2

143 1 0
                                    

Hari pendaftaran telah tiba. 3 Jun 3013. Cuaca yang agak mendung. Semendung hati Syuhada pada saat ini. Encik Zamani memacu kereta Honda Civic menuju ke perkarangan kompleks kediaman siswi . Kompleks Tun Fatimah. Terdapat beberapa khemah yang dipasang. Siap ada belon-belon lagi. Kelihatan pelajar-pelajar senior yang memakai baju kurung sedang mengedarkan flyers berkenaan universiti.

Syuhada mengenakan baju kurung berwarna pink tudung bawal yang juga berwarna pink yang kena sekali dengan bajunya. Siswi semua diminta untuk duduk didalam khemah yang disediakan bersama keluarga masing-masing. Mata syuhada melilau-lilau mencari kelibat Zetty yang berada didepan sekali.

'Kuang asam Zetty ni cakap nak mesej aku bila sampai alih-alih dia yang duk depan sekali nak dapat bilik tingkat bawah la tu. Dasar gemok'.

Desis Syuhada didalam hati. Syuhada pada saat ini tiada apa-apa perasaan.Kosong. Sedangkan sebentar lagi dia akan berpisah dengan mama dan abahnya serta Suraya Adrina satu-satunya adik perempuannya yang kini berumur 15tahun .

B232 .

'Fuhh nasib baik dapat level2 tak derlah aku semput nak naik level tinggi-tinggi.Cehhh 4level jer pon. Si zetty tadi lambai-lambai mentang dapat first level'.

Berkata Syuhada didalam hati sambil membawa barang-barang naik ketingkat atas dan mencari bilik B232. Bila tiba didalam bilik sudah pon ada penghuni lain .

Terdapat 2 set katil double deker . 4set almari pakaian dan 4set meja belajar.

Syuhada bersalaman antara satu sama lain. Maya,Farhana dan Ain. Ain dan Farhana dari KL cos CS Maya pulak dari Selangor cos Business.

'Nampak gaya roommate aku ni semua baik'.

Desis hati Syuhada.

Lambaian dari mama,abah dan adriana bagaikan sebuah mimpi untuk syuhada. Saat bersalaman dengan mama,dia mengalirkan air mata.

"Syu jaga diri baik-baik. Belajar elok-elok mama tahu syu pasti boleh habiskan diploma kat sini".

Pesan Puan Haslina.

Syuhada hanya menggangguk setiap pesan mama dan abahnya. Tidak setitik pon air mata nya yang keluar. Keras betul hatinya walaupon berada diambang perpisahan sementara ini.
Syuhada memandang kereta abahnya yang bergerak keluar dari perkarangan kompleks sehingga kereta itu terhapus dari pandangan. Setelah itu baru syuhada sedar yang dia kita berseorangan.

Ya,ada zetty dan rakan -rakan yang dia kenali disekolah namun tetap tidak dapat memujuk hatinya.

Syuhada berlari sekuat hati naik semula kebiliknya. Pintu bilik terbuka . Syuhada masuk dan terus menghempas badan diatas katil.

Maya,Ain dan Farhana yang terkejut dengan tindakan syuhada memandang sesama sendiri. Syuhada meraung kecil hatinya sakit,segalanya dihemburkan pada waktu itu. Roommate nya mendekati dan cuba memujuk. Nasib baik berhasil. Mereka berpelukan. Lega dihati syuhada.

"Terima kasih Ya Allah kau kirimkan aku kawan-kawan yang baik walaupon baru ku kenal'.

Berdoa syuhada didalam hati. Dia mengesat air mata.

Sedang leka menggantung pakaian didalam almari seorang senior mengetuk pintu bilik. Memberi arahan untuk turun kebawah berkumpul diperkarangan kompleks untuk mendengar taklimat berkenaan minggu orentasi.

"Oiii syu,duk level mna?".

Tegur zetty. "

Eeee minah ni,kau apasal tak tunggu aku?cakap nak mesej tak mesej pon cakap nak saing".

Marah syuhada .

"Alaaaa sorry syu aku tadi excited kau tahu tak. Ni aku tanya tak jawab lagi duk level mna?".

"Hmmmm level 2,kau syok la kan duk bawah dasar gemok".

Balas syuhada.

"Amboii cakap orang gemok kau pon sama ni tengok pipi ni macam pau inti kacang".

Balas zetty sambil memicit pipi syuhada.

"Ok perhatian yer sisiwi.Kita akan buat minggu orentasi ni selama 5hari. Dalam masa 5hari ni kalian semua akan dijaga oleh kami semua. Bagi sesiapa yang ada masalah kesihatan boleh berjumpa dengan saya atau pon feci yang lain. Setiap pagi jam 6.00 pagi awak semua wajib berkumpul ditapak ini. Kita akan buat sedikit senaman. Dan sepanjang 5hari ni awak semua dikehendaki memakai baju kurung dan berkasut sport. Faham siswi?".

Penjelasan panjang lebar oleh akak senior yang merangkap ketua feci.

"Faham".

Balas semua pelajar agak hambar dan kurang bersemangat.

' Uishh pehal kena pakai baju kurung . Dia tak tahu ke yang aku ni sejenis manusia yang malas nak iron baju' .

Omel syuhada didalam hati.

Masihkah ada cinta untukku?Where stories live. Discover now