F 💓U r

33 7 0
                                    


Langkahku terundur ke belakang setapak apabila telur yang aku masukkan ke dalam kuali tadi menyebabkan minyak terpercik. Nasib baik tak kena tangan.

Bila dah hidup berseorangan di rumah ni, aku kenalah pandai berdikari. Tak sia-sia belajar memasak dengan mendiang nenek dahulu.

Selepas bertungkus lumus menyiapkan sarapan, aku terus meluru ke arah bilik air untuk membersihkan diri.

...

Ievis POV

"Aish.. "

Untuk kesekian kalinya, aku terjaga. Dia memang nak aku patah leher agaknya. Ada patut dia suruh aku tidur di dalam garaj lama belakang rumah dia?

Aku bangun daripada kerusi dan buka lampu. Baru aku perasan sesuatu. Kedai ni...

"Cik, kedai ni ada jual heat patch tak? "
"Ah, sekejap ye. "

"Maaf, dah habis stock la. "

Baru aku teringat, kedai ni la yang aku datang nak beli heat patch malam tu. Damn, tak sangka  nasib aku malang malam tu. Aku betul-betul terlanggar tiang elektrik. Kalau aku tak benjol dahi malam tu, mesti aku dah daftar sekolah baru tu.

"Ievis."

Baru nak tinjau kedai ni . Aku kalih belakang.

" Kalau kau lapar, jomlah ikut aku naik atas. "

"Naik atas? "

Gadis berambut pendek paras bahu atau namanya Enania Keldan itu tenung aku lama sebelum dia mengangguk.

"Kalau kau tak nak sudah.. "

Dia terus berlalu sebelum aku sempat jawab. Aku ikut menyusul langkah Nia ke ruang atas.

"Eh, eh! Tunggu! "


...


"Kau duduk seorang ke? "

Aku fokus dengan makanan aku. Sedap jugaklah walaupun masak sendiri. 

"Makanlah cepat. Aku tak nak kau lama-lama sangat dekat rumah aku. "

Bukan aku tak nampak Ievis yang seolah-olah tidak puas hati dengan jawapan aku. Aku menyambung suapan roti bakar ke mulutku sebelum dia turut meniru perbuatanku.

"Letak saja di situ. Nanti aku basuh. "

Ievis akur. Pinggan tadi diletakkan ke dalam sinki bersama pinggan aku. Lengan baju dilipat hingga ke siku. Operasi membasuh pinggan dimulakan.

"Kau tak jawab lagi soalan aku. "

" Aku tinggal dengan parents aku. "

"Tak susah pun kalau jawabkan? "

"Sibuk betul. " Aku jeling dia. Selesai membasuh pinggan, aku duduk di meja makan menghadap jejaka berkulit pucat itu.

"By the way,Ievis Varo. Salam perkenalan."
Tangannya disua ke arah aku.

"Enania Keldan. Just drop that. Aku tahu kau dah kenal aku. "

Pipi Ievis memerah sebelum tangannya diturunkan. Malu mungkin. Dengan mulut murai kawan baiknya itu, sudah tentulah perihal Ievis pun diceritakan kepadanya. Nia hanya menggeleng.

"Nak tumpang sampai bila? Nanti orang rumah risau pula. " Entah kenapa aku tiba-tiba tanya. Bukannya ada kaitan dengan aku pun.

" Balik? Jangan haraplah aku nak balik. " Ievis menjuih mulutnya yang agak pucat seperti kulitnya.

"Dahtu, kau nak tinggal dekat mana? "
"Tinggal dengan kak Nia. " Ievis tersengih.

"Jangan nak main-mainlah! " Nia pura-pura nak termuntah. Pandai pulak panggil dia dengan panggilan 'kak'. Padahal Ayre sebaya dengan dirinya jadi memang dari awallah memang dia patut gelarkan diri 'kakak'.

"Serius ni, kak. "

Sebelah matanya sengaja dikenyitkan.

"Ievis! "

Aku bangun dan hentak meja.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 21, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RasaWhere stories live. Discover now