TITLE: ART
CAST: YEMIN _bubblies & JEON JUNGKOOKYemin tersenyum apabila melihat lukisannya sudah hampir siap sepenuhnya. Dia tersenyum bangga apabila melihat karyanya yang sempurna itu.
Yemin merupakan pelajar tahun akhir di Yonsei University dan merupakan pelajar jurusan Seni. Dia amat meminati seni. Baginya seni sudah sebati dengan dirinya sejak kecil. Apatah lagi ibunya merupakan seorang pelukis yang terkenal.
Yemin meletakkan berusnya apabila poketnya bergetar. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefonnya. Bibirnya mengukir senyuman mania apabila melihat nama si pemanggil.
Jeon Jungkook. Buah hatinya. Mereka telah menjalinkan hubungan cinta selama 2 tahun. Jeon Jungkook juga merupakan pelajar jurusan seni. Namun bezanya dia mengambil seni arca. Dimana dia agak membina arca berbentuk orang mahupun pelbagai lagi.
Namun apabila dia membuat arca berbentuk manusia, seni nya sangat halus dan sangat cantik. Seolah olah arca tersebut betul betul diperbuat daripada tubuh manusia.
Yemin menjawab panggilan tersebut dengan hati yang berbunga.
" Jungkook ahh! Saya baru je nak call awak!" Yemin terus bercakap tanpa memberi peluang Jungkook bercakap terlebih dahulu.
" Saya rindukan awak sebab tu la saya call awak. Awak sedang buat apa? Jom kita jumpa?" Jungkook yang berada dalam talian tersenyum apabila mendengar suara kekasihnya.
" Awak rindukan saya? Hahhaha. Saya lagiiiiiiiiiiiiiiiii rindukan awak. Jom kita jumpa nak? Saya nak siapkan lukisan saya dulu and then kita jumpa nak tak?" Yemin memberi cadangan.
" cadangan yang bagus. Nanti kita jumpa. Kook pun nak siapkan arca yang ditempah pelanggan. Kita jumpa nanti ya." Jungkook membalas mesra.
" Ohh ya ke? Apa kata kalau kita jumpa kat rumah Kook je? Boleh la kita jumpa dan Kook boleh siapkan tempahan tu. Macam mana?" Yemin tersenyum malu.
" Urmm bukan tak boleh tapi tak manis la kalau Yemin masuk rumah Kook. Kook kan duduk sorang sorang. Nanti apa kata jiran?" Jungkook bercakap dengan lembut tidak mahu Yemin terasa.
" Ohh tak mengapa. Kita jumpa kat Orange's Cafe la kalau macam tu." Yemin membalas.
" Baiklah. Hati hati tau. Jangan jalan kat tempat sunyi. Kook bimbang la. Sekarang ni banyak dengar berita orang kena culik. Tak kira lelaki ke perempuan ke semua kena. Yemin hati hati tau. Saranghae." Jungkook meluahkan kebimbangannya.
" Ya. Yemin akan hati hati. Annyeong." Yemin menamatkan perbualannya. Dia kemudian menyambung lukisannya.
Skip
Yemin mengerling jam tangannya. Dia mengeluh apabila Jungkook masih tidak datang datang. Sepatutnya Jungkook tidak pernah lewat. Yemin menyisip sedikit ice americanonya.
" Ahh mana Jungkook ni? Dah lewat sangat ni? " Yemin mengetuk ngetuk meja. Dia cuba menelefon Jungkook namun tidak berjawab. Akhirnya Yemin tekad untuk ke rumah Jungkook.
Dia sampai dihadapan Jungkook. Dia teragak agak untuk masuk namun dia bimbang kalau Jungkook sakit ataupun ditimpa kecelakaan. Dan kebimbangan bertambah apabila pintu rumah terbuka. Yemin melangkah masuk dengan berhati hati.
Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Senyap dan sedikit suram. Dia cuba mencari kelibat Jungkook namun tiada.
Dia memanjat anak tangga yang menuju ke bilik atas. Perlahan lahan dia mendengar bunyi ketukan pahat. Dia tersenyum. Tahu bahawa Jungkook sedang memahat arcanya. Yemin berniat mahu membuat kejutan kepada Jungkook. Dia melangkah perlahan lahan menuju kearah bilik yang plat yang bertuliskan [ BILIK KERJA] .
Yemin membuka pintu perlahan lahan. Dia melihat batang tubuh milik Jungkook yang membelakanginya. Dia masuk perlahan lahan.
" Oppa! Surprise!!!" Yemin menyergah Jungkook.
Jungkook memusingkan tubuhnya menghadap Yemin. Yemin terkejut apabila melihat wajah comot Jungkook.Ianya terpalit simen arca dan juga
Darah.☺😊
Yemin menjerit apabila melihat sekujur tubuh kaku yang terbaring dengan separuh tubuhnya disimen. Yemin mengundur ke belakang. Jungkook mendekatinya dengan senyuman yang sukar untuk difahami.
" Jagiyaaaaa..." Yemin ingin lari namun tubuhnya ditangkap dan dihempaskan keatas lantai dengan kuat. Yemin mengaduh kesakitan. Dia mengundurkan tubuhnya. Jungkook mendekat dengan pahat ditangannya.
" J..jungkook ap...apa semua ni?" Yemin bersuara dengan nada yang terketar ketar
" Yemin nampak kan yang Kook sedang buat arca, buat apa Yemin tanya lagi?" Jungkook tersenyum.
" Ta.. tapi tu macam manusia be..betul..." Yemin memandang Jungkook dengan pandangan yang takut.
" Nde. Tu hahahhaha. Manusia betul. Kenapa terkejut?" Tanya Jungkook. Dia memegang kaki Yemin kuat.
" Ap..apa? Kook da..dah gila? Yemin akan laporkan pada polis! Jungkook dah bunuh orang!" Yemin bersuara kuat namun hanya dibalas dengab senyuman oleh Jungkook.
"Macam la Yemin boleh keluar dari sini." Jungkook mengangkat pahatnya tinggi. Yemin membuntangkan matanya.
" Andwaeeeee!!" Suasana sepi dipecahkan dengan jeritan Yemin.
Takkk
Takk
Takkkk
Jungkook kelihatan sibuk memahat arca. Dia yang tekun memahat arca yang sudah disimen sehingga ke paras dada.
Chup
Dia mencium perlahan kepala arca tersebut.
" kau akan menjadi arca yang paling cantik dan indah
Yemin ahh." Jungkook tersenyum. Dia meneruskan kerjanya.
Dia menghentikan aktivitinya. Dia berpaling ke belakang melihat kearah reader yang sedari tadi membaca buku ini.
Dia senyum.
" Ada yang nak pesan arca manusia? Pm tepi ya." 😊😊😊
YOU ARE READING
[OG] Psycho [ REQ CLOSE! ]
FanfictionSisi hitam k idol korang yang selama ni korang puja. Kononnya baik, comel, handsome and bla bla bla... Tapi sebenarnya diorang.... Mind to read em?? Dont jundge my writing. Just read. Dont like? Just leave. Dah namanya fan fic kan. Janganlah butthu...