Serious talk Hadi sedang menangis. Tak sangka Hadi terlalu menyukai aku, pikir Alisa.
"Awak, awak, okay tak ni? " Alisa mengoncang bahunya lembut. Hadi mengelap matanya. Matanya sedikit merah.
"Arghh malunya saya. Saya selalu act macho depan awak, tak sangka saya tunjuk perangai childish depan awak" katanya sambil memandang ke arah lain.
Alisa berasa senang mendengarnya, walaupun agak terkejut dengan berita Hadi perlu berkahwin dengan perempuan lain. Tapi siapa dia untuk menghalang malah tidak mahu lelaki itu terdorong untuk menderhakai mamanya.
Alisa senyum untuk memberi semangat kepada Hadi. Hadi memandang dengan pandangan seperti tidak mahu lepas. Alisa berjaya mencuit hatinya dengan sikapnya yg sopan dan elegant walaupun simple orangnya. Hadi meraup muka sebentar.
"Awak, saya mintak maaf sangat, Im sorry cause this happen, Im hurt you" kata Hadi lembut.
"Saya nak awak tahu yg saya redha. Mungkin kita bukan jodoh, saya tahu awak anak yg baik. Saya takkan paksa awak" kata Alisa lembut. Masalah ni kena selesai sebelum ada drama, mertuaku singa seriau pula Alisa rasa if life without blessing.Di dalam kereta, Hadi banyak membisu. Masih bersedih mungkin. Alisa membuat muka bosan memandang ke luar tingkap.
"Awak okay? " tanya Alisa prihatin.
"My heart broken" Hadi jawab ayat cliche.
"Chia chia chia" kata Alisa sambil ketawa.
"Kenapa berchia? Siapa buat pickup line? " Hadi tayang muka pelik."Radio" kata Alisa bersahaja. Lantas Hadi tergelak kuat bila mengingat radio yang tidak dipasang.
"Sekarang awak dah jawab soalan dengan betul" kata Alisa bangga.
"Kenapa pulak? " soal Hadi, mata masih fokus memandu.
"Awak gelak, maksudnya awak gembira, maknanya awak tak apa apa lah" Alisa bersuara senang sambil memandang Hadi. Dan tidak semena Hadi turut memandang mata Alisa."You make me fall in love on you again my dear" kata Hadi yang kembali memandang jalan raya. Alisa hanya membuang pandangan ke luar tingkap. Sunyi. Sehinggalah sampai ke kereta Alisa. Hadi membukakan pintu untuk Alisa, how sweet.
Alisa menapak keluar dari kereta, "Hadi saya harap awak terima semua ni, dan berbahagia dengan dia ya" Alisa ikhlas.
Ya aku baru hendak buka hati untuknya, nasib baiklah baru bercadang, kalau dah suka mahu meraung aku mcm kehilangan Ramadi dulu, fikirnya.
Hadi senyum paling manis, mungkin untuk kuatkan hatinya. Come on siapa tak sedih tak dapat bersama orang yg dia sayang. Lagi lagi lepas melihat Alisa sanggup melepaskannya agar dia menjadi anak yg taat.
Alisa pulang ke rumah. Neneknya sudah tunggu di hadapan pintu rumah. "Dah makan? " tanya neneknya. Alisa menggeleng dan naik ke tingkat atas memasuki biliknya untuk membersihkan diri.
Alisa turun dan menuju ke meja makan selepas seusai solat maghrib. Alisa memandang meja makan kosong. Mak tak sihat ke? Risau Alisa, kakinya laju pergi ke ruang tamu. Tiada.
Kakinya melangkah ke bilik neneknya. Lega lepas ternampak figura neneknya yang sedang berdoa di atas sejadah. Selepas neneknya melipat telekung. Alisa duduk di birai katil.
"Mak kenapa tak masak? Tak sihat ke? " mukanya risau menunggu jawapan neneknya.
"Mak sihat, tapi malas sikit" katanya sambil tersengih."Malas takde ubat tau" Alisa meniru ayat neneknya bila dia malas membantu membuat kerja rumah. Anak dara pemalas kan. Neneknya hanya ketawa riang. Alisa tahu sahaja cara nak hiburkan nenek kesayangannya ini.
Apabila perut mereka berbunyi, Alisa bertanya soalan yg agak banggang "Kira puasa ke apa ni? " kepada neneknya.
Laju tangan neneknya menampar lengannya. Memandangkan Alisa terlalu tinggi dari neneknya, bahu dan kepala selamat dari pukulan round off neneknya.
"Makan kat luar la, kamu belanja" Alisa mencebik. "Dah lama mak tak belanja" memujuk neneknya untuk belanja dia. Ehh, jangan taktahu walaupun tak kerja dah tua tetap income masuk tiap bulan.
Pakcik makcik saudara Alisa alhamdullilah masih ambil berat tentang ibu mereka termasuk ibu Alisa. Walaupun anak neneknya tak kesah untuk duduk bersama neneknya, tetap Alisa membantah dan mengajak nenek duduk bersamanya. Bergaduh juga masa tu sebab berebut.
"Yelah mak belanja"kata neneknya malas nak panjangkan cerita. Mereka bersiap dan makan di luar.
Selesai memesan makanan, Alisa termenung terngiang ngiang suara Ramadi tanya satu soalan. Bagaikan baru jadi semalam, sebabnya manisnya tu masih lagi segar terasa di taman hati. Ceyyy jiwang amat.
"Macam mana kau tahu? " tanya Ramadi kehairanan.
"Well budak perempuan ni kalau ada cerita, suka share" kata Alisa.
"Haa memang korang budak pun. Tak matang, lagi satu gossip je keje korang kan" perli Ramadi.Dia ni kan. Sebab nilah aku tak pernah nak suka dia dari dulu. Geramlah bajet punya penguin. Alisa panggil dia penguin sebab dia mencadangkan kawad formasi untuk bergerak seperti penguin. Dulu tak rasa comel. Bila dah suka, terasa comel sangatt.
"Jangan sampai aku tarik seluar kau lagi sekali" ugut Alisa.
Laju tangan Ramadi menahan kerana Alisa sudah mengangkat tangan acah nak tarik seluarnya. Alisa ketawa tak ingat dunia, muka Ramadi memang cuak gila masa tu."Weh, janganlah kau ni kan!" Marahnya sambil memujuk.
"Kau ada wechat?" Tanya Ramadi.
"Ada" jawab Alisa ringkas."Nak ID" mintak Ramadi. "Erm tapi aku tak ingat lah" Alisa menggaru kepala yang tidak gatal. "Nyanyukkk! " jerit Ramadi perlahan.
Heee mintak kaki la mamat ni."Bak sini lah nombor telefon hg" mintak Alisa. Ramadi menyebut sambil menunggu Alisa yang menaip nombor yang disebutnya ke dalam handphone.
Setelah selesai Alisa ingin menyimpan nombornya. Tetapi Ramadi pernah menelefonnya?
YOU ARE READING
nak saya ke tak sebenarnya ni ?
Romancedisebabkan oleh ego, cinta yang secara diam diam muncul oleh kedua dua insan ini musnah. takdir yang tak dapat dilawan, setelah habis zaman persekolahan mereka bertemu kembali. dan sampai lah suatu saat mulai terdengar pepatah sudah jodoh tak kemana...