Afifah dibelenggu rasa bersalah . Bersimpati dengan nasib yang menimpa Syuhada. Sudah 10hari Syuhada menumpang dirumahnya. Afifah membuka facebook dan mencari pemilik nama Muhamad Amar. Ditekan button messengger.
'Assalamualaikum Amar. Syu ada dirumah aku. Dah 10hari aku sembunyikan hal ino dari sape2 atas permintaan Syu. Sekarang aku nak kau datang ambik dia . Kau selesaikan maslah korang elok-elok'- afifah
Amar kelihatan lesu dan tidak bermaya. Tidak tahu dimana lagi ingin dia mencari isterinya. Amar sudah berhari-hari tidak ke office. Dia tidak rasa Syuhada pulang ke Joho sebab kalau Syuhada balik mesti mertuanya akan memaklumkan kepadanya. Telefon Syuhada dimatikan dari hari dia pergi hingga ke hari ini. Sudah tidak tahu bagaimana caranya untuk Amar mencari isterinya. Sudah ditanya kepada rakan-rakan tapi mereka tidak tahu di mana Syuhada.
'Ya,Allah lindungi isteriku. Aku tidak bersalah. Aku difitnah ' . Amar menangis ,meraung sendirian.
Selesai solat zohor Amar melihat ada notification dari facebook messegger from Afifah Yasmin. Amar terus membuka dengan pantas . Setelah membaca chat dari Afifah , Amar sangat bersyukur akhirnya dia tahu isterinya selamat.
'Waalaikummussalam. Thanks faa. Aku dah xtahu mana nak cari syu lg. Takpe kau jangan bagitahu dia pasal ni. Aku kena fitnah dekat perempuan tu faa . Aku tak bersalah. Aku sayang syu je. Aku tak kan pernah lepaskan syu. Kau bagi aku location nanti petang aku gerak'.
Amar begitu gembira tidak putus-putus rasa syukur diucap. Amar membersihkan dirinya. Misai dan jambang yang sedikit menebal dibuang. Baju di iron kemas. Bilik tido yang bersepah dia kemaskan serapi mugkin. Tidak sabar menunggu kepulangan isterinya.
Amar dengan mudah mencari rumah Afifah dengan bantuan dari waze. Kereta diparking dihadapan rumah jiran Afifah. Bimbang Syuhada menyedari ketibaannya.
Pintu diketuk. Syuhada yang sedang menonton tv memandang kearah Afifah yang sedang melipat kain disebelahnya.
"Siapa? "
Tanya Syuhada.
Afifah hanya mengangkat bahu.
Afifah ingin bangun untuk membuka pintu kemudian Syuhada berkata "tak pe,biar aku yang buka".
Lalu bangun dari sofa. Afifah sudah mengagak itu adalah Amar. Sebaik pintu dibuka dan wajah yang dilihat adalah Amar. Syuhada ingin menutup kembali pintu namun sempat di pegang oleh Amar.
"Sayang jangan buat abang macam ni".
Amar sudah selangkah kedalam rumah. Syuhada membiarkan. Wajahnya dipalingkan kearah lain. Afifah bangun. Menutup tv dan terus berlalu kedapur. Amar memegang tangan Syuhada. Syuhada melepaskan dengan kasar.
"Sayang.. abang tak salah. Percayalah".
Amar sedikit merintah.
"Apa tak salah?sampai dah janji nak kawin?dah bertahun-tahun awak rahsiakan benda ni dari saya?kenapa buat saya macam ni?saya...." .
Belom sempat Syuhada menghabiskan bicara. Amar terus menarik Syuhada kedalam pelukannya. Kuat.
"Dengar apa yang abang nak cakap. Abang hanya sayang syu. Perempuan tu dendam dengan abang. Dia sengaja nak hancurkan rumah tangga kita".
Jelas Amar.
Syuhada yang masih berada didalam pelukan Amar menangis semahunya. Sungguh dia rindu akan wajah ini,tubuh ini.
"Sayang ikut abang balik ye, kita bincang dekat rumah".
Pelukan dileraikan. Syuhada hanya mengganguk mendengar permintaan dari suaminya. Tanpa disedari Amar juga turut mengalirkan air mata. Air mata kerinduan terhadap isterinya yang sudah lebih seminggu menghilang darinya.
"Faa thanks sudi jagakan Syuhada".
Ucap Amar sebelum pulang.Afifah hanya tersenyum dan mengganguk.
"Aku minta maaf sebab banyak menyusahkan kau".
Afifah terus memeluk syuhada.
"Syu kau kena kuat. Anggap ini semua dugaan . Ujian dalam rumah tangga. Kau tak boleh mengalah."
Bisik Afifah ketelinga syuhada.
Syuhada tersenyum. Mereka sama-sama mengalirkan air mata. Sebelum berpisah.
Sepanjang perjalanan pulang ke KL Syuhada hanya berdiam diri. Pandangannya dilemparkan ketingkap kereta.
Amar pula tidak mahu mengganggu mood isterinya saat ini. Radio di pasang dengan volume yang sedikit perlahan. Amar menarik tangan kanan isterinya. Digengam. Syuhada turut membalas gengaman namun masih tidak memandangnya.
Amar bersyukur dengan perubahan positif itu.
YOU ARE READING
Masihkah ada cinta untukku?
RomanceTidak layakkah aku mencari yang sempurna untuk menjadi imamku? Kejam kah aku memilih yang terbaik untuk bersama-sama denganku menuju kejalanMu Tuhan? Aku bukan Siti Khadijah yang terlalu agung cintanya pada Allah dan Rasullullah. Aku cuma seorang wa...