"Okey para pelajar sekalian, setelah naik ke kelas diminta pelajar menengah rendah tunggu di tapak perhimpunan" kata puan dahlia.
Semua pelajar sek men putra damai bergerak masuk ke kelas kecuali pelajar pelajar tingkatan 1,2,dan,3. Mereka akan diberikan sedikit taklimat mengenai acara sukan yang akan datang.
"Wehh, hg tahu dak yang ada senior baru, comel bak hggg" separuh menjerit dengan reaksi over si hanna ni. Alisa hanya menggeleng kepala melihat rakan-rakannya yang lain sudah mula berminat tentang budak baru tu.
"Dia kelas mana weh" "comel sgt ke beb? " "seriuslah ni wehh ada senior baru? " Alisa cuma mendengar perbualan mereka tanpa minat. Dia hanya minat pada exnya yang putus disebabkan orang dengkii. Boooo sikit dekat manusia mcm tu.
Kelas berjalan seperti biasa dan jam loceng berbunyi tanda habis persekolahan. Alisa mengemas buku-bukunya begitu juga rakan sekelasnya. Kawan baik yang duduk di meja sebelah bernama Amira. Mereka telah berkawan baik dari darjah 5 dan selalu balik bersama-sama menaiki motor Amira lagipun rumah mereka berdua berdekatan dengan sekolah. "Iyaa, esok pakai baju pj rumah sukan hg ke aku? "Mereka selalu merancang supaya kelihatan like bff, err gedik makaiii. "Esok ai nak warna biru, rumah sukan hg la Al". "Orait beybehh"Alisa berkata sambil menaiki motor dan bergerak pulang."Oiii oiii, jauh nak termenung" Dhia mengusik Alisa yang dari tadi tak berkelip mata memadang ke langit smbil mengenangkan zaman lalunya "YA ALLAH, bos kata nak jumpa aku, kenapa tak igtkan aku dhiaa? " Alisa tersedar dan berlalu pergi ke bilik bos.
Ketukan Alisa dibalas dengan "masuk". Alisa membuka pintu dan berdiri di hadapan meja bosnya. "Losa, kan saya kata pukul 3 sekarang dah pukul berapa ni? Saya gigit awak nnti losaa" Alisa hanya mencebikkan bibir, perangai Hadi ni memang mengadalah. "Ya saya lambat sikit, sorry"Alisa hanya mengalah dan duduk kerana lenguh pulak berdiri lama-lama. "Orait, sebenarnya saya nak lamar awak losa. Saya...em dh lama suka awak, sayang awak dan awak tahu kan saya tak berapa nk romantik, sbb tu lamar dekat office no flowers and ring" suara Hadi lembut berbicara tapi tegas. Hadi bukanlah jenis lelaki yang dia idamkan. Tak pernah terbayang dan menganggap Hadi lebih dari bos dan sahabat. Otak Alisa ligat mencari ayat yang sesuai utk menolak lamaran Hadi tanpa melukakan hatinya.
"Hadi give me time and space, can you? " Alisa seperti meminta difahami sekarang, sungguh dia tak sanggup utk melukakan hati manusia lain lebih-lebih orang di sekelilingnya. Hadi hanya mengangguk faham, lagipun dia inginkan Alisa dengan cara yang betul tanpa paksaan.
"Losa" Alisa yang sudah mencapai tombol pintu berpaling semula dan mengangkat keningnya sedikit.
"Dont stress yourself, make a right choice" kata Hadi ikhlas. Alisa berjalan keluar."Heyy Losaaa, lama tak tengok muka jelitawan ni" Hafi kembar Hadi mula lah mengayatt. Alisa hanya senyum dan terus berjalan ke meja kerjanya. Malas hendak melayan kembarnya disebabkan oleh kembarnya yang lagi satu tu merunsingkan pemikirannya dengan lamaran itu. Sebenarnya dia masih menunggu seseorang dari 11tahun yang lalu. Hafi pelik dengan Alisa dan hanya pergi ke bilik kembarnya, mungkin datang bulan minah ni.
"Apa bos kata? "Dhia dah mula siasat, mcm mana aku nak elak dari dia tahu pasal lamaran ni, baik takyah bitau nnti kecoh satu ofis, payahlah aku nk reject, fikir Alisa. "Ahh, dia ajak aku minum tu je" muka pelakon wanita terbaik dah keluar. "Laa semata-mata, aku igtkan dia nk confess kat kau, sbbnya haritu dia tanya aku kau dah berpunya ke belum. "Dhia tayang muka seposen, Alisa pun balas dengan ayat seposen "Sapalah nak dekat kitew yang tak sempurna ni"muka acah sedih je. Muka Dhia terus berubah. Berubah utk membebel.
"Heyyy Lisaa, kau ni awat lahhhh rendah diri sangat, udah lawa cenggini, akauntan haa ACCA pulak tu, stylo, comey molek pandei masak cukup pakej istewii mithali dah, aku pantang betui le minah ni melemahkan pemikiran tu sgt" bebel Dhia.
Alisa hanya menggaru kepala. Itu pun nak marah dia ni. "Yaa sorry Dhia". Dhia menyambung " Haa tulah kau, sesikit sorry, tak salah pun cumanya jgn asyk mintak maaf klu tak bersalah. Cuba protect diri tu sikit. Jgn ikutkan kepala orang lain, find happiness for yourself tu sikit, ini tak selalu lebihkan hati orang lain. "
Alisa hanya ketawa perlahan, "yaa i know what the best for me, this is me and thanks sweetie" pujuk Alisa. "Okay jom balik" ajak Dhia.
Terserempak dengan Hadi di lobi dan hanya berbalas senyuman. Setelah smpi di rumah, Alisa membersihkan diri dan selesaikan solat serta duduk di atas meja kerjanya. Fikiran melayang ke zaman persekolahan.
"Wehh, yang mana budak baru yang hg kata semalam tu ira? " tanya husna. Tu yang tu ira menunjuk dan Alisa memandang ke arah budak lelaki tersebut. " Tak hensem langsungg" Alisa mencebik. "Heee hg ni, dia lagi hensem dari ex kau tu" Alisa buat muka, dia carii gaduh pulak mention-mention ex aku,dah lah budak baru tu kedingg . Alisa dan Amira bertikam lidah smpi lah naik ke kelas dan berhenti bila dua-dua dah penat.
Jam loceng waktu rehat berbunyi tanda habis masa rehat. Beratur di tapak berhimpunan dan guru menyatakan perjumpaan bagi pelajar yang terlibat di dalam kawad kaki go dan ngo di dewan. Alisa, Amira dan rakan-rakannya yang tetlibat bergerak ke dewan. "Sila bagi nama siapa yang betul-betul boleh bagi komitmen untuk kawad kaki utk unit berunitform krs kali ni". Setelah selesai mereka pun bergerak ke kelas masing masing.
YOU ARE READING
nak saya ke tak sebenarnya ni ?
Romancedisebabkan oleh ego, cinta yang secara diam diam muncul oleh kedua dua insan ini musnah. takdir yang tak dapat dilawan, setelah habis zaman persekolahan mereka bertemu kembali. dan sampai lah suatu saat mulai terdengar pepatah sudah jodoh tak kemana...