Kau pernah kata yang cinta kita umpama pelangi jingga,
Bagi aku,
Perlambangan kau cukup bijak.
Melihatkan kepada indahnya pelangi yang berwarna jingga.Tiba-tiba,
Guruh datang melanda,
Membadai corak ukiran pelangi jingga bentukan kita berdua,
Yang anehnya,
Guruh tersebut dibawa oleh seorang insan yang sebelum ini tidak pernah kita lihat.Ohh,memang silap aku,
Bukan kita,
Tapi aku sahaja,
Yang tidak pernah lihat Si Pembawa Guruh itu,
Tetapi sebenarnya,
Kau telah lama bersua dengan Si Pembawa Guruh.Kini aku terduduk berfikir,
Betapa bijaknya kau melambangkan cinta kita dengan pelangi jingga,
Yang sebenarnya,
Tidak akan pernah wujud,
Tidak akan pernah terjadi.
YOU ARE READING
Untuk Mereka Yang Hancur Hatinya
RomanceGabungan puisi dua bahasa: Bahasa Melayu dan Inggeris.Ilhamnya dari dalam tempat bertendangnya syaitan. Combinated poems of two languages:Malay and English.Were born in the place where devils are kickin'.