➕W🌀

32 7 0
                                    

       Tumpang

...

Kringgg~

"Baiklah,untuk kelas esok saya akan periksa tugasan yang saya beri hari ini. Suka saya ingatkan tugasan esok akan dikira untuk markah semester kamu supaya kamu tak perlu mengulang gred."

Encik Nell, guru sastera sempat menjeling ke arah Ayre yang tersengguk-sengguk di belakang. Nia tidak mengendahkan gadis berambut pendek di sebelahnya itu. Matanya fokus ke arah guru mereka.

_

"Oi."

Nia menjeling Ayre yang sedang berjalan di sebelahnya. Macam biasa, dengan sebatang lolipop yang memang tak pernah lekang dari mulutnya.

"Hmm?"

"Jom makan tengahari dekat kafe seberang jalan tu. "

"Kau dah buang tebiat ke apa?"

Selamba aku membalas ajakan Ayre.

"Buang tebiat apanya, lunch je pun."

Satu perkataan untuk aku gambarkan ekspresi Ayre sekarang ni.

Kebuluran.

Nia raup muka. Kafe yang Ayre maksudkan itu merupakan kafe yang agak mewah baginya,jadi-

"Kalau soal duit, kau tak payah risau. Aku belanja."

Ayre kenal sangat dengan perangai kawannya itu. Nia memang bukan jenis yang meminta duit daripada ibu bapanya walaupun dia daripada keluarga yang berada. Selain daripada keperluan, dia lebih suka menggunakan duit sendiri.

Nia hanya mampu mengeluh.

"Please~" 

Jeritan kecil terlepas daripada mulut Ayre apabila sahabat baiknya menarik kuat muncung mulutnya itu. Bibirnya yang sedikit merah itu digosok perlahan. Laju Nia berlari anak jauh ke hadapan meninggalkan Ayre yang mula cemberut di belakang. Lidahnya dijelirkan ke arah Ayre.

"Padan muka! "

Ayre menggeleng kepala. Apalah yang malang sangat kalau kawan dengan dia?

_

Pov Nia

Mama dengan papa outstation seminggu jadi minggu ni tak perlu jaga kedai.  Duduk rumah saja dan jangan lupa makan tau. Jaga diri, sayang.


Nota  yang ditampal pada peti sejuk aku baca sekilas. Patutlah masa masuk rumah tadi, suasana sunyi semacam.Nampaknya keseorangan lagilah aku malam-malam yang akan mendatang selama seminggu ni. Aku mengambil tempat duduk di kerusi meja makan. Kertas kecil tadi direnyuk dan dicampak ke dalam bakul sampah.

'Kkkkkkkrrrrrrr'  Perut aku mula memainkan lagu.

"LAPARNYAAAA."

Aku mengeluh. Maklumlah, orang rumah outstation, tinggal anak pula seorang diri di rumah.
Menyesal tak ikut Ayre tadi.

Baru nak makan tengahari dengan mama dan papa. Walaupun sebenarnya aku lebih menunggu nak makan quiche yang mama janji nak buatkan.

_


"Hello.."

Ayre tekap telefon tadi di telinga. Sebelah tangan lagi asyik menggaul spageti yang dipesannya tadi. Memandangkan Nia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah, dia bercadang untuk makan tengahari seorang diri sahaja di kafe tadi.

"KAK AYREEEE~"

Suara seseorang jelas kedengaran di hujung talian.

"Ha, nak apa? "

"Kak Ayre dekat mana?"

Ha, sudah. 

_

Pov Ayre 

Aku tenung muka dua figura yang duduk berhadapan aku melantak makanan dengan rakus. Jam di dinding kafe aku renung sekali-sekala.

3.59 petang.

Lagi seminit tepat pukul 4 petang.

"Uhuk! Uhuk! "

Serentak Enania dan Ievis tersedak.Gelas air di tengah meja dicapai.

"Aku punya..! " Nia berkata.

"Aku dululah! " Ievis membalas.

Gelas di tengah meja tadi aku capai dan minum sampai habis.

Nia dan Ievis masing-masing terlopong melihat aku yang langsung menghabiskan air tersebut. Walhal, bukan aku yang tersedak.

"Nak ke? "  Aku tanya.

Pantas kedua-dua makhluk di hadapan aku ni mengangguk.

"Order sendiri. "


RasaWhere stories live. Discover now