PART 6 #youngsinglemum by #kilaanuar
Habis je packing semua baju baju aku dan anak anak dalam storage box aku masuk kan kotak kotak tu semua dalam kereta ayah. Baju je dah tujuh kotak. Haha. Mana tak nya baju aku je dah 3 storage box yang besar tu.
Aku duduk kat ruang tamu kejap lepas masukkan kotak kotak tu. Aku pandang keliling ruang tamu. Kat sini lah banyaknya kenangan terjadi. Banyak kenangan kami sekeluarga. Tonton TV sama sama. Main sama sama. Berborak sama sama. Indah sangat masa tu. Kalau la masa boleh di undur 😪
Air mata aku tak mampu ditahan. Aku nangis juga. Aku pandang frame gambar kahwin kami dulu yang tergantung kat dinding. Saat tu aku lah wanita yang paling bahagia. Bagi aku dia lah lelaki yang paling gentle sebab berani nak jadikan aku isteri walaupun kami muda lagi masa tu. Tak aku nafikan dia suami yang baik sebelum ni. Sangat penyayang sangat melindungi aku. Apa je yang aku nak dia cuba dapatkan terutamanya bab makanan. Tak pernah dia biarkan aku teringin nak makan apa apa. 😌 Setiap keburukan yang dia buat pada aku,aku tak lupa ada terselitnya kebaikan dia.
Teringat masa mula mula kami tinggal di rumah ni. Masa tu aku mengandungkan Rafael lima bulan. Satu kerja rumah pun dia tak bagi aku sentuh. Dia buat semuanya. Asy memang seorang suami yang penyayang. Tapi dia ada satu kelemahan yang buatkan kami jadi bergini akhirnya. Kelemahan yang buatkan semuanya musnah. Nak tahu apa? Sikap BARAN.
Lelaki kat luar sana. Kalau korang baca lah story ni.. tolonglah buang sikap baran korang. Kesiankan lah anak isteri korang. Bila kita tak mampu kawal amarah kita emosi kita,automatik kita akan jadi yang bukan diri kita sebenar. Kadang kita ni penyayang tapi bila kita gagal kawal marah,kita biarkan amarah kuasai diri kita maka jadilah benda benda yang tak kita inginkan. Okay.. tamat dah iklan penaja. Haha. berbalik balik pada story.
Tiba tiba aku dengar bunyi kereta depan rumah. Kereta kami lah tu. Kereta yang aku selalu guna untuk pergi kerja semua tu selalu. Asy dah ambil balik. Yelah kereta dia. Walaupun tiap bulan aku yang bayar. 😂
"Kau buat apa kat sini?", tanya dia.
"Ambil barang", jawab aku. Terus aku berdiri nak keluar.
Dia pandang aku atas bawah. Aku pun berjalan ke bilik nak ambil kotak kecil yang berisi fail fail aku.
Asy ikut aku masuk bilik. Aku angkat kotak tu. Buat buat tak nampak dia.
Asy peluk aku dari belakang. Aku terkaku.
"Aku minta maaf. Jaga diri dengan anak anak baik baik. Aku sayang kau tapi aku tak boleh lagi dengan kau.", kata Asy. Dia eratkan lagi pelukan dia.
Aku menangis. Aku tak mampu tahan. Pelukan ni lah yang aku rindu.
Asy cium pipi aku. Dia lepaskan pelukan.
"Jaga anak anak baik baik" , dia pesan lagi.
"Awak tak nak ke pulihkan balik rumah tangga kita?", tanya aku. Berharap lagi sebenarnya aku.
"Bukan sekarang", jawab dia.
Aku angguk perlahan. Aku angkat kotak teruss keluar dari rumah tu. Air mata jatuh sederasnya.
Aku start enjin kereta ayah terus berlalu dari rumah tu.
Sampai je rumah ibu aku lap air mata sebelum turun dari kereta. Konon nak sorok dari ibu. Tapi kalau ibu tengok bengkak mata aku pun ibu boleh tahu.
Aku keluarkan satu persatu kotak dari kereta.
"Adik.. tolonglah kakak tu angkat barang", ayah minta adik aku si Khai tolong aku.
"Ok", jawab Khai. Dia terus letak fon dia dan bantu aku.
"Kakak duduk lah. Biar Khai angkat semua", kata dia.
YOU ARE READING
YOUNG SINGLE MUM ( COMPLETED)
RomanceMengisahkan seorang ibu tunggal muda bernama Nora Kayla yang diceraikan suaminya, Asyfar. Kayla terpaksa lalui saat saat getir tanpa suami termasuk dianiaya kawan baik sendiri. Sediakan tisu banyak banyak ya. huhu