Cast : Syahzz chimchimsyan, Park Jimin Bts
Syahzz ataupun nama penuhnya Nur Syazwani Adelia Imran merupakan pelajar pertukaran. Dia yang berasal dari Malaysia telah mengikuti program pertukaran ke Korea melalui program di universitinya.
Pada mulanya dia memilih program pertukaran ke negara Indonesia namun entah bagaimana silapnya, namanya termasuk ke senarai pelajar akan ke Korea. Baginya itu merupakan satu kekesalan kerana dia sangat teringin mahu ke Indonesia, negara yang terkenal dengan pelbagai gunung serta kawasan yang indah seperti Makassar dan juga Padang.
Tapi dia wajib untuk pergi ke Korea kerana namanya memang telah tersenarai. Walaupun ramai kawannya suka kerana dapat pergi ke Korea yang mempunyai artis kpop yang comel dan handsome namun Syahzz sangatlah tidak bersemangat.
Sekarang dia bersama sama pelajar yang lain berada di Incheon Airport. Setelah mendengar taklimat mereka perlu menaiki bas menuju ke Busan kerana mereka akan melawat ke pantai yang dikatakan cantik disana.
Perjalanan ke Busan mengambil masa yang agak lama. Syahzz memilih untuk tidur lebih lebih lagi dia masih merasakan jet lag kerana perjalanan flightnya dari Klia ke Korea memakan masa lama.
Sedar tak sedar yang mereka telah sampai ke Busan. Airin yang merupakan kawannya dan juga Kpopers tegar yang begitu meminati BTS mengejut Syahzz dari tidur.
" Syahzz! Ireona! Kita dah sampai! Ireonaa! Ppaliwa! Aku tak sabar nak jejak tanah Busan kelahiran Jiminie oppa!!" Airin dengan accent Koreanya yang tak seberapa mengerakkan bahu Syahzz berulang kali.
" Ya ya. Aku bangun la ni. Kau jangan lah kecoh sangat. " Syahzzz menguap. Matanya mengerdip melihat pemandangan di Busan district.
" Cantik." Gumam Syahzz perlahan. Dia turut turun bersama rakannya yang lain. Setelah diberi taklimat mereka dibenarkan untuk berjalan jalan disekitar kawasan tersebut. Syahzz mengikuti Airin dan beberapa rakannya yang lain.
" Omo ! Omo! Omo! Tu macam Jimin oppa! Wehh kejar dia!" Bagaikan orang gila, Airin menarik tangan Syahzz dan kawannya yang lain mengejar seorang lelaki yang tak berapa tinggi.
" Woi apa ni!! Warghhh!" Syahzz terpaksa berlari kerana Airin menarik tangannya.
" Oppa!! Oppa! Geumanhae! We are your fan!! We are from Malaysia!" Airin mengejar lelaki tersebut. Lelaki tersebut yang pada mulanya mahu melarikan diri berdiri dan membuka mask dan juga capnya. Dia tersenyum. Matanya seakan akan tersenyum. Membuatkan Airin dan yang lain menjerit. Namun tidak bagi Syahzz.
" Annyeong yeorobun. " Lelaki tersebut yang dikatakan sebagai Park Jimin daripada group idol BTS tersenyum mesra.
" oppa! Saranghae. Naneun Airin imnida! Can..can we take ur photo?" Airin menunjuk kameranya.
" Shure *sure*. " Jimin tersenyum. Mereka mengambil gambar bersama sama. Sementara Syahzz hanya memandang keindahan Busan. Dia tak perasan ada mata yang menatapnya tajam sedari tadi.
Jimin kemudian meminta diri. Airin dan yang lain mengucapkan selamat tinggal dan juga simbol sign. Syahzz membuat muka meluat.
"Korang kalau dah jumpa idol memang dah lupa aku kan?" Bidas Syahzz.
" Alah relek la Syahzz . Kau ingat senang ke nak jumpa bias. Nak nak lagi si mochi sexy Park Jimin. Mau mimpi tidur ni. Ah oppa saranghaeyo." P'kit tersenyum senyum.
" Arghh please lah. Wehh aku nak cari grocery shop kejap. Aku nak beli cream panas. Korang nak ikut?" Tanya Syahzz.
" Taknak la. Hati hati. Kang kena culik tak tau. Tapi kalau kena culik dengan Jimin pun aku rela. Hahahahaha." Airin tersengih sengih. Syahzz hanya membuat muka dan berlalu.
Semasa dia melalui lorong kecil dia terdengar derapan langkah seseorang dibelakangnya. Namun apabila dia berpaling ke belakang tiada siapa yang ada. Syahzz jadi takut. Dia mempercepatkan langkahnya.
Dan tiba tiba ada satu suara menegurnya. Suara comel tapi ada aura membunuh.
" Annyeong jagiyaa." Belum sempat Syahzz berpaling ke belakang mulutnya ditekup dengan klorofom. Syahzz pengsan.
SKIP
BREAKING NEWS!
SEORANG PELAJAR PERTUKARAN DARI MALAYSIA DITEMUI MATI DALAM KEADAAN MENGERIKAN DI BUSAN. MANGSA YANG DIKENALI SEBAGAI MISS S DITEMUI DENGAN KEADAAN MENGERIKAN. BAHAGIAN MUKA DISIAT DAN KULIT MUKA MANGSA SERTA MATA MANGSA TIADA DIPERCAYAI DIKOREK KELUAR. MANGSA MATI KERANA DITANCAP KAYU TAJAM TEPAT DI JANTUNGNYA. KEJADIAN MASIH DALAM SIASATAN.
ktikk
Televisyen ditutup. Seorang lelaki menyeringai menandakan dia terhibur. Dia mengusap pipinya. Pipi yang berseri dan
BARU.
" Hyung! Kenapa Hyung senyum sensorang?" Tanya lelaki yang mempunyai gigi arnab.
" Ani tak ada apa apa. Saja je Chim Hyung nk senyum. " Lelaki tersebut tersenyum kearah maknae.
" Oh. Tapi Kookie tengok muka Hyung nampak semakin flawless and berseri la. Hyung pakai produk apa? Kongsi la.. Kookie pun nak sem gak." Jungkook merengek.
" Ani. Hyung tak pakai apa apa la. Dah la hyung letih. Hyung nak tidur jap." Jimin mengusap kepala Jungkook dan menuju ke biliknya.
" Arasoe. Hyung jangan kedekut la kongsi petua muka sentiasa flawless dan berseri tak baik tau!" Jungkook bersuara lantang.
Jimin tersenyum. Tak akan la dia nak ceritakan rahsia kecantikan wajahnya yang diperolehi dengan menyiat muka random person yang memiliki kulit muka yang bersih dan tiada cacat cela? Dia siat dan menggantikan kulit mukanya dengan kulit muka yang baru. Heh. Biar dia saja yang simpan rahsia tersebut.
Dan tak perlu lah Ara ceritakan macam mana Jimin menyiat muka Syahzz kan? Haha.
YOU ARE READING
[OG] Psycho [ REQ CLOSE! ]
FanfictionSisi hitam k idol korang yang selama ni korang puja. Kononnya baik, comel, handsome and bla bla bla... Tapi sebenarnya diorang.... Mind to read em?? Dont jundge my writing. Just read. Dont like? Just leave. Dah namanya fan fic kan. Janganlah butthu...