Kita kenal dah lama,
Aku harap kau nampak,
Usaha aku,
Tak mahu buat kau tertunggu-tunggu,
Aku sentiasa ada untuk kau,
Tak kira bila hari panas,
Walaupun bila ribut melanda.Akulah tempat kau cerita,
Apa masalah kau,apa cerita kau,
Dan sifat kau yang begitu,
Sungguh menarik buatku,Dan satu hari,
Kau bercerita tentang dia yang kau suka,
Retak,
Hancur,
Berkecai,
Hati aku yang mengetahuinya,
Aku hanya mampu tersenyum.
Walaupun hakikatnya didalam,
Lebih pilu dari sembilu.Saban hari kau bercerita tentangnya,
Bagaimana kau habiskan hari bersama,
Suka duka,
Dan aku seperti biasa,
Terus menyimpan rasa,
Mendoakan yang terbaik buat kau
dan
Mendoakan agar diri aku ini,
Mempunyai kekuatan untuk terus,
Melakukan apa yang boleh lagi aku lakukan,
Bergerak ke hadapan.
YOU ARE READING
Untuk Mereka Yang Hancur Hatinya
RomanceGabungan puisi dua bahasa: Bahasa Melayu dan Inggeris.Ilhamnya dari dalam tempat bertendangnya syaitan. Combinated poems of two languages:Malay and English.Were born in the place where devils are kickin'.