Memang aku terkejut,
Tindakan kau meluahkan perasaan terhadapku,
Aku puji keberanian kau,
Selama ini aku hanya anggap kita berkawan baik,
Aku tak tahu kau simpan segalanya terhadapku.Aku serba salah,
Bukan aku tak sayang,
Bukan aku tak cinta,
Cuma perasaan itu tiada,
Kerana kita berkawan telah lama,
Kerana sayangkan kau sebagai kawan,
Aku terima perasaan kau.Setelah lama melayari perasaan dengan kepura-puraan,
Akhirnya perasaan itu hadir,
Akhirnya aku bisa jujur dengan hubungan ini,
Hubungan kita.Saat aku bergantung harap terhadap kau atas segalanya,
Bergegar bangunan cinta ukiran kita bersama,
Kerana kau mula berhenti membina puncaknya,
Kerana kau mula bergerak,
Membina bangunan yang lain,
Bersama yang lain.Kini aku berserah,
Mungkin ini pembalasan untuk apa yang telah aku lakukan,
Membina asas bangunan cinta kita,
Diatas tanah kepura-puraan tanpa Perasaan.
YOU ARE READING
Untuk Mereka Yang Hancur Hatinya
RomanceGabungan puisi dua bahasa: Bahasa Melayu dan Inggeris.Ilhamnya dari dalam tempat bertendangnya syaitan. Combinated poems of two languages:Malay and English.Were born in the place where devils are kickin'.