"Weh gila kau ni! Banyak nya makannn", kata aku. Terkejut aku dia order macam orang bela saka nak makan.

"Apa pulak aku makan sorang. Kau makan sekali lah", jawab Farid.

"Aduhai.. aku kenyang lah", kata aku.

"Makanlah sikit..", dia pujuk aku.

Pelayan tu sabar je tunggu tepi meja sementara kitorang decide nak makan apa jadah semua.

"Aku makan nan cheese je. Tapi tak nak ayam tandori. Aku tak suka", kata aku.

"Rugi kau tak suka ayam tandori.", kata Farid.

"Jadi apa mau makan?", tanya pelayan tu lagi. Haha. Kesian dia. Mesti bengang!

"Nan cheese satu,tandori chicken satu. Satu lagi Nan triple Cheese", kata Farid ubah order.

Pelayan tu angguk perlahan sambil slaid slaid tab dia ambil order. Maju lah sekarang kan.. mamak nak ambil order pun pakai gadget. Kau hado? Haha. Lepas amik je order pelayan tu terus blah pergi meja lain pulak.

"Kay.. kau ok tak?", tanya Farid.

"Aku ok je.", jawab aku.

"Kau kata kau ok. Tapi tak.", kata Farid. Dia pandang je aku.

"Aku ok. Kau kerja ok tak? Macam mana hari first?", tanya aku ubah topik.

"Tak berapa nak ok", jawab Farid sambil senyum tawar.

"Dah kenapa weh?",tanya aku ingin tahu.

"Tak ada kau. Bosan aku nak sakat siapa tak tahu", jawab dia. Berseloroh pulak dia.

"Ah kau ni! Aku fikir apa lah", aku buat buat marah.

Farid ketawa kecil. Tak lama tu pelayan datang hantar pesanan kami.

Kami makan sama sama. Sempat lagi si Farid potong potongkan ayam kasi letak dalam pinggan aku. Makan sambil berborak borak bergurau senda kami berdua.

... tanpa aku sedari, ada mata mata yang tengah snap gambar kami...

Lepas makan Farid hantar aku balik. Aku sampai je kat rumah ibu ayah dengan anak anak aku belum balik lagi. Aku pun masuklah dalam bilik cuci muka tukar baju baring  atas katil. Aku belek nak check fon aku,ada whatsapp masuk. Dari Asy. Aku buka whatsapp tu ada gambar aku dengan Farid tengah makan kat Mamak tadi.

'Kau still tak mengaku lagi ke yg kau ada relay dengan si Farid? Siap pergi makan sama sama! Kalau aku cakap kau sundal kau bajet kau tu suci. Padahal kau memang lagi teruk dari sundal tau tak!! Perempuan sial! Menyesal aku kenal kau tau!! Bodoh!'

Aku baca whatsapp tu aku rasa terkejut. Siap ada paparazi yang tolong report ya. Lantak lah! Kata lah apa kau nak kata, Asy. Aku nak menangis tapi aku keraskan hati aku. Aku cuba lelapkan mata.

Tak lama lepastu fon aku berbunyi. Si Farid call. Aku angkat.

"Kay.. Asy baru lepas jumpa aku ni", kata Farid

"Ha?? Dia jumpa kau?", tanya aku terkejut

"Yup. Dia marah aku sebab keluar dengan kau. Dia tunjukkan gambar kita pergi makan tadi. Hampir aku nak kena belasah dengan dia nasib lah Mirul tolong tahan dia tadi", cerita si Farid.

"Weh yeke? Sorry lah.. pasal aku kau pulak kena..", aku betul betul serba salah.

"Tak apa lah Kay. Aku dah jelaskan dah pada Asy. Terpulanglah dia nak percaya ke tak", kata si Farid.

"Hmm. Yelah.. sorry sekali lagi.", serba salah betul aku.

"Lahh. Tak apa lah. Bukan salah kau pun. K lah,kau pergi tidur ya. Esuk nak kerja. Apa apa call je aku ya?", kata Farid.

"Ok. K lah. Bye", kata aku.

"Bye. Take care.", kata dia lepas tu dia end call.

Aku termenung. Kenapa sebenarnya si Asy ni? Apa yang dia nak? Pelik betul. Dia buang aku tapi kenapa dia nak jeles tahap dewa lagi. Apa motif dia?

YOUNG SINGLE MUM ( COMPLETED)Where stories live. Discover now