Sabar

46 10 3
                                    

"Ke tepi. "

Aku menyinggung siku Ievis perlahan.

"Tak nak. "

Selamba dia jawab. Tangan dia yang masih menggenggam lengan aku kuat ditepis.

"Nak mati ke? " Aku ugut.

"Aku dah lama hidup. "

Ievis tersenyum manis. 

"Pendek..!"

Geram.

"Kau panggil aku apa?? "

"PENDEK,ada masalah kalau aku panggil kau macam tu? "

Perkataan pendek sengaja aku tekankan.

Sebelah kening aku diangkat. Muka Ievis mula kemerah-merahan. Marah ke?

Ievis , baru langkau tahun sudah sombong. Si pendek kelas satu. Dia belum kenal lagi aku ini macam mana. Ingat senang aku nak percaya orang macam dia ini? 

Lagi satu, apalah yang ada pada si pendek ini sampaikan semua orang pandang dia. Siap ada peminat lagi. Setiap kali waktu rehat, mesti penuh makanan atas meja dia dengan nota bagai.  


Aku tak cemburu. 


Langsung tak.


"Enaniakan? "

"Apa? " Rambut aku yang menutupi telinga diselit ke belakang telinga. Sebelah tangan mencekak pinggang.

"Nama kaulah."

Bibirnya dijuih.

"Belakang kau." 

Bingung kepala aku. Lelaki tak cukup protein depan aku ni nak cakap apa sebenarnya? Cakap biar jelas. Jangan pakai bahasa isyarat kalau bercakap dengan orang cukup sifat. Mengelirukan!

"Mana ada apa-"

Serta-merta pipi aku terasa kesejukan yang menggigit sebaik sahaja kepalaku beralih ke belakang untuk melihat jika ada apa-apa di situ. Aku memegang kedua-dua belah pipi aku yang mula kemerah-merahan. Ievis pula galak mentertawakan aku sampai terduduk. Aku terkesima sebentar dengan perlakuannya. Lekas aku melangkah setapak ke arahnya.

Dasar lelaki tak guna. 

Laju tangan aku menampar pipi Ievis. 

"Mampus-"

"Sabar, Nia... Karang kau cakap macam-macam,mati katak pulak dia ni."

Ayre muncul dari belakang dengan lolipop yang tak pernah lekang daripada mulut. Tangan kanan dia masukkan ke dalam poket seluar sukan yang dipakai. Gadis berambut pendek bercekak putih itu perasan cawan air sejuk yang dipengang Ievis tadi tumpah membasahi tanah kawasan padang. Ayre hanya mampu mengeluh. Bukan dia tidak nampak apa yang berlaku tadi.


"Biar saja! Biar dia patah ka.. " 


"Enania Keldan!"

Ayre cepat-cepat menghalang aku daripada bercakap. Lolipop tadi dia sumbat ke dalam mulut aku. Cepat-cepat dilemparnya lolipop tadi ke lantai.

"Ish pengotor!!! "

"Siapa suruh kau menyumpah seranah orang? Nanti kalau jadi lagi apa-apa, aku kena soal jugak tau."

Aku sekadar memandang Ayre meratapi sebatang lolipop yang sudah selamat 'dikebumikan' dalam tong sampah.

Si pendek itu pula dah pergi entah ke mana lepas makan sedas penangan Enania keturunan Keldan. Berani-beraninya dia lekap cawan air sejuk itu di pipinya. Nasib baik Ayre datang. Kalau tak, memang habislah dia. 

RasaWhere stories live. Discover now