Aku cuak.. Siapakah yang menarik aku ni! Adakah ini daya tarikan dari bab sains form 2? Ape kaitan dengan ni sia?
"Ni saya lah abang form 6 .. "
Lepas sahaja aku mendengar perkataan yang keluar daripada mulut nya aku terus menepis tangan dia..
"Suka hati kau je pegang tangan aku! Haram tahu tak? Tak belajar agama ke?" Marah ku..
"Garang nya awak.. Berlapik lah.."
"So what?! Kau nak apa? Dah lah tarik aku lepas tu cakap macam jambu.. Uu~~" Perli ku..
"Awak tahu tak saya dah lama perhatikan awak.. Dari gerak-geri awak pun saya dah tahu awak ni macam mana.."
"Whatever lah.. Cepat lah cakap.. Apa yang aku nak ? "
"Hmm.. Saya nak awak jadi girlfriend saya boleh?"
Fulamak.. Pantang sia aku dengan couple ni!
"Tak nak!"
"Jom lah.. Saya merayu dekat awak.. Please"
"Aku tak berminat untuk bercinta.. Lagi-Lagi dengan kau.. Entah-entah ini kali ke seratus kau bercinta.."
"Ini kali ke-dua saya bercinta lah.. Why? Awak tak pernah bercinta ke?"
Uh! Padan muka kau! Sapa suruh lepas kan ayat yang tidak sepatutnya dikeluarkan.. Kan dah kena tempias nya balik..
"Aku tak minat couple couple ni.. Sebab aku nak bagikan cinta aku sepenuhnya pada future husband aku.."
"Kalau saya cakap saya suka awak? Macam mana?"
Erhhh.. What's the..
"Kalau kau ungkapkan perkataan tu tanpa maksud tersirat baik kau jangan ungkapkan dekat aku.. Silap hari bulan mata kau lebam sebelah.."
"Tapi.. "
Aku terus pergi meninggalkan dia keseorangan tanpa menghiraukan percakapan yang ingin dia keluarkan.. Sapa suruh ajak aku couple.. Eee.. Tapi kesian tinggalkan dia seorang diri di situ.. Ahh lantak lah dia.. Pandai lah dia jaga diri.. Bukan nya perempuan, lelaki.. Erh!
Hampir setiap hari juga lah abang form 6 tu menyibuk dalam hidup aku.. Apa sia laki tu? Mengintai-ngintai.. Menyampah sia..
"Kau nak apa? Sebuk lah kau ni!" Marah ku..
"Saya nak awak jadi girlfriend saya.."
Tak habis habis lagi.. Menyampah lah aku dengan abang form 6 ni!
"May I ask Something? "
Dia mengangguk..
"Girl membawa maksud perempuan atau wanita, manakala friend pulak bermaksud kawan.. Kau nak aku jadi kawan kau?"
Kenapa aku boleh tanya soalan bodoh? Haduh malunya aku! Tak nak jumpa dia..
"Saya nak awak jadi teman wanita saya.. "
Heol! Kau ni memang tak faham bahasa ke apa sia?
"Aku dah cakap kan.. Aku tak nak! Kau apa degil sangat ni?"
YOU ARE READING
[COMPLETED] Rahsia Sebuah Cinta
RandomSebagai seorang Islam, aku tak pernah benarkan diri aku untuk bercinta.. Tetapi setakat suka dekat orang tu adalah.. Aku tertarik dengan penampilan Ardhi merangkap abang from 6 di sekolah aku.. Dia tu aku tengok baik, kacak, sama tinggi dengan kawan...