Sajak untuk Maisarah

8 0 0
                                    

Kau bukan yang pertama,
Tapi aku harap kau yang terakhir,

Aku masih boleh lihat kau,
Kau masih boleh lihat aku,
Kita masih dekat,
Tapi sejarah itu yang menjauhkan kita,
Melupakan apa yang pernah ada diantara kita.

Aku masih ingat,
Kau yang kenalkan aku dengan pelangi jingga,
Kau yang cipta rasa rindu bila berjauhan,
Kau yang buat aku bisa bahagia.

Dan kini,
Kita masih boleh berbicara,
Diatas permukaan maya tanpa perasaan walau sekelumit,
Walaupun hati didalam meronta, Kelemasan dalam lautan kenangan.

Oleh itu,
Apa salahnya aku ingin bina rasa antara kita kembali,
Kerana aku dengar kau kembali bersendirian,
Ingin aku sekali lagi hadir,
Menyambut tangan kau yang diulit luka hari semalam,
Biar aku balutinya sepertimana aku pernah dahulu.

Oleh itu,
Kalau ada Ghazal untuk Rabiah,
Yang dibuat demi mempamer rasa cintanya,
Ini sajak untuk kau,
Sajak untuk Maisarah.

Untuk Mereka Yang Hancur Hatinya Where stories live. Discover now