Bab 7

146 6 0
                                    

Setelah selesai menjamu selera, Alisa mengajak neneknya pergi ke supermarket berhampiran rumah untuk membeli barang rumah.

"Mak, comel tak? " kata Alisa sambil melekatkan topeng kucing ke mukanya.
Neneknya tidak mendengar dan tetap berjalan perlahan ke hadapan.

Kaki Alisa terus mengejar neneknya, sementara topeng tidak dibuka. Dia memanggil neneknya lagi sekali.

"Makkkk.... Tengoklah ni, comel tak? " katanya sambil mengoncangkan tangan neneknya.

"Ya, comelnyaaa. Kenapa panggil mak saya mak? Dia bakal mertua awak ke? " sindir seorang lelaki.

Alisa yang mendengar sindiran itu semakin hairan. Apa yg berlaku ni? Topeng ni asal mata ke lain, hidung ke laut ni?, marah Alisa dalam hati. Tangannya laju membuka topeng.

Melihat gerangan lelaki sebentar tadi yang menyindirnya itu. "Errr" Alisa kelu dan tercari-cari neneknya.

"Haa kau pahal macam beruk hilang anak ni? " ejek lelaki itu. Alisa memandang lelaki itu dengan tajam.

"None of your business! " kata Alisa tegas. Ibu lelaki tersebut hanya memerhati mereka berdua bertekak. Lelaki itu hanya mengangkat bahu tanda tak bersalah.

"Mestilah hal aku. Sebabnya apa? " soal lelaki itu. Alisa hanya menahan sabar.  Alisa tidak menjawab dan berlalu pergi sebelum menyalami tangan Ibu lelaki tersebut.

"Heyy!  Woii woii! Pakai blah macam tu je" rungut lelaki itu. "Kamu ni kenapa buli perempuan? " tanya ibu lelaki itu kepada anaknya.

"Alahh bonda ni, bukan buli saja sakat" jawab lelaki itu
"Lain benar perangai kamu tadi. Kenapa? Musuh kamu ke? " tanya ibunya berdas-das.
"Entahlah bonda, mungkin sebab dia panggil bonda mak kot. Buatkn Fahan rasa nak bahan je hahaha" jawab lelaki itu sambil ketawa perlahan.

Ibunya hanya menggelengkan kepala.

Akhirnya Alisa menemui neneknya yang sedang memilih sayur. Alisa melepaskan nafas rasa lega. Kang ada gak annoucement kehilangan nenek. Sibaik jumpa mak, fikir Alisa sambil tersenyum tipis melangkahkan kaki ke arah neneknya.

Lelaki tadi hanya melihat gelagat Alisa yang dari tadi mencuit hatinya. "Kelakar betullah kau ni" bisiknya ke telinga Alisa dari belakang.

Alisa terkejut dan terjerit kecil. Laju dia berpaling ke belakang. Melihat manusia taguna mana yg main bisik-bisik tadi.

"What? " soal Alisa pelik.
"Eh mana soalan kau mula-mula tadi? " kata lelaki itu.
"Soalan apa? " jawab Alisa blur.
"Saya comel tak? " meniru suara manja Alisa. Alisa terasa panas pipinya. Malu kot tanya tapi silap orangg.

Alisa ingin mengangkat kaki mencari neneknya yang laju sahaja menghilangkan diri. Lelaki itu mendepakan tangan untuk menahan Alisa. Terbantut langkah gadis itu.

"Nape?! "Marah Alisa.
Lelaki itu sengaja mengigit kukunya, acah takut membuatkan Alisa bertambah geram.
"Kenal-kenal lah dulu. Im Farhan Anaqi" muka lelaki itu serius.

"Alisa"jawab Alisa pendek dan ingin berlalu. Sekali lagi Farhan menahannya.
"Fullname"pinta Farhan.
"Alisa" katanya sekali lagi.

"Uish pendeknya nama, nak kene panggil apa ni? " tanya Farhan.
"Sukatilah"jawab Alisa ringkas. Malas hendak berlama-lama. Farhan asyik menahannya daripada berlalu.

"Wahai cik sukatilah, bonda saya dah panggil tu. Btw what a nice nickname" kata Farhan dengan suara mengejek sambil berlalu pergi. Whattt?!!  Cik sukatilah? Err takpa bukan jumpa dia lagi pun pasni, Alisa menyedapkan hatinya.

Alisa berjalan ke arah pintu rumah untuk pergi ke pejabat. Neneknya masih lagi berdiri di hadapan pintu seperti setiap pagi memandang kereta Alisa meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.

💢

"Wehh beb. Berseri muka harini"puji Alisa.
Dhia tersengih sambil hidung sengaja dikembangkan.
"Kau ni pergilah kedai spek, rabun kot" kata Dhia.
"Asal pulak? Aku cakap benda betul. Today you look gorgeous" kata Alisa tidak puas hati.
"Mana ada betul! Aku hari-hari gorgeous la! " kata Dhia sambil menunjuk riak di hati.

Alisa ketawa. Ada saja lah minah kepoh ni, benak Alisa.

Alisa terserempak dengan Hadi yang bersama dengan seorang perempuan. Cantik tapi berbeza dengannya. Gadis itu free-hair.

"Heyy bos" tegur Alisa.
Hadi sebenarnya sangat berharap, bakal tunang tidak tahu tentang Alisa. Punah harapan.
"Ooo haa hai Losaa" balas Hadi kekok.
"Siapa ni? " tanya perempuan free-hair itu.
"Pekerja saya" jawab Hadi gementar.
"Ooo taknak kenalkan ke?  Inform her about us ke kan? " cadang perempuan itu sambil merenung Alisa yang cantik bertudung itu.

Alisa blur dengan keadaan sekarang. Dia hanya menunggu jawapan dari mereka berdua.

"I tahu you taknak kecoh tapi apa salahnya kalau I berkongsi berita gembira ni dengan semua orang? " kata perempuan itu.
Tanpa menunggu kata putus dari Hadi, dia terus memperkenalkan dirinya.

"Im Dayana, bakal tunang Hadi. Nice to meet you" katanya sambil menghulurkan tangan.

Alisa gembira, jodoh Hadi seorang yang baik dan berbudi bahasa. Hadi pasti dapat membawanya ke arah yang baik. Terselit kegembiraan di sebalik senyuman tipis Alisa yang menyambut huluran Dayana.

"Just call me Day" sambung Dayana lagi.

"Every DAY for bos" gurau Alisa. Dayana senyum senget.
"Sporting juga you ni eh" katanya sambil mencubit pipi Alisa. Terkejut badak aku, tak pernah-pernah dibuat orang baru kenal bape saat dah main cubit-cubitan cinta, benak Alisa.

Alisa hanya tersenyum, manakala Hadi tercenggang melihat mereka berdua. Dia dibelenggu, satu yang disukainya, satu lagi yang menyukainya. Em aku rembat dua-dua boleh? Fikir Hadi.

"Ok Day, saya sambung kerja dulu la ye. Boss" kata Alisa meminta diri.

"I like that girl, baik, ramah,cute, and a goodfriend" puji Dayana memerihalkan tentang Alisa.

"Ooo ya, okay nanti saya naikkan pangkat dia" kata Hadi.
Dayana ketawa mendengarnya.

Alisa memarkirkan keretanya dan memandang neneknya yang setia menunggu di pintu masuk.

Alisa tersenyum melihat neneknya tetapi mindanya berfikir sekiranya tiada lagi sesiapa yang akan menunggunya di pintu selepas ini? Adakah dia sanggup kehilangan neneknya?.

Senyumannya terus mati. Kakinya dilajukan ke arah pintu dan terus memeluk neneknya erat.
"Kamu kenapa ni? " tanya neneknya pelik.
Berkerut wajah tua neneknya itu.
"Saja rindu mak" luah Alisa jujur.
Neneknya hanya diam dan senyum tipis.

Mereka masuk ke rumah bersama-sama.
Sejak semalam hatinya masih terasa tidak tenteram. Kenapa ye? Fikirnya sepanjang masa.

Ramadi bergerak ke dewan makan yang dipenuhi ramai penumpang kapal. Lagi lebih kurang 2 minggu, cuti selama 3 bulan akan bertandang.

Ringsss***
Ramadi menjawab panggilan tersebut dan melekapkan handphone ke telinga.

"Hello, ya maa orang baru je nak makan ni" balas Ramadi.
"Dalam 2 minggu lagi" katanya lagi.
"Em tengoklah dulu weeding tu dapat pergi ke tak. " jawabnya acuh tak acuh.

"Ooo haa orang sihat dekat sini. Mama sihat? " soal Ramadi.
"Alhamdulillah. Ok ma orang gerak lu, pape hal nanti inform orang" pintanya dan mematikan talian.

Ramadi bergerak ke kaunter untuk memesan makanan. Kawan-kawannya datang ke arahnya. Terdapat 4 gadis yang asyik memandang ke meja mereka.

Fikri menepuk lengan Naufal perlahan. "Tu awek cun tu? " katanya Fikri cover-cover.

Naufal memandang sambil mengangguk setuju. Lantas Naufal mengambil kertas dan pen. Laju tangannya menulis nombor telefon Ramadi.

"Kau nak buat apa tu? " tanya Ramadi yang sedari tadi memerhati gelagat kawannya itu. "Rahsia" kata Naufal sambil mengenyit mata.

"Sumpah,  nak muntah aku" kata Fikri dan berlalu ke tandas sambil menekup mulutnya. Ramadi dan Naufal ketawa sambil mata bergerak mengekori Fikri.

Naufal berjalan ke arah 4 gadis tadi.
"Hye girls" ucap Naufal miang.
Gadis tersebut semuanya melayan kecuali seorang perempuan yang hanya fokus kepada bukunya.

Naufal menghulurkan sehelai kertas kepada mereka. Terbuntang mata Ramadi.

nak saya ke tak sebenarnya ni ?Where stories live. Discover now