Bab 8

110 5 0
                                    

Kaki Ramadi bergerak ke arah 4 gadis itu dan memegang bahu Naufal. Muka Ramadi yang tak puas hati itu dipandang oleh Naufal.

"Kenapa kau?" tanya Naufal kehairanan.
Mata Ramadi ligat mencari kertas yang tertera no telefonnya. Ternyata kertas itu berada di tangan salah seorang gadis tersebut.
Tangan Ramadi tangkas menarik hujung cebisan kertas putih itu.

" Sorry girls, tapi ni nombor saya" katanya sambil mengenyit matanya. Kakinya mula melangkah pergi meninggalkan Naufal dan gadis gadis itu yang masih terpaku dengan kenyitan mata Ramadi.

"Auuwww menggodanya kawan you tu" kata seorang gadis itu manja.

" Iye? Kawan dia pun sama boleh buat you tergoda" puji Naufal sambil menyelak rambutnya ke belakang.

Gadis gadis itu hanya bersorak manja. Mata Naufal terarah kearah gadis yang masih lagi meneruskan bacaan sedari tadi. My ideal, fikir Naufal.

🐧

Farhan menyalami tangan bondanya. " Fahan pergi dulu ya bonda" dan mencium pipi dan dahi bondanya.

"Jangan lupa bonda. Fahan belum pergi pun bonda dah rindu" kedengaran suara sebak bondanya membuatkan air matanya hampir gugur. Tapi dia dh besar, dh matang, dh tak patut menangis, fikirnya.

Tangannya laju mengelap ekor matanya agar bondanya tak perasaan.

"Fahan pergi dulu bonda, jaga diri. Fahan sayangggg bonda" katanya serius dan berlalu pergi ke kereta.

Tangan dilambai lambaikan ke arah bondanya. Semoga kita dapat jumpa lagi bonda, In Sha Allah, doa Farhan Anaqi.

Kereta yang dipandu oleh Farhan melalui jalan di depan bangunan Qwerz corporation milik sepupunya. Matanya memandang ke luar tingkap sambil menunggu lampu trafik berwarna hijau.

Perempuan tu!

"Macam familiar" ucap Farhan perlahan.
Otaknya ligat berfikir.

Kelihatan perempuan itu menunggu seseorang. Seketika kelihatan Hadi sepupunya berjalan kaki dan berhenti di sebelah Alisa.

"Ya dia Alisa. Minah tesco" matanya masih memerhati mereka yang berjalan masuk ke sebuah kedai makan berdekatan.

Lampu merah telah bertukar kepada hijau. Tangannya menukar gear D dan kaki menekan pedal minyak perlahan.

"Hadi kenal dia? Keluar lunch sama? Diorang ada apa apa ke?" persoalan yang hanya boleh didengari dia seorang dan dia memerlukan jawapan.

🐳

"Losaaa, nak order apa?" tanya Hadi.

Setelah selesai memesan makanan, Alisa mengeluarkan handphone. Tangannya mendail no neneknya.

"Hello Assalamualaikum" kedengaran mak memberi salam.
"Waalaikumsalam, mak. Mak dh makan?" tanya Alisa.
"Mak dah makan kenapa tanya?" soal neneknya.
"Japlagi ita balik, mak ada nak pergi mana mana ke?" tanya Alisa lagi.
"Haa mak nak pergi Paris, bawakan ya, kamu balik awal ke harini?" Alisa tergelak mendengarnya.

Pandai pulak mak ni sebut paris 😂😂😂

"Banyak cekadak Paris, hahahah. Ya balik awal harini. Okay mak jumpa nanti ya. Babai muahh💋💋" kata Alisa dan mematikan talian.

Hadi yang memasang telinga turut terhibur. Senget senget mulut Hadi menahan senyum.

"Haa, curi dengar ya, tarik telinga nanti baru tahu" marah Alisa.

Hadi hanya ketawa panjang.

"Losaa, awak nak pindah mana?" muka Hadi mulai serius. Mana tidaknya, sangat susah Alisa mahu menerima ajakannya untuk keluar bersama. Tapi demi kelulusan pemindahan tempat kerja, laju saja Alisa menerima.

"Perak" jawabnya pendek.

"Kenapa?" Hadi ingin tahu.

"Saja" katanya serius.

Riak muka Hadi sedikit berubah.

"Atau sebab saya?" teka Hadi.

"Bukan sebab sesiapa pun"

"Kalau saya tak luluskan?"

"Awak kena luluskan" pinta Alisa lembut.

"Sebab?"

"Saya dah keluar makan dengan awak"

"Losaaa, saya...." kata katanya mati bila merasa dia tak patut melukakan hati Dayana dan ibunya lagipun dia tahu isi hati Alisa terhadapnya.

"Saya apa?" sambung Alisa.

"Saya luluskan perletakan jawatan awak. Semoga awak dapat kerja baru dekat sana"
Kata Hadi.

"Dan tak lupa juga, semoga awak jumpa bos yang baik lagi hensemm macam saya" Hadi menghadiahkan senyuman manis.

Alisa turut senyum. Alhamdulillah!

🐤

"Ramadi, Farhan. Kamu berdua duty esok malam" arah captain Dani.

"Baik captain!" kata mereka berdua seiring.

"Asal schedule berubah do?" tanya Naufal.

Ramadi hanya mengangkat bahu. Mata Naufal beralih ke arah Farhan pula.

Farhan tidak sedar persoalan itu, dia berlalu ke tingkat atas kapal. Matanya memandang kolam, lama dah cuti. Rindu kapal ni tapi rindu bonda jugak. Em aku curilah kapal ni simpan dalam bilik.

Dia tergelak sendiri mengenang kebodohan diri. Bawak jelah bonda duk atas kapal ni lagi senang, kau ingat muat nak simpan star cruise ni dalam bilik kau? Kata Farhan dalam hatinya.

Tangannya menyeluk poket dan membawa handphone keluar. Jarinya menekan skrin mendail Hadi.

Ringsss***

"Hello bro, whats up" sambut Hadi meriah.

" Aku nak tanya sikit ni" ucap Farhan.

" Tengahari tadi kau keluar dengan perempuan nama Alisa ke?" soal Farhan tanpa menunggu balasan Hadi.

"Haah, kau nampak aku ke tadi? Kenapa tak tegur? And one more thing, mana kau kenal Alisa?" tanya Hadi.

"Ish kau ni, satu satu lah kalau nak tanya pun, cicak kobengg" marah Farhan.

"Sukati aku lah biawak lazer" bidas Hadi.

" Hee sepupu takguna. Aku dalam kereta tadi otw ke pelabuhan lah. Masuk keje dah ni. Pasal Alisa tu, aku pernah terjumpa dalam mimpi lepas aku solat istikarah, hehehe" guraunya.

"Hahahhaha klisenya kau ni sekarangg" ejek Hadi.

"Kau pula?" tanya Farhan serius. Tiada lagi suaranya yang ingin berjenaka.

"Aku apa?" soal Hadi hairan.

"How you know her?" serius gila suara Farhan.

" She is my worker. Kenapa kau syok dengan dia ke?" tanya Hadi.

"Might be" jawapan Farhan membuatkan Hadi sedikit cemburu.

"Take care of her for me, one day I'll take her to be mine" kata Farhan sambil ketawa, saja hendak menutup kekwat.

Hadi mendiamkan diri.

"Okay bro, jumpa kau masa weeding kalau aku dapat cuti. Send my regards to Dayana" pinta Farhan.

Ramadi yang sedari tadi telah berada di atas hanya mendengar perbualan Farhan dengan entah siapa.

Nama yang disebut oleh Farhan membuat hatinya sedikit terkesan. Nama yang ada dengan kisah lamanya.

Alisa. Adakah dia orang yang dikatakan oleh Farhan? Dia Alisa Farhana?

nak saya ke tak sebenarnya ni ?Where stories live. Discover now